Loading...

Thursday, April 28, 2011

Menangis sebab Roti Sardin




semalam kan En. M.a.s bawak aku makan dekat satu restoran mamak ni sebab aku cakap aku nak makan Roti Sardin. aku rasa nama restoran tuh Steven's Corner kot. tempat dia memang lawa la bersih and ada banyak jenis makanan. tv pon banyak jugak. masa aku datang takdelah ramai sangat orang so aku order Roti Sardin and En. M.a.s makan nasi putih lauk ayam jek. tak kisah la kan.



yang aku perasan servis dia ni agak lembab lah jugak. maybe dorang tak cukup pekerja kot. tapi yang aku panas hatinya dia bagi aku roti sardin dengan kuah kari. fine aku dah makan separuh aku mintak lah tambah kari sebab kuah aku dah abes. tunggu punya tunggu dalam sepuluh minit tak datang jugak kuah aku. dah panas dah ni. tak lama lepas tuh En. M.a.s panggil lagi mamak order mintak kuah kari. tunggu punya tunggu dekat 15 minit tak datang jugak kuah aku. bengang lah aku.





kedai je cantek tapiiiiiiiiiiiiiii.





En. M.a.s tengok aku macam nak nagis dia panggil lagi pelayan. dia cakap dah order tiga kali tapi tak dapat2 jugak. time tuh muka aku dah masam gila nak mampos dah. perut jangan cakap terus jadi kenyang. air mata dah mengalir. dem.



bila kuah sampai mamak tuh cakap sory banyak2 kali. naseb baik tak kene sembur dengan aku kat situ. aku cakap taknak makan lagi and aku terus bangun bla. ko boleh pikir tak bukan aku order ko masak kuah kari aku mintak amik kan kuah kari je. susah sangat ke. dah la aku lapar gila. pukul 10.30pm baru nak dinner. kene pulak macam ni. bullshit.



lepas tuh aku diam je. pandang luar tingkap sambil tuh air mata meleleh. dem. tak lama tuh En. M.a.s suruh turun ajak makan sate. konon nak pujuk aku la tuh tapiiiiiiiii aku mane ler makan sate. T__________T



cakap la aku orang paling rugi dalam dunia ke hape ke yang penting aku rasa sate tuh tak sedap. kalau aku berjaya makan lebih 5 cucuk pon dah rasa hebat gila. dulu kat sekolah paling tak suke bila makan beradap sebab mesti ada sate and aku tak suke. dah kene bagi dekat orang lain. menci betol.



last-last En. M.a.s cakap 'taknak dah. sukati lah'

peh lagi sadissss. T________T



tiba-tiba dia berhenti lagi.
'dah jom turun pergi mamak sini. makan roti sardin'



haha! tak sampai hati lettew. pastuh dia dok orderkan makanan aku tapi roti sardin dekat Steven's tuh lagi sedap. serius aku cakap makanan dekat Steven's tuh sedap tapi disebabkan servis dia macam tahik memang takkan aku jejak situ lagi. padan muke ko hilang pelanggan berpotensi macam aku :p



aku tak taw kenape aku nanges. bukan mengade-ngade okey tapi semulajadi. dari aku kecik lagi kalau aku dapat makanan yang tak best or aku order dia bagi tak betol aku mesti nak nanges. terbawak-bawak sampai ke besau ni ha. bukan saje nak nanges tapi tiba-tiba nanti macam stress lepas tuh air mata mengalir sendiri. (cakap je lah cengeng :p)





ada satu lagi cerita pasal nanges2 time makan ni tapi nanti aku sambung. ni pon dah panjang dah aku bebel. lagi satu jangan tanya aku kenapa takde gambar kang aku sentap aku taknak tulis lagi. takot tak takot tak (okey poyo). gambar atas pon pakcik google punye.










malam ni ada bbq dengan civilian. harap-harap takde adegan menanges :p


ok bai.






With Love : Syazwana Jamal :)


22 comments

April 28, 2011 at 4:20 PM

hahahahaha...
saya memahami perasaan kamu

April 28, 2011 at 4:36 PM

@hans

ada jugak yang sudi memahami
kui kui
;p

April 28, 2011 at 4:50 PM

same lah kite..
sikit-sikit nages..
saya pantang di tegur.. ;) hehe..

April 28, 2011 at 4:59 PM

@qucachahir

hehehe.
same lah kite jugak
;p

April 28, 2011 at 5:42 PM

hehe hati lembut bak kapas

April 28, 2011 at 6:10 PM

sabar byk2 ea.. heee

April 28, 2011 at 6:33 PM

@[sutera kasih]

haha!
tapi cengeng
;p

April 28, 2011 at 6:33 PM

@shahjiehan

baiklah SJ
;)

April 28, 2011 at 8:19 PM

ololo.. cian kat die..
ssh jgk kalo serbis xok ni..
mud nk mkn pon ilang..

April 28, 2011 at 11:24 PM

kalau aku pun tarik muka bhai .
tapi bf aku , jangan harap lah nak pujuk lepas tuh bagi aku makan lagi even dia tahu aku lapar .
hampeh sungguh T___T

April 28, 2011 at 11:25 PM

he..he...tp hangin la pggl smpai berkali2 pn xsmpai2 kuah...

April 29, 2011 at 1:31 AM

@Cik Ezy

tahu takpe.
baik lapar terus kenyang.
haha!

April 29, 2011 at 1:37 AM

@Misshy Innz

kah kah!
memang hampeh.
hik hik.

April 29, 2011 at 1:37 AM

@ayanuts

memang.
padahal kuah je pon.
huhuhu

April 29, 2011 at 5:10 AM

bako je kedai tu.. :P

April 29, 2011 at 10:21 AM

singgah sini...alahaii ciannyer dier....Azue pun dolu2..kuat nanges jgk psal makan2 nie...tp time peknen ler

April 29, 2011 at 11:57 AM

alalalala sedihnye dapat kuah kari! :P hehe ni geng sensitif mcm i al ni :P

April 29, 2011 at 1:07 PM

@Heidi Shafiq

tu lah tapi nak dekat exam ni.
kang masuk lokap cemane
;p

April 29, 2011 at 1:07 PM

@Azueriena Norash

hehe comelnya.
kite kan golongan manje.
haha!

April 29, 2011 at 1:08 PM

@sherah

ye tepat sekali.
go go geng sensitif.
;p

April 29, 2011 at 6:37 PM

kadang2 mmg benda kecik pun kita nak nangis.. i pun sensitif gak.. tp selalu nangis pasal kucing la =_=

April 29, 2011 at 7:30 PM

@Amirrah Zawani

tasuke kucen.
so tak nanges.
hehehe

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal