Thursday, June 2, 2011

Kisah Adinda Evans : Salah siapa ?



aku rasa cerita pasal awek blogger yang mengaku dia dah takde virgin ni dah meletop2 dah tapi aku baru tahu sebab aku baru jalan2 dekat blog. aku tau ni pon sebab Mr. K buat entry pasal ni. well takde twitter kan jadi ketinggalan zaman lah sikit (adakukesah :P). dekat facebook aku pon takde pulak yang kecoh2 pasal cerita awek ni. tu yang lambat sikit tuh.



tapi aku dah baca sendiri dah entry si adinda evans ni. simple je and aku setuju dengan pendapat Innz yang minah ni treat blog dia as private diary dia just dia tak private kan je. semua post dia pon pasal personal life dia and takde melibatkan orang lain pon. dia pon tak kejar traffik sebab dekat blog dia takde nuffnang ke ape ke. maybe salah dia sebab terlalu open minded and anggap apa yang dia buat tuh tak salah. atau mungkin dia masih belom matang (baru 14 taun der) untuk menilai semua yang dia dah buat kan.



tapi kita sebagai manusia yang baik dah berbudi bahasa duduk dekat Malaysia ni tak perlulah nak kutuk dia habis-habisan. aku pon dah baca semua komen pasal entry dia tuh. and serius banyak gila orang cakap dia BODOH. ada yang cakap dia akan masuk NERAKA. hey sapa anda untuk judge dia akan masuk SYURGA atau NERAKA. even kalau kita rasa kita solat 5 waktu buat baik belom tentu kita masuk syurga. semua tu kuasa Allah and kita tak berhak sama sekali (kan dah keluar ceramah aku :P)








well aku bukan baik sangat nak bagi nasihat2 dekat orang lain sebab aku bukan perfect. kepala pon togel kang kalau aku cakap lebih2 kang aku jugak yang kene balik. kang tak pasal2 orang cakap aku sebelah kan budak ni. sory aku tak sebelah mana2 pihak aku just nak bagi pendapat je.




pendapat aku, Islam ni mulia. jadi kalau orang ada buat salah kite tak berhak nak maki2 orang tuh. apa boleh kita buat ialah nasihat yang baik. even kita sendiri sebagai manusia kalau kita buat silap kita suka ke kalau orang maki kita? of coz tak suka kan. apa yang kita suka? kita suka orang bagi nasihat pada kita dengan bahasa yang lemah lembut. barulah masuk terus berkesan dalam hati. aku sendiri kalau aku buat silap aku tak suka orang tengking2 aku. lagi lah aku melawan tapiiii kalau orang tuh cakap dengan aku elok2 nasihat aku, aku boleh terima. :)



so berbalik pada cerita blogger yang mengaku takde dara ni, kita tak boleh salahkan dia. kita tak tahu macam mana life diakan. korang tau? of coz tak tahukan. apa yang korang tau tunggu masa nak ambil peluang hentam orang. cuba fikir mungkin dia memang tak pernah belajar halal haram, tak pernah masuk sekolah agama, even parents dia tak pernah didik soal agama. jadi salah siapa? salah dia kah? sebab mungkin dia betol2 tak tahu. (pendapat aku okey)



jadi kita sebagai teman seagama kita patot doakan dia semoga dia boleh berubah. ni aku tengok ramai gila hentam dia. kalau semua komen bagi nasihat takpe ni sampai ada yang panggil dia BABI segala. apa ni? korang ingat kalau korang maki2 hamun dia ni dia baca ke? entah2 dia tak baca. korang jugak yang rugi masa. entah2 bukan dia je yang dapat dosa dengan korang2 sekali dapat dosa sebab maki hamun guna perkataan tak elok bagai.



ada satu entry dia aku baca dia post yang dia doa pada Allah. tu pon kene hentam jugak. ada satu komen tuh aku baca dia tulis camni 'what? Nak dekatkan diri kat Allah? How fuck you. Orang macam kau ingat tuhan jugak ke? Pelik.' Dan yang aku terkejut orang yang bagi komen tuh perempuan bertudung (of coz lah yang pakai tudung tuh perempuan takkan jantan pulak kan). sepatot nya dia bagi nasihat ni dia sama mencarut. kenapa nak pelik? tak boleh ke orang jahat ingat tuhan? at least bila dia di timpa musibah dia ingat tuhan. kalau dia bunuh diri? lagi teruk kan.



kalau korang yang dok hentam2 dia ni ikhlas nak tolong dia apa kata korang pegi add facebook dia amik nombor telefon dia then jumpa dia bagi nasihat dekat dia face to face. korang berani? sure takkan sebab korang pon mungkin belom cukup ilmu nak bagi ceramah pada orang. jadi apa perlu kita buat? doakan adik ni supaya dia sedar dan kembali pada Allah. hanya Allah yang mengetahui semua makhluk ciptaannya.








kita patot bersyukur sebab kita lahir dengan didikan agama sebab tuh kita tak buat benda2 yang tak elok. cuba kita di tempat dia? jahil tentang agama mungkin kita pon buat benda yang sama kan. Wallahualam :)




renung2 kan dan selamat beramal :)







p/s : Juliana Evans takde kene mengena dengan Adinda Evans k. harap maklum :P





With Love : Syazwana Jamal :)


25 comments

June 2, 2011 at 5:23 PM

sgt setuju ngn awk..
sume post entry nk marah budak tu je..
kebykkan nye la..
kite xknl budak tu jd xpyh la nk pndai2 hukum die smpai camtu..
die tulis camtu, pastu terok kene hentam..
yg hentam pon same naek je..
hurm..
mcm2..

June 2, 2011 at 5:45 PM

@Cik Ezy

betol tuh.
cuba lah nasihat elok2 ni nak menghentam orang je kejenya.
haih =___=

June 2, 2011 at 6:18 PM

betul tu, rata-rata blogers buat cerita pasal budak ni. memang teruk budak ni kena hentam. tapi budak ni dah buat satu statement yang sebenarnya dia kene rogol dengan ex boifie die, then now ex die dekat penjara sebab die dah buat report kene rogol. tapi its a bit funny, sebab die cakap ex boifie die akan kene gantung end of diz year sbb kene charge rogol dia. kalau ikut fakta perogol selalunya kene penjara 20-30 tahun dan sebatan, tak pernah pulak kene gantung. haish.

June 2, 2011 at 7:21 PM

Adeiiiii, macam2 lak sekarang nie terjadi kat blogger2...

Entry terbaru -> Ernestine Shepherd Ahli Bina Badan Wanita Tertua Di Dunia... (",)

June 2, 2011 at 8:31 PM

Oh,sy ade dengar jugak,tapi x g terjah lagi blog dia..betul tu..kalau kita maki2 pun x guna..tegur secara berhikmah tu lg elok..

June 2, 2011 at 9:01 PM

Sangat setuju dengan awak, cik syazwana jamal. ^^

June 2, 2011 at 9:13 PM

@schaze zainn

yap ! baca jugak tadi pasal dia buat statement dekat fb dia. entah lah biar Allah je yang mengadili :)

June 2, 2011 at 9:13 PM

@Budak Botak

biasalah dunia makin moden
:P

June 2, 2011 at 9:14 PM

@MiSz fiFiEyQa

memang betol !
sedangkan nabi gunakan cara berhikmah bukannya maki hamun kan
;)

June 2, 2011 at 9:34 PM

@Norliyana Kartini

hehe!
thanks cik norliyana kartini
;)

June 2, 2011 at 10:49 PM

setuju juga..ada pendekatan yg lg baik utk mendidik bdk2 mcm ni..tp jgn main makai hamun

June 2, 2011 at 11:20 PM

@ayanuts

betol tuh.
fikir dulu sebelum berkata-kata.
;)

June 2, 2011 at 11:29 PM

pendapat ss.. dia blom matang utk memikirkan kesan yg dia akan hadapi 10thn akan datang. sebab tu keluar entri macam tu. so kita same2 la doa agar dia dan mungkin ramai lg yg kat luar sana tu kembali ke pangkal jalan. amin :D

jiwa hijau kuning
June 2, 2011 at 11:39 PM

stuju ngn ''hey sapa anda untuk judge dia akan masuk SYURGA atau NERAKA''
sbb iman bertambah n bkurang...so,apakata kita amek apa yg tjadi wat muhasabah diri..kita sndri pon blm tntu masuk syurga..solat posa,aurat tah kemana..yg ada cuma maksiat...moga Allah ampunkan dosa kita ='(

June 2, 2011 at 11:44 PM

@Siti Safiyyah

betol !
sama2 berdoa tu lebih berfaedah
;)

June 2, 2011 at 11:45 PM
June 3, 2011 at 2:33 AM

stuju sgt2 :)

June 3, 2011 at 12:41 PM

@M Fizan

thanks :)

June 3, 2011 at 10:40 PM

mudah mudahan die sedar! amin~

June 3, 2011 at 10:56 PM

@ainihussin

aminn.
mudah-mudahan
;)

June 4, 2011 at 1:47 AM

yup..betul tu..saya awak dan awak pun prnh berumur 14 tahun, masa tu fikiran kita still tak matured..so, kita yg lebih berfikiran waras, mesti tahu langkah terbaik utk dlakukan..nice entry dear :)

June 4, 2011 at 8:15 AM

@[sutera kasih]

thanks dear
;)

June 4, 2011 at 3:01 PM

yezza.. betul3x~

hmpir keseluruhan yg sya nmpk memg keji caci maki dia tu.. tguran berhikmah harus diberikan, dan kita mendoakan yg terbaik buat dia..

inilah dunia bila syariat islam diambil separuh2.. ada buat, ada xdak.. walhal islam itu agama mnyeluruh.. smoga kita smua beroleh rahmat dariNya..

yang penting, hidayah Allah harus kita cari, bukan berdoa sahaja agar kita mndapt hidayah.. itulah kesilapan paling besar kbanyakan umat islam..

sma2 kita bermuhasabah diri dan saling berpesan2.. ^_^

June 4, 2011 at 4:04 PM

@Aretikz

nice comment
;)

June 5, 2011 at 2:25 AM

Singgah sini, he3...

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal