Sunday, September 12, 2010

Umor aku panjang tak ek??



Rasenye sume org dah taw pasal misteri kehilangan jutawan kosmetik terkenal Datuk Sosilawati tuh kan..sedeynye bace kisah die..arini polis jumpe 4 mayat yang besar kemungkinan mayat Datuk sosilawati dengan 3 org yg ada dengan die sekali tu..tp x sure lagi..harap2 bukan la..kesian tgk anak2 die..dah la tem2 raya kene cenggini..kalaw aku tataw la cmne kan..Semoga keluarga Datuk sosilawati and 3 org yg lain tu tabah la yek..

Ni laporan dri berita harian online..




BANTING: Empat mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam tadi.
Difahamkan, identiti keempat-empat sedang dikenal pasti. Namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual beli tanah, 13 hari lalu.
Semua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.
Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.
Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu.
“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.
Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.
Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.
Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.
Ahli forensik polis dijangka ke lokasi penemuan empat mayat rentung pagi ini bagi menjalankan siasatan lanjut.
Apa pun turut bersimpati dengan 4 keluarga tersebut, mudahan mereka tabah menerima berita ini. dan laporan forensik masih belum di keluarkan. difahamkan masyarakat ataupun blogger tidak di benarkan membuat spekulasi tentang kes ini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

With Love : Syazwana Jamal :)


Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal