Monday, June 13, 2011

Antara scene seram dan kelakar dalam KL Gangster.






malam tadi aku pergi tengok KL Gangster dengan En. M.a.s. setelah sekian lama aku tak tengok wayang baru malam tadi aku dapat tengok cerita yang agak baru keluar jugak and masih menjadi topik hangat yang sedang diperkatakan. kira jadik orang awal jugak lah kan. bangga sekejap (*astarafirullahalazim) :P



padahal cerita Fast 5 yang keluar 5 May tuh baru last week aku tengok dekat wayang. and segala jenis cerita yang keluar after Fast 5 termasuklah Pirate of Carribean, Kungfu Panda,Nur Kasih, X-Men bla bla bla semua aku tak tengok lagi. seriussss loser ! fine sila gelakkan aku.








aku reserve tiket wayang untuk yang pukul 10pm punya. masa aku collect tiket pukol 9pm akak kaunter tu cakap tinggal 2 seat untuk kitorang je yang kosong. seat lain Fullhouse. betapa berpengaruhnya cerita Seth Tan ni kepada warga Malaysia. tabik spring !



dekat pukul 10 tengok2 lampu hall kitorang dah menyala apa lagi terus lah serbu. fuhhh memang ramai gila orang berpusu-pusu masuk. nasib baik aku kecik so takde masalah setakat nak menyelit-nyelit di celah-celah orang ramai tuh kan. kesian dekat En. M.a.s lah sebab dia gemok. padan muka dia. kui kui kui.



okey nak taw tak ape scene yang menyeramkan dalam KL gangster tuh ?


masa mula-mula cerita nak start kan time ni semua orang tengah semangat-semangat siap ada yang gelak-gelak lagi. yang gelak tuh biasalah budak-budak lelaki yang suka sangat mencari publisiti murahan. budak perempuan kan baik takkan nak gelak kuat-kuat kan. aku tau. hihi.



tiba-tiba dengar suara baby menangis. and tiba-tiba satu hall senyap. dan kemudian suara baby menangis menjadi semakin kuat. dah jadi macam cerita hantu dah. seram jugak wehh. hingga dengar satu suara 'baby nangis pulokk'.


nasib baik ni cerita KL gangster. kalau cerita Karak memang aku dah terkencing dulu kot kat situ. kui kui kui. tapi kan gila hebat parents yang bawak baby masuk wayang tengok KL ganster. i mean dah pukul 10 malam kot. time untuk baby-baby sedunia untuk tidur. tapi macam mana nak tidur dalam wayang dengan aksi gangster-gangster KL yang fuhhh sangat taiko tuh. memang takkkkk lah kan.





setengah jam before wayang habis masuk pulak scene kelakar.


boleh pulak tetiba ada sorang budak lelaki umur dalam 2 ke 3 tahun camtuh pergi main-main atas stage pastuh buat gaya ala-ala dia tuh Aaron aziz tengah lawan dengan Shark. nasib baik budak tuh pendek and kepala dia tak termasuk dalam layar kalau tak boleh panas hati jugak ni. silap-silap aku pulak yang bertukar jadi Shark dekat depan wayang. okey tak kelakar.



tapi budak tuh rilek je buat aksi-aksi sorang2 dekat depan semua orang dalam wayang. mentang2 lah gelap ko hingat aku tak nampak. terganggu kejap kosentrasi tengok Aaron Aziz. tapi budak tuh memang kelakar. selamba buat aksi seperti dia berada di rumah sendiri tanpa memikirkan yang aksinya dilihat oleh wanita hot seperti aku. boleh bla.



tapi seriously KL gangster memang best. sape eh penulis skrip dia ? skrip dia terbaik kot. aku suka suka suka suka. tapi ending dia aku tak suka. kena tangkap polis jugak. padahal Aaron Aziz tak bersalah kot. :(


tapi overall memang best. berbaloi-baloi RM13 yang En. M.a.s belanja tuh. teheee :)



oh lagi satu watak zizan memang sangat ohsem okey. tapi kesian dia kene bunuh dengan Shark. bajet bagus betol si Shark tuh. tak sedar yang Malek lagi hebat dari dia. huhu emosi pulak.






kalau korang tak gelak tengok watak si zizan ni kompem ada something wrong kat korang ni.



okey aku malas nak review filem ni sebab dah ramai dah yang review. korang pergi baca review Hans dekat SINI. dia ni memang superb bab2 review filem ni. terperinci dia bgi taw. gud gud. me like :)





ok bai. dada didi dudu :)




With Love : Syazwana Jamal :)


12 comments

June 13, 2011 at 11:42 AM

haha..aku paling suke yg part budak tu msuk stage.adess..
dik,pegi tidur lah.mlm2 tgk wyg buat ape?
haha..mak bpk dia ni pun satu.
XD

June 13, 2011 at 1:06 PM

cite ni bkn utk bdk2 kan..
boleh pulak bdk2 t'lpas masok?
baby pon ade skali..
haha..

June 13, 2011 at 2:28 PM

@Ajie Mohd Tahir

itulah dia kan.
patot mak pak dia tengok wayang kol 10am bukan 10pm. huhuhu :P

June 13, 2011 at 2:30 PM

@Cik Ezy Brutal

mak pak dia seludup kot.
hik hik
:P

June 13, 2011 at 2:35 PM

waaa...nak tengok!

June 13, 2011 at 3:28 PM

@chenthagila

sila tengok !!
Aaron hensem.
sukeee :)

June 13, 2011 at 4:03 PM

uish
thanks letak link blog dkt entry nih
:-)
xsilap aku penulis skrip filem ni si Shark @ Syamsul Yusuf...
xsalah aku lah

haahhaa..biar betul ada budak depan stage..mak ayah dia mana? adoi..hilang fokus..
paling ku tak suka mak ayah bawa bayi2 kecil...kalau orang lain

June 13, 2011 at 4:16 PM

@Hans

nak wat camne mak pak dok syok tengok muvie sampai anak terbiar. hahaha :P

June 13, 2011 at 5:26 PM

ramai dah cakap best ni.. bila la leh tengok...

jemput ke blog
Bukan fakta pun
Tau la kami lambat pun.. sopan sket boleh?

June 13, 2011 at 5:33 PM

@~~Ticer Wann~~

best !!
pelakon dia semua style.
hehehe :)

June 13, 2011 at 6:29 PM

budak yg 'bersilat' atas pentas tu mybe nk bg hint..
"mak~ ngantuk~" hehe..

hi.. salam perkenalan =)

June 13, 2011 at 6:45 PM

@MerLe

hehehe betol jugak kan.
kesian itu budak.
:)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal