Loading...

Friday, April 29, 2011

Hari Kedua di Pulau Tioman





Busy punya pasal asyik je tertangguh nak update pasal Tioman ni. =_=


hari kedua memang dah plan nak pergi snorkeling lagi. ada dua tempat. tapi before pergi tempat snorkeling tuh abang yang uruskan kitorang bawak pergi tempat zon bebas cukai. dekat situ ada ATM sekali so sape2 nak keluar duit boleh la. tapi tak banyak pon yang boleh dibeli dekat situ. ada satu kedai je pon and yang banyak nye coklat je. tapi still tak heaven macam shoping coklat dekat langkawi. so aku capai seluar kaler pink je satu.




hoi hoi ada orang main2 rambut aku. jeles lettew :p



lepas tuh kitorang gerak pergi snorkeling. tempat pertama dekat Pusat Taman Laut Pulau Tioman. dekat situ ikan-ikan dia besau gilaaaa wa cakap. and coral dia tak banyak. adalah sikit2 and tak kalerful lah. tapi ikan dia seyes kaler-kaler tapii besau-besau. kadang-kadang dia dok nak gigit kita. berani eh ko ikan.




nampak tak orang ramai2 tengah duduk atas jeti tuh.
tuh la syok sangat tangkap ikan sampai polis datang tak sedar.
kehkeh!




masa kitorang sampai tuh tengok2 dekat jeti ada macam pendatang tanpa izin kene tangkap dengan polis marin. abang tuh cakap depa ni nelayan daripada Pangkot kot kalau tak silap aku (well dah lama kan aku pon dah lupa :p) tangkap ikan sampai Tioman tapi lesen takda. tapi semua bukan orang Malaysia macam orang Filipina je takpon Vietnam.




hari kedua ni boleh pulak tiba-tiba hujan. hari pertama dah memang cantik tak hujan tapi panas gilaaa sampai sunburn teruk tapi hari kedua hujan lebat jugak. naseb baik masa kitorang pergi tempat kedua dah tak hujan sangat. memula aku malas nak turun tapi abang bot cakap kalau duduk atas bot nanti pening. bila cikgu berenang aku dah ajak turun ape lagi moh ler kita turun. at least terjamin sikit tak lemas. keh keh.



tapi kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. memang tak lama lepas tuh dah start nak hujan balik. tapi sempat lah aku berenang-renang ke muara tengok coral cantik. tapi kejap je sebab dah tak larat. swim penat wo. sampai sekarang tangan aku sakit lagi (memang tipu pon). sempat jugak budak-budak ni perasan artis gimrama lepas tuh wat aksi-aksi renang berirama.




ada ke orang wat renang berirama pakai jaket keselamatan?
(eleh cakap orang ko tuh baru turun laut dah menggagau nak lemas kan syazwana)




on the way balik tuh memang mendung je sampai challet dalam pukul 3.30. ingat petang tuh nak pergi jungle tracking lepas tuh nak mandi air terjun tapi abang bot cakap tak sempat takut dah gelap malam nanti susah nak balik. lagi pon tak best lah dah gelap-gelap kan. dating je best gelap-gelap (hoi berani ko eh syazwana).



so petang tuh kitorang dok main valley ball. tiba-tiba masa matahari nak turun panas gila okey. naseb baik ai pakai sun glasses. keh keh keh. main valley ball ni memang sakit tangan tapi sangat fun. seriously antara game yang aku suka selain badminton :)




manalah tak makin itam aku ni =__=



tapi lepas tuh tiba-tiba rasa macam pening kepala pulak. waddehel kan holiday2 ni nak pening2 kepala bagai spoil the mud betol. lepas tuh kawan aku ajak main pasir buat istana pasir terus aku cakap 'ala taknak lah pening lah' kahkah macam artis pulak. wadefaj.



lepas tuh aku jalan-jalan tepi laut tengok kawan aku main baling-baling batu kat laut macam best. korang penah try tak baling batu pipih dekat laut best gila weh sebab dia tak terus tenggelam. dia macam melantun-lantun dalam laut before dia tenggelam jadi macam comel kan. tengah eksaited main baling2 batu tiba-tiba kawan aku jerit 'wana henpon ko kat mana?'




dem terus check henpon dalam kocek. dah kene air laut sikit. tengok2 henpon dah bengongkamera tak boleh guna tekan button ada yang tak boleh guna. tapiiiiiiiiii bukan nak sedih terus suruh kawan pegang phone aku masuk laut balik sambung baling batu pipih. kahkah dem betol.



malam nya ada bbq. aku ingat kitorang yang kene bakar2 sume so aku turun lah lambat2 dengan harapan tak payah tolong membakar sekali turun2 abang2 challet tuh yang tolong bakar so turun terus makan je. ciss depa dah abeskan sotong. grrrr.



bila tengok gambar sotong ni geram.
sampai hati depa tak hingat aku sob sob.
nasib baik hari tuh En. M.a.s belanja seafood so ada aku kisah sotong tioman ni
kahkah!




malam tuh baru nak sedih2 pasal henpon. bukak phone tengok tak boleh read sim card. dah la malam tuh budak-budak ni dok berkaraoke gila-gila. yang aku, duduk depan tb layan sedih. tak dapat nak mensumbangkan lagu. T________T



malam tuh kitorang tido lambat jugak dalam pukul 3am camtuh. sampai sekarang kamera phone aku tak boleh guna. sob sob.













ok bai.







With Love : Syazwana Jamal :)

12 comments

April 29, 2011 at 10:37 PM

best kn baling batu m'lompat2 tu..
hahakk..
bhye jgk air laut ni..
boleh m'rosakkn camera enpon..
huhuhu

April 29, 2011 at 11:05 PM

wow.snorkelling,my feveret.mesti cantik kan dlaam laut tuh.OMG!!BBQ..nice n marvellous.

April 30, 2011 at 12:39 AM

okay senyuma haa baru bace hehe

pergh lame dah tak bbq

April 30, 2011 at 12:50 AM

@Cik Ezy

hehe memang best gila.
rasa hebat je kan. :p

tuh la boleh pulak lupa bawak phone.
ciss betol
:(

April 30, 2011 at 12:51 AM

@Rozuan Ismail

cantek gilaa !
memang tak rugi.
lepas ni nak try pulau lain pulak.
heee :)

April 30, 2011 at 12:51 AM

@sherah

baru malam tadi bbq lagi
;p

April 30, 2011 at 5:28 AM

yea...abg eq dah abes final exam...boleh jalan blog kawan2 dah..hehe

April 30, 2011 at 12:40 PM

@Budak Botak

silalah pergi.
heee
;)

April 30, 2011 at 12:40 PM

@eqbalzack

huwaaaa.
jelesnya !

April 30, 2011 at 5:11 PM

kenapa semua orang mesti pakai baju S warna biru, but not me? hah? hah?

April 30, 2011 at 5:27 PM

@Encik Akmal

sebab err err.
sebab dia best !
hahah !

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal