Thursday, March 24, 2011

Dari alam mistik : di manakah wallet saya? adakah berkaitan dengan kubur yang kitorang lalu tadi?



:)
kan aku pernah post pasal kawan aku tak jumpa kelas kan.
tuh memang misteri abes sampai sekarang pon kitorang tak taw kenapa dia tak jumpa kelas tuh.
ingatkan dah abes dah mistik mistik nih.
tiba-tiba hari ni jadi lagi.
tapi pasal wallet pulak.



pagi tadi aku dengan kawan-kawan aku 4 orang pergi bekfes McD dekat pj.
kate ada kupon free kan.
jadi haruslah guna before expired.
tapi itu bukanlah persoalannya.
persoalannya di sini ........



iklan kejap : inilah kupon McD tuh. korang just print je yang bahagian bawah tuh. lepastuh bawak pergi McD. berbaloi-baloi. :)




okey sila teruskan membaca.



balik kepada cerita asal, masa on the way balik dalam kete kitorang dok tunjuk2 lah ic masing-masing tunjuk kad matrik tunjuk lesen sume.
motif?
nak tengok kecomelan dan kekurusan gambar muda-muda dulu.
keh keh keh!



lepas tuh jalan nak pergi balik rumah aku akan lalu satu kawasan kubur nih.
aku citer lah ade sekali aku balik rumah after group discussion time tuh dah dekat tengah malam sanggup aku lalu jalan jauh semata-mata taknak lalu kubur tuh.
seram aku kang tak pasal2 ade bende ikot ke kan.





tiba-tiba keluar pulak cerita hantu cakap kalau ada bende dah ikot susah nak buang lah ape lah.
sampai mantera anjasmoro semua keluar.
entah pape kan.
tapi itu masih bukan persoalannya.
persoalannya di sini.



kitorang hantar kawan aku, DD balik rumah dulu sebab aku ngan lain-lain nak terus pergi fakulti buat keje.
tiba-tiba DD call sebab wallet dia takde.



kan before tuh kitorang dok tunjuk2 ic lesen semua kan.
tapi lepas tuh aku tak nampak dia letak mana.
dia pon tak ingat dia letak mana.
tiba-tiba sampai rumah check2 beg takde.
aku try cari geledah dalam kereta pon takde.
pelik bin ajaib.
mana pulak wallet kawan aku pergi?



seyesly memang wallet tuh takde dalam beg DD.
nak kate kalau jatuh masa turun kete pon mesti ada dengar2 jugak bende jatuh kan.
tapi takde.
try turun bawah balik check pon takde.
geledah kereta memang takde.
DD dah gelabah la.
kalau aku pon kan.
dem ah.





lepas ni kitorang nak geledah kereta lagi.




tapi masa lalu kubur DD ade cakap camni.


' best la kalau ada bende ikot. boley mintak nombor. HAHA! '
tapi dengan nada bergurau okey.









adakah??????????











:)
With Love : Syazwana Jamal :)


2 comments

March 25, 2011 at 1:38 AM

isk3..tempat2 camtu xleh main2 tau

March 25, 2011 at 5:22 PM

@apik pehe

wuwuuu.
maybe kene curik kot.
:D

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal