Wednesday, June 29, 2011

Perlu ke menggunakan medium Facebook untuk bersayang-sayang bersama kekasih ?



   

Fine takde maknenya aku nak jeles-jeles ni macam kan kau sorang je kan yang ada boyfriend orang lain takde boyfriend. kau sorang je kan yang panggil boyfriend kau papa, daddy, sayang, baby and wateva lah. tapiiiiiii perlu ke nak tayang-menayang dekat facebook dan lebih parah lagi masuk dekat WALL aku. demmyuuu.






sekarang ni kalau aku jumpa je orang dok wallpost camni :


Mowning cayang. I Love You ♥ ♥ 

Moning Papa. Mama indu Papa tangat-tangat.

Daddy, I mishuuuu. ♥ ♥ 

Tayang, baby tak cihat.

Darling, Honey indu Darling tangat-tangat.



PANGGGGGGGGG. nak lempang sedass aku bagi. (bayang je lah nak buat betul tak ley)

dengan sepantas kilat terus jari aku hide post dorang. naseb baik aku hide kalau aku unfriend macam teruk sangat pulak. lagi teruk kalau aku BLOCK je terus.


it is not aku JELES lah tapi it is a little bit annoying kot.






aku tau lah korang BERCINTA tapi perlu ke nak menunjuk dekat Facebook macamkan Facebook tuh korang berdua yang punya. kalau nak sangat BERCINTA dekat Facebook apa kata buat akaun lain and friend lah kau dua orang je tak payah add orang lain. time tuh kau nak berwall post ke nak bersayang ke bercium sekalipon takde orang heran.


yang aku paling pelik kalau couple tuh share buat akaun Facebook. means satu akaun kongsi 2 orang. kemon lah Facebook untuk kau kawan-kawan kot. masalahnya korang dah kawin ke? orang yang dah kawin pon tak pernah nak share facebook kot. kau tak rasa ke kawan-kawan ko boleh konpius 'ni kawan aku ke boyfriend dia nih'.






itu yang belom kompem kawen tuh dah nak share2 camtuh. kalau kompem kawen takpe. ni dah la SHARE akaun Facebook lepas tuh berPAPA-MAMA dekat Facebook. sekali CLASH. kau tak rasa malu kewwwwww ?? lepas clash buat akaun baru lepas tuh pening kan kepala hotak kawan2 kau dengan akaun facebook kau yang beriban tuh. kemon derrr. takkan setiap kali clash nak buat akaun baru kot. tukar password sudeyy lerrrr. =___=



paling aku tak paham kenapa dorang tak mesej je pasangan dorang tuh. kompem-kompem gf/bf akan terus dapat mesej and boleh terus reply on that time.


contoh Gf tulis dekat wall Bf : 'Mowning Bucuk. I Lafff U'.

adakah Bf akan terus reply? mungkin ye kalau Bf online tapi jawapannya adalah tidak kalau Bf tak online.

ce kalau guna henpon bagi je mesej kompem Bf terus reply kan.

jadi kesimpulannya di sini gf BUKAN IKHLAS untuk wish morning pada bf tapi lebih kepada menunjuk kepada rakan-rakan bahawasanya dia adalah seorang yang sangattttttt caringgggggggggg and dia sorang je yang boleh wish morning dekat bf dia orang lain tak boleh. erti kata lain nak tunjuk pada dunia bahawasanya mereka adalah pasangan couple yang paling suwwiitttttttttttttttt. pffffftttttttttt.







kemon lah sekang teknologi makin moden kot. pakai Iphone buat apa kalau tak guna. nak gak guna facebook yang bosan tuh. tau lah free. tapi takkan lah mesej boipren satu sen pon nak berkira. kalau pakai Digi FREE lagi tau. 


lagi satu kalau pakai henpon boleh baca balik mesej lepas2 tapi kalau pakai facebook mampu kau nak tekan older post tuh banyak-banyak kali semata-mata nak baca post lepas2? =_____=


aku kan macam geli lah orang MAMA-PAPA or DADDY-MUMMY dekat facebook ni. kalau dah kawen takpe. tapi kalau tengah bercinta panggil camtuh I was like "eh korang belum kawen tapi dah ade anak ke panggil MAMA-PAPA ni ?''



okey fine kang aku cakap lebih2 cakap aku jeles pulak. hoi tak jeles lah. annoying je. orang lain ada boyfriend jugak tak menunjuk lebih2 pun.



taw siapa ni ?
pergi Youtube and search for Annoying Orange.
sangat annoying macam aku rasa. kahhhh.




okey dah sejuk sikit hati tengok muka budak comel ni.




sorry but it is just my opinion.


mungkin aku semakin matang. MUNTAH !








ok bai.


               



p/s : Jom layan doodle dekat SINI. :)




With Love : Syazwana Jamal :)


24 comments

June 29, 2011 at 12:12 AM

ayie memang xsuka orng mcm gitu..ala, mcm lah romantik sgt..tup2 nty clash plak..hoho

June 29, 2011 at 1:19 AM

super duper nice la dear entri ni..nak share kat FB :)

June 29, 2011 at 10:35 AM

hihik..
sgt setuju!
mcm la xleh nk msg kn..
bosan tau tgok kapel2 yg menunjuk sgt ni..
dorg xtau ke kitorg nyampah tgk dorg..
haha..

June 29, 2011 at 11:28 AM

@cucu umie

hahaha tu lah selagi tak kawen jangan lebih2 sangat. hehehe

June 29, 2011 at 11:29 AM

@[sutera kasih]

sila sila.
:)

June 29, 2011 at 11:29 AM

@Cik Ezy

dorang takde perasaan kot.
heeee

June 29, 2011 at 11:46 AM

kalau orang nak berkasih cyg kt FB ni,rasa mcm nak lempang je,nak tunjuk kt dunia yg dia ada BF.grr.naek geli bila baca

June 29, 2011 at 12:15 PM

@Rozuan Ismail

haha.
betol3.
:P

June 29, 2011 at 1:01 PM

nak lempang sekali boleh tak? grr tak tahu kenapa macam tak ada sms, bbm, wassap , LP ke nak cakap2 jiwang. fb tu jgkkkk nk ckp2 eewww lempanggg mereka !

annoying orange *lapp peluh, sedapnya

June 29, 2011 at 1:42 PM

thanks dear, dh share :)

June 29, 2011 at 3:03 PM

@Liyana Lunia

haha annoying orange tuh sangat annoy ! btw lempang je dorang tuh bagi paham sikit :P

June 29, 2011 at 3:03 PM

@[sutera kasih]

worite no prob :)

June 29, 2011 at 4:22 PM

haha ss penah ada kawan macam ni tau. tuptup clash. pastu si pakwe tu pi remove si gf dari friendlist. tuptup si bf dapat gf baru. LOL. patutlah si bf remove. grr

June 29, 2011 at 5:36 PM

@Siti Safiyyah

kesian gf
=___=

June 29, 2011 at 7:15 PM

yeaaaahh! setuju! tak suka mereka2 ni. terus unfriend je. hahah

June 29, 2011 at 7:44 PM

@bunbun

wah ini memang kejam.
:P

June 29, 2011 at 8:07 PM

kekejaman yang paling hakiki ialah kekejaman kepada jiwa raga kawan - kawan yang membacanya. urghh, seperti dipalit tahi rasanya. sangat menggelikan.
hahaha

aku remove friends kalau aku tak kenal, dia buat hayat taching2 laknat tu.


*nak bercinta, main twitter. tak ada orang nak amek port pasal cinta ko. :D

June 29, 2011 at 9:05 PM

@haikalblank

hahaha yeah yeah !!
:D

June 29, 2011 at 9:27 PM

terasa mau terjun bangunan bl baca komen2 mcm tu ..he..he..sumpah geli yg part daddy mama tu..he..he.

June 29, 2011 at 10:03 PM

ekeke, orang mcm ni kena gi buka kamus dewan..

June 30, 2011 at 1:57 PM

hahahah
ekau sama dengan den
silap2 den block je orang cam tu

Kisah Joyah Dan Bedah

July 1, 2011 at 3:47 PM

@ayanuts

sangat geli.
sampai my mom pon geli jugak.
huhu

July 1, 2011 at 3:48 PM

@Lulu Caldina

hahaha btol tuh.
tak pon masuk sekolah rendah balik.
hik hik

July 1, 2011 at 3:48 PM

@Hans

block je abes citer tapi macam jahat sangat lah pulak kan.
huhuhu :P

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal