Monday, June 27, 2011

Running Man dan aku.





aku ni bukan tergolong dalam spesies yang gila korean muvie or korean drama or wateva sebab aku jenis yang malas nak tengok drama yang panjang2 ni. cepat bosan. walaupon semua orang cakap cerita tuh best gilaaaaa tapi aku wat lek je.


masa matrik dulu semua orang sekeliling aku dok cerita pasal korea2 ni. peh berbulu telinga aku dengar. of coz berbulu sebab aku tak amik port langsung pasal korea ni. aku pon tak taw tapi macam takde feel lah nak tengok. heee. maybe sebab aku tak suka lelaki muka jambu kot. kah kah !


masuk universiti je hamek kau lagi ramai cerita pasal korea. classmate aku lelaki ke perempuan ke semua cerita pasal drama korea. argggggghhhhhhhhhh. mane tak tertekan aku. ko bayangkan kalau jumpa satu group ko rasa macam katak bawah tempurung yang baru tengok dunia luar tak tahu pape. dengar orang cerita tapi kalau dengar faham takpe ni dengar tak paham. rasa macam loserr gilaaaa tapi takpe aku sentiasa wat cool je.






satu-satunya artis korea yang aku kenal muka and ingat nama ialah RAIN. sebabnya masa first year dulu ada sorang classmate aku ni fanatik gila dengan rain. disebabkan aku selalu dengan dia maka aku pon terkenal lah dengan rain ni. lagipun ada sorang classmate lelaki aku ni memang gila drama Fullhouse. tak silap aku drama tuh dia tengok dekat berbelas kali kot. so makin kenal lah aku dengan Rain.



muka jambu tapi aku tak minat. kui kui.



kalau ko pinjam hard disk classmate aku dekat universiti ni jangan tak percaya kalau 80% dalam tuh cerita-cerita korea. fuhh gila lah dorang ni kan. respect betol aku. lepas tuh boleh pulak hafal nama-nama pelakon dalam citer tuh. yang aku kagum kan ada satu group lelaki yang ramai gila tuh apa entah nama dia. Super Junior ke hape entah yang sampai berbelas orang tuh dah macam kumpulan rabbani dah. boleh hafal semua nama dorang. kagum kagum kalau aku lah aku tengok muka dorang tuh semua nampak sama jek. haih =____=



Super Junior : nak suruh aku kenal dorang ni ?
bagi duit pon belum tentu boleh hafal =__=



sekarang ni fenomena Running man pulak. kalau dekat Malaysia Maharaja Lawak kat Korea ini lah. actually dah agak lama lah jugak aku je yang lambat. biasa lah tak minat kan. poyo je. tem study week sem lepas dengan classmate aku keluar lah semua nama-nama character dalam Running Man ni tapi macam biasa aku pekakkan telinga sebab tak paham. hampeh.






Song Ji-Hyo


aku pon baru tengok mende ni sebab kawan aku ajak tengok sama. sebab kalau tengok sorang gelak sorang2 tak best. gelak ramai2 best sikit. serius show ni sangat kelakar. so disebabkan ada sorang mamat korea yang macam cool je aku pon layan je lah. heeee. eh tapi dia bukan drama korea dia variety show korea. so antara satu episod dengan satu episod tak related pon sebab every week dorang akan main game dekat tempat yang berlainan.


dalam setiap episod dorang akan dibahagikan kepada 2 group and selalunya Jong Kook, Gary, Haha and Joong Ki akan satu group and yang lain akan satu group. and for every episod dorang akan jemput 2 or 3 orang artis untuk join dorang. game akan start area 9pm camtuh sampai pagi which mean dorang tak boleh tido and dorang akan dikurung dekat tempat game tuh contohnya dekat stadium or post office or else. tapi semua tempat2 game dorang tuh besar2 gila pastuh dorang kene berlari. memang kene ada stamina tinggi gila. kagum !



Song Joong Ki : nama lain dia Flower Joong Ki sebab dia paling Jambu.
dia ni pandai tapi kadang2 takde sebab kene berlakon drama.



Ji-Hyo : satu-satunya member perempuan yang tetap dalam show tuh tapi dia ni lari laju jugak. pastuh selalu kene gosip dengan Gary.



Lee Kwang Su : dia ni selalu je buat cerita lawak pasal member2 dia. sangat tinggi macam galah !



Gary : muka paling tenang. kalau tangkap gambar muka orang lain eksited tapi muka dia maintain tenang. selalu kene buli dengan Jae-Suk.


Haha : nama lain Ha-rad Pitt sebab perasan Brad Pitt. kui kui. selalu kene marah dengan Jong Kook sebab tak buat kerja betul2. hehe.



Kim Jong Kook : paling kuat and selalu jadi orang paling last yang kene tangkap sebab takde sape berani tangkap dia sorang2.



Ji Suk-Jin : paling tua. nama lain Big Nose old brother sebab hidung dia besar. kahkah. kalau kene kejar tuh selalu je jadi orang terawal kene tangkap. kui kui.




Jae-Suk : main host untuk show ni. dia ni cekap kalau nak lepaskan diri waktu kene kejar. pastuh dia ni sangat famous and kalau pergi tempat2 awam semua nak bergambar dengan dia.




dalam show ni dorang kene habiskan mission dorang untuk dapatkan running ball which is akan digunakan untuk keluar dari tempat tuh. sape yang dapat keluar boleh balik rumah terus lah tapi kalau sape yang kalah akan kene denda macam balik rumah pakai hot pants naik public transport or kene pergi minum dekat kedai pakai camtuh. maluu gila tapi dorang wat cool je.




kat Malaysia kompem tak boleh camni.



tapi kan sampai sekarang aku macam pelik lah dengan orang korea ni. dorang kalau nampak artis dorang jerit2 sampai kejar2 dorang. fanatik gila eh ? ce kalau dekat Malaysia ni Dato' Siti lalu pon belum tentu korang jerit2 kan. oh orang Malaysia beradab kan takkan nak wat camtuh pulak eh :)


kalau tengok Running Man aku suka Jong Kook or dalam cerita ni sebagai Sparta-Kook. sebabnya badan dia tough. boleh gitu ? kekeke. tak lah sebab dia ni macam matured, berkaliber and ada instinct kuat. pastuh dia ni lari laju gila and kuat gila sampai semua orang takut kalau kene kejar dengan dia. lagi satu dia ni sangat bagus jadi leader. tapi kadang2 anak buah dia suka melawan cakap dia. hik hik.



kalau lah dapat bf badan macam dia ni.
haih.



yang aku tak suka Ji-Hyo. bukan sebab ape tapi dia ni macam annoying pulak dah la ganas suka main ngelat pulak tuh. bese lah perempuan takkan nak suka perempuan kan. lain macam pulak katenyee.



Joong Ki and Gary.
Joong Ki comel gila kan. Gary pulak selalu kene buli.




dorang selalu kenekan Gary dengan Ji-Hyo.
Gary ni pon satu kalau kene tangkap lawan selalu lepaskan Ji-Hyo sebab konon2 nak bagi Ji-Hyo suka kan dia. sengal. geram je aku. haha :P



sebenarnya malam tadi aku mimpi aku join Running Man ni sebab tuh la keluar entry camni. tu lah dah tido pon pukul 3 sebab tengok Running Man ape doknya kan. tapi kan semua guest yang dorang jemput aku tak kenal sorang pon. 2pm ke CN Blue ke ape ke haram aku tak kenal. noob gila =___=


Joong Kook pon aku kenal dalam Running Man je lah. dia pelakon ke penyanyi ke aku pon tak tahu. huahua.




p/s :

Nak shopping tapi takde duit ? Jom singgah SINI. Dress, Blouse, long skirt and Kemeja semua harga tak lebih RM20. memang berbaloi :)

Nak layan Doodle ? Singgah SINI pulak :)




ok bai.





With Love : Syazwana Jamal :)


8 comments

June 27, 2011 at 6:50 PM

dulu2 ku layan Korea
start layan bila tertengok drama Full House dengan Filem Windstruck
tapi skrg tak dah
boring
hehehehe

Kisah Seekor Anak Burung Kuning Yang Comel

June 27, 2011 at 7:23 PM

@Hans

jiwang sangat kan.
bohsan.
:P

June 27, 2011 at 9:15 PM

layn xlayn sgtlah.... tapi beli baju made in korea online.ahaha

June 27, 2011 at 9:35 PM

@izzad b*

fuyoh baju nak made in Korea.
hik hik

June 27, 2011 at 9:51 PM

saye lyn gitu2 je korea ni..
yg plng best lyn cite my girl.
ekeke

June 28, 2011 at 9:56 AM

@Cik Ezy

hehehe pernah dengan tapi tak tengok
:P

June 28, 2011 at 12:38 PM

hahahaa . kawan sy sampai fanatik giler super junior taw . siap beli bantal , cawan , kipas , buku n macam2 lagi gmbar superjunior nie taw . aish =,="

June 28, 2011 at 6:31 PM

@lilypelangi

waw gila hardcore fan.
hehehe

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal