Tuesday, April 26, 2011

Kalau dah tau kerja jaga kaunter belajar lah senyum dan sopan.




aku ni kalau orang tak kenal aku memang orang akan cakap aku sombong. aku pon tak tahulah kenapa sebab aku rasa muka aku ni manis lagi menawan (macam nak muntah kan ok pergi lah muntah). tapi dulu masa dekat matrik rumet aku selalu cakap.


'ko ni kalau aku tak kenal ko memang aku cakap ko sombong dan berlagak. dah kenal baru lah taw'



see. orang cakap dun judge the book by its cover. eleh padahal aku pon selalu jugak judge2 orang ni. keh keh keh. tapi once korang dah kenal aku mesti tak tahan nak layan kesengalan aku. eh tapi tu kalau time mood aku ok lah. kalau tak baik ko jangan cakap dengan aku kang ada yang kene kang :p



kadang-kadang orang yang dah kenal aku cakap aku kelakar. macam najua coursemate aku tuh asyik je gelak kalau aku cakap. padahal aku tak buat lawak pon. ada lagi sorang tuh lagi lah. ada ke patot aku tak cakap lagi dia dah gelak. ingat aku badut ke. dia cakap tengok muka aku je nak gelak. tau lah muka aku ada sinar-sinar jambu maharaja lawak kan. eh eh.




tapi tu semua bukan masalahnya. masalahnya sekarang aku panas betol lah dengan orang2 yang jaga kaunter pertanyaan tapi bila orang tanya buat muka tak puas hati lepas tuh cakap macam nak tak nak je pastuh layan tak layan je. aku takpe lah aku tak jaga kaunter. belajar pon tak abes lagi. so aku masih boleh emo-emo lagi. hik hik. hari tuh kawan aku cakap



'ko dah keje nanti jangan emosi-emosi sangat tau. tak bagus'



memang di akui aku cepat je nak emosi-emosi ni. tapi takpe nanti aku belajar jadi sopan santun macam si sepet tuh okey. hehe.



back to the topic, hari tuh aku teman kawan aku sorang ni pergi shah alam. pergi pejabat tanah ke hape tah dekat s.alam tuh. kawan aku kerja penilai hartanah so kene lah amik info pasal tanah2 dekat kawasan2 kl and selangor ni. so ke sanalah kami. dah la panas-panas sampai sana tengok kaunter takde orang. tekan loceng ade sorang minah ni datang lepas tuh tanya kitorang nak ape eksen2. cakap macam bagus je. aku ni dah la cepat emosi so aku duduk jauh sikit. kang tak pasal-pasal ada yang histeria dekat dalam tu kang :p



so kawan aku dok cakap dengan akak ni tapi aku dengar jugak. antara dialog akak tuh.

'awak nak ape ni?'

'eh mana boleh dekat sini. salah ni. pergi atas la'

'kita tak boleh siap harini. kalau nak datang next week. kalau nak jugak tunggu lah lama sikit'


(baca dengan nada kerek dan bayang kan muka akak tuh macam nenek bawah ni ok)








lepas tuh datang la sorang kakak ni kecit-kecit comel je. boleh pulak akak comel ni cakap dengan kitorang elok2. settle kan semua. yang akak tadi emosi lebih tu kenapa. orang datang elok2 layan macam haram. len kali kalau nak garang2 pergi kerja tarik kete ye kak. ha kalau orang taknak bagi kereta ko boleh la belasah orang tuh. puas hati ko kan.




tak pun ko jadik pelakon nanti boleh ganti tempat tina dalam cerita Sahara tuh. baru boleh marah orang puas-puas and kehebatan ko memarah orang pon akan lebih terserlah. tak gitu?








senyum macam ni kan bagus :)

nasihat untuk diri sendiri kui kui kui.















ok bai.








With Love : Syazwana Jamal :)


10 comments

April 26, 2011 at 5:13 PM

ha btoi2! den setuju.. bukan nak cakap pe..bhase dorg tu xleh blah.spoil mood btoi =[

April 26, 2011 at 5:14 PM

hahahaha...yups...tapi kadang2 ada orang memang muka dia macam tu tanpa dia sedar...hohoho...

April 26, 2011 at 5:28 PM

@noorae

memang.
kadang-kadang tuh boleh hilang mud kita ni.
kesian kita kan
:(

April 26, 2011 at 5:30 PM

slaluje jumpe org cmtu :(

April 26, 2011 at 5:32 PM

@hans

kalau muka macam tuh tapi cakap sopan boleh tahan lagi.
hik hik
:p

April 26, 2011 at 5:34 PM

@Chybee

kan kan.
baik tak payah jaga kaunter
huhuhu

April 26, 2011 at 6:26 PM

Assalamualaikum...

dlm sebarang keje esp yg customer related, mmg kene senyum slalu..tp xdinafikan akan sampai masanya muka pun akan penat jugak...

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

April 26, 2011 at 7:50 PM

@BLADE EDGE

hehe.
yelah tuh.
tapi mesti boleh cakap elok2 kan
;p

April 26, 2011 at 9:51 PM

PMS tu.....tu yang kerek tu.....x pun ada masalah lain ke? Kita mana tau....btul x?

April 26, 2011 at 10:03 PM

@Zainurin Zin aka BanZai

betol betol betol
tapi kenkadang tensen
;p

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal