Thursday, June 16, 2011

Terima kasih Ibu dan Ayah untuk semua ini :')







zaman kanak-kanak aku rasanya tak macam orang lain kot. sebabnya aku ni jenis yang degil keras kepala suka memberontak sensitif suka menangis suka merajuk bla bla bla. senang cerita sifat2 yang negatif tuh memang ada dekat aku je lah takde dekat adik beradik aku yang lain :')






pada aku ayah aku, En. Jamal bukanlah seorang yang garang. aku lebih takutkan ibuku berbanding ayah ku sebab ibu memang ku tahu sangat garang waktu aku kecil dulu. rasanya semua ibu pon garang kan tapi aku rasa ibu ku juga yang paling garang tapi itu bukan masalahnya. so aku nak kongsi 3 pengalaman aku waktu kecil. 1 pengalaman dengan ibuku,satu lagi pengalaman dengan ayahku dan satu lagi pengalaman dengan dua-dua. semua ni memang takkan aku lupakan sampai bila-bila :')



Pengalaman 1 :

cerita bermula pabila ayah ku yang selama ini ku anggap sporting berubah wajah. seingat aku waktu itu umurku 10 tahun, sekolah pagi darjah 4 tapi sekolah agama baru darjah 2. oh dekat Johor time tuh bila kita darjah 3 sekolah kebangsaan baru boleh masuk darjah 1 sekolah agama. sekarang je dah lain. darjah 1 sekolah kebangsaan terus boleh daftar darjah 1 sekolah agama. ngelat betol.


ada satu hari aku taknak pergi sekolah agama sebab adik aku koyakkan kerja sekolah aku. dah la cikgu aku garang and aku bayangkan kalau aku tak hantar kerja sekolah aku mesti kene denda teruk (imaginasi budak kecik). so aku terus mogok taknak pergi sekolah sampai menangis2 takut kene denda. tapiiii bukan adik aku yang kene marah sebab rosakkan kerja sekolah aku tapi aku yang kene marah sebab taknak pergi sekolah. dan ayat yang paling aku ingat sampai sekarang ayah aku cakap,


"kalau taknak pergi sekolah ayah bungkus semua kain baju sekolah ayah buang ! biar tak payah pergi sekolah sampai bila-bila" ayah jerit padaku.






bayangkan ayah yang penyayang tiba-tiba cakap macam tuh dekat aku. menangis-nangis aku tapi masih berharap ayah aku pujuk aku tapi harammm. bila aku berdegil taknak pergi sekolah ayah aku terus bungkus kain baju sekolah aku and campak dekat luar rumah. sedih gila aku time tuh. down doh (ingat budak kecik tak reti down ke?). dah la bukan aku saja-saja je taknak pergi sekolah :(


lepas kejadian tuh aku merajuk lah jugak kan tapi haraammm ayah nak pujuk. lama-lama aku jadi okey balik macam biasa tapii memang tak lah aku nak mengade-ngade taknak pergi sekolah lagi kan. serikkkkk.


sampai sekarang aku ingat lagi kejadian tu. bila aku cerita dekat kakak and abang aku dorang tak percaya sebab seriously ayah aku memang tak pernah marah anak-anak dia. even kakak aku and abang aku tak pernah kene marah dengan ayah aku. sebab tuh dorang tak percaya. and aku agak bertuah lah jugak sebab pernah kene marah dengan ayah aku. at least lepas tuh aku takde lah nak ponteng sekolah lagi sampai lah aku berjaya jejak kan kaki ke Universiti Malaya ni :')



Pengalaman 2 :

walaupun ibu seorang yang garang tapi aku ni memang selalu sangat lawan cakap ibu. senang cerita kalau dulu ada award anak yang paling degil memang kompem takde orang lain yang boleh dapat melainkan aku. even aku ada 3 orang adik-beradik lelaki tapi semua tak boleh melawan kedegilan aku. sampai ibu pernah cakap,


"kenapa adik-beradik lain takde yang perangai macam ko sorang ni. degil nahuzubillah"


masa aku kecik mak aku suka sangat paksa aku belajar which bagi seorang budak kecil belajar tuh macam kene paksa makan ubat yang sangat pahit. serius aku benci belajar. jadi selalunya aku akan duduk diam2 dalam bilik depan aku akan ada bertimbun-timbun buku sekolah dan akan terselit satu komik. bila ibu masuk bilik cepat-cepat aku buat-buat baca buku sekolah. bila ibu keluar apa lagi layan komik lagi best. jahat kan :')





kadang-kadang aku stress sebab parent aku macam suruh aku sorang je belajar tapi adik beradik aku yang lain takde pon. geramm je aku. sampai ada satu hari tuh aku melawan cakap ibu sampai ibu marah lepas tuh taw ape aku buat ? aku pergi kedai beli jajan (makanan ringan) banyak-banyak lepas tuh aku duduk bertapa atas pokok rambutan. okey sila gelak.


dulu bila aku merajuk je aku memang suka duduk atas pokok (macam monyet!). sampai ibu cakap

"ha duduk je atas pokok tuh tak payah turun pon takpe".



and aku yang keras kepala ni memang tak turun lah. kadang2 sampai tengah malam bila dah takut baru aku turun. nak suruh dorang pujuk takdeee okey. kesian budak kecik macam aku. tapi tu lah degil sangat :')



Pengalaman 3 :

okey pengalaman ni sweet sikit. yelah parents aku takde lah garang sangat sampai takde bagi aku kasih sayang langsung kan. aku ni memang pemalas masa kecik-kecik kan. so selalu je esok nak hantar kerja sekolah malam tuh baru terkial-kial nak buat. tapi kadang-kadang parents aku tak marah tapi dorang tolong aku buat kerja rumah.


paling aku ingat ada satu masa tuh aku tengah buat Math. banyak lah jugak yang aku tak siap lagi. tapi waktu tuh ibu ayah aku teman aku sampai tengah malam. ibu buat kan aku milo panas and dorang duduk sebelah aku teman aku. paling tak dapat aku lupa masa tuh aku dah ngantuk sesangat and aku tak expect yang ayah aku akan suruh aku masuk tido and dia sambung tolong buat kerja rumah aku. so suwiitttttttttttt. :)




* * * * * *



lepas kejadian pertama aku kene marah dengan ayah aku tuh sampai sekarang ayah tak pernah marah aku lagi. mungkin dia kesian dengan aku yang comel ni kot :P


dan sekarang bila aku besar baru aku sedar yang semua yang parents aku buat semua untuk kebaikan aku jugak. sebab dorang paksa aku belajar lah aku boleh sampai Universiti and Insya-Allah akan genggam Degree of Civil Engineering bulan 10 ni :')






entah-entah kalau parents aku biar dengan aku dengan perangai keras kepala aku dulu entah ape entah aku sekarang. tak dapat bayangkan. huhu



* * * * * *



fuhh panjang gila aku membebel. actually aku kene tag dengan aesya zealous untuk join contest yang Dr. Siti Hamidah dot com buat. Contest "Memori yang tidak dapat dilupakan sewaktu kecil"


okey lah before aku merepek lagi banyak nak tag tiga orang ni :


Korang kalau nak join contest ni boleh klik SINI.

hadiah lumayan :)



Tarikh tutup 9 Julai 2011








With Love : Syazwana Jamal :)


24 comments

June 17, 2011 at 2:56 AM

Keh3...mak bapak mana tak sayang anak...lebih kurangla perangai kita dulu masa kecik2 bila majuk. pokok rambutan jadi mangsa.(pulasan juga).

err...aku yang gurlishhh atau kau yang boyiesttt..?? KAH3..

June 17, 2011 at 5:19 AM

i'm touch baca yang part last sekali.

June 17, 2011 at 6:59 AM

betol tu. same je mase kecik dulu. degil tak hengat. huhu

congrats sis. da nk grad da :) kem salam amin, abg wan ngan kak afi ek. lame tak jumpe dorang. rindu plak :(

June 17, 2011 at 11:16 AM

xseram ke duk atas pokok smpai tgh mlm?
xde ke yg duk sebelah same tym 2?
mane r tau kot2 ade geng tetibe ade kat sblh..
ekeke..

gud luck!

June 17, 2011 at 12:17 PM

@Simpleblanklife

aku rasa kite patot bertukar.
wachaaaa.
keh keh keh :P

June 17, 2011 at 12:18 PM

@i'm ezza haniza

touching jugak.
hik hik
:P

June 17, 2011 at 12:18 PM

@chenthagila

thanks dear.
eh kenal kitorang eh?
mesti dok first nih.
hihi

June 17, 2011 at 12:19 PM

@Cik Ezy

zaman budak2.
semua pon macam berani.
hik hik

btw thank darling :)

June 17, 2011 at 2:06 PM

uishh.. hihi

tq sudi tag.. all da best yaww..

June 17, 2011 at 5:29 PM

@Nabila Huda

thanks yaww
;)

June 17, 2011 at 7:28 PM

@kak wana. aah. duk 1st. budak nasyid. huhu.

June 17, 2011 at 7:50 PM

@chenthagila

owh i c. hehehe
;)

June 17, 2011 at 9:17 PM

kenangan with parents is a very sweet moment !! :)

June 17, 2011 at 9:18 PM

btl2 kalau tak kerana mak pak kita garang kita mgkn takkan berjaya..he..he...nice entry

June 17, 2011 at 11:39 PM

kalau nk cite psl pengalaman..
sampai esok pun tak abis kan??
gigit hidung kau nnti..
hahaha..weh weh..ayah mmg x grang kn..kalau ibu..mcm rimau je..garang gile..kn kn??hahaha =p..
ak pun engineering gak..we same2..haha

June 18, 2011 at 11:47 AM

hahahaha
degil betul kau kan...
ehehehehehehe
aku baca habis
memang menarik
alang2 kalau menang pun memang berbaloi
best2

Maharaja Lawak Minggu 12

June 18, 2011 at 1:07 PM

@[sutera kasih]

betol. takkan boleh lupa punya.
hihi :)

June 18, 2011 at 1:08 PM

@ayanuts

thanks babe.
sekarang dah tak garang dah
;)

June 18, 2011 at 1:09 PM

@Far8 budak baik

berani kau nak gigit hidung aku yang kurang mancung ni? hahaha !

eh sibuk je nak sama-sama dengan aku amik engineering. well jemput lah datang bulan 10 nanti :P

June 18, 2011 at 1:10 PM

@Hans

tulah time kecik2 memang degil gila. dah besar sopan je ni. hehe.

btw thanks Hans :)

June 18, 2011 at 10:22 PM

Huhu. Dulu mak ayah garang gak. Suruh belajar. Klu tak, mmg kena marah, sebat. Fuh!

Pernah mak ckp nak bagi hadiah. Punyalah excited. Rupanya hadiah tu buku latihan. Hehehe... Bila ingat balik, tersenyum sorang2.

June 18, 2011 at 11:07 PM

@ayisy

hahaha kesian :P

tapi tu lah bila dah besar ingat2 balik senyum sorang2 :)

June 19, 2011 at 1:51 AM

Thanks Syazwana..:)

June 19, 2011 at 2:01 AM

@Dr. Siti Hamidah

sama-sama dr
;)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal