Wednesday, March 2, 2011

ibu yang garang dah cakap rindu.





bangun-bangun je pagi tadi ada miskol from Pn. Saerah.
tengok2 pukul 12 malam tadi dia kol tapi aku dah tido.
pelik jugak tetiba ada miskol daripada Pn. Saerah ni sebab mak aku ni memang sangat jarang okey kol aku.
selalunya dia akan kol aku bila ada emergency case nak bagi taw aku.
tugas-tugas meng'call' aku adalah selalunya tugas En. Jamal sebab aku memang lagi rapat dengan ayah aku pon.



sebabnya ayah aku rajen pujuk aku kalau aku merajuk dengan mak aku.
nama Pn. Saerah nak pujuk aku?
jaoh panggang dari api okeh.
ko merajuk lah tak nak makan ke hape ke mak aku wat bodoh jek.
nanti aku lapar aku yang keluar sendiri pergi dapur.
tak koser dia nak pujuk2 aku bagai ni.
HAHA!



tapi bila dah besar ni dah jarang dah merajuk dengan mak aku.
yelah dah besar mak aku pon kurang lah jugak marah2 kat aku yang super duper degil ni.
aku pon dah kurang lah jugak kedegilannya kan.
HAHA!




so pagi-pagi tadi aku miskol mak aku balik.
saje nak suruh mak aku kol balik sebab kedit dia memang banyak.
kalau balik rumah tuh memang keje aku adalah menghabeskan kedit mak aku sebab dia bukan guna sangat pon.
paling tak tepon kakak aku dekat perlis tuh.
kadang2 aku check balance mak aku sampai puluh-puluh runggit.
apa lagi kita kasi guna sikit.
sikiiittttttt jek.
HAHA!





lepas kelas mak aku tepon balik.

Pn. Saerah : adik watpe ni.

aku : baru je abes kelas.nanti jap lagi ade kelas ag.nape ibu kol malam tadi?dah tido dah.

Pn. Saerah : saje je.dah lama adik tak balik.tiba-tiba rindu kat adik.adik sihat tak?

aku : sihat je.banyak keje la.cuti pon takde.kene tunggu lepas exam baru boleh balik.

Pn. Saerah : owh.lama lagi lah.takpe belajar rajen2.

aku : oryte.





okeh family aku memang panggil aku adik even aku bukan anak bongsu.
kenape?
tanya lah dorang.aku pon tak taw.
HAHA!





wow terharunya aku mak aku rindu aku.
seyesly aku rasa mak aku macam tak pernah je cakap dia rindu aku.
paling selalu dia tanya bila nak balik or kenapa dah lama tak balik.
nak cakap rindu tak pernah kot.
ni bila dia cakap rindu means dia betol-betol rindu aku la nih?




yess mesti kalau aku balik mak aku masak macam nak kenduri kan.
yess ni yang kene balik ni.
kakak kat perlis ko jangan jeles okeh.
HAHA!















ibu, tunggu ku pulang.
adik nak makan mee rebus, mee bandung, nasi ayam, asam pedas, laksa, rojak, bla bla bla.
eh bukan diet ke?
=.=












With Love : Syazwana Jamal :)


Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal