Hello Thursday.
Puasa tak hari ni?
kalau puasa bagus. tepuk tangan untuk diri sendiri (mentang2 dah boleh puasa :P)
Hari ni mari kita belajar mengenal kueh-mueh yang mempunyai pelbagai nama yang agak pelik.
well rakyat Malaysia kan sangat kreatif.
sampai nama kueh pon jadi sangat kreatif.
tak terfikir oleh fikiran aku yang kurang kreatif ni.
heeee :D
Kuih 1 : Kuih Paling gangster.
Kuih Lompat Tikam.
Amboi nama standard KL gangster dah. tapi apesal takde rupa keris ke pisau ke? molek je aku tengok kuih ni kaler hijau putih. suci gittew. celah mana entah boleh melompat dan menikam :P
Kuih 2 : Kuih Paling Seksi
Kuih Puteri Mandi
Yang ni pulak aku tengok takde pulak rupa ibarat sang puteri sedang bermandi-manda. suram je aku tengok kuih ni. kui kui :P
Kuih 3 : Kuih Paling keji
Kuih Taik Itik
Bukan aku mahupon korang je yang hairan.
Sampai Itik pon hairan kenapa mesti guna nama dia ?
ada sesiapa boleh tolong jawab tak ?
heeee
Kuih 4 : Kuih Bajet Cute
Kuih Cek Mek Molek
Aku tak kenal kuih ni. apetah lagi pernah makan. agak2 kalau makan kuih ni boleh jadi comel tak?
kalau boleh aku nak pergi beli petang ni jugak kat bazar.
Hari tuh Cik Ezy macam buat kuih ni je.
agaknya tu lah rahsia kecomelan beliau kot.
kui kui :P
Kuih 5 : Kuih Awet Muda
Kuih Seri Muka
Kuih ni aku suka. sebab dia macam best je kan. hihihi.
tapi aku wonder lah jugak kenapa muka aku macam tak berseri je.
mesti orang yang buat kuih ni salah resepi =_____=
Kuih 6 : Kuih Paling Alim
Kuih Ketayap
Kuih ni bagus kalau bagi dak akram makan bebanyak.
bagi dia jadi alim sikit.
kah kah !
okey fine tak kelakar
Kuih 7 : Kuih Penyakit Lelaki Kronik
Kuih Batang Buruk
Yang ni kompem.
kompem tak boleh.
Bahaya.
No no no.
Kuih 8 : Kuih Kaki Pukul
Kuih Lompang
Kuih ni memang lah aku tak boleh makan.
kang tak pasal2 satu hari kerja aku melempang orang je.
muahahahahaha >.<
Kuih 9 : Kuih euwwwww
Kuih Badak Berendam
korang pernah tengok badak berendam ?
kalau tak pernah boleh tengok kat bawah.
Tang mana ye yang sama?
aku pon konpius.
mungkin dia bulat2 gemuk macam badak kot :P
Kuih 10 : Kuih yang ditakuti
Kuih Bom
Amboi kuih ni.
Tak main lah pistol ke senapang ke.
Bom terus.
Jadi sila takut.
kui kui.
Kuih 11 : Kuih Tidak menyelerakan
Kuih Telinga Keling
Err yang ni aku no komen.
yang pasti aku tak suke.
hahaha :P
p/s : sekadar bacaan ringan untuk menghiburkan hati :)
Tazkirah 11 Ramadhan :Cara elakkan Marah :
1. Membaca taawudz ketika marah.
Al Imam Al Bukhari dan Al Imam Muslim rahimakumullah meriwayatkan hadits dari Sulaiman bin Surod Radliyallahu anhu : Ada dua orang saling mencela di sisi Nabi Shalallahu alaihi wasallam dan kami sedang duduk di samping Nabi Shalallahu alaihi wasallam . Salah satu dari keduanya mencela lawannya dengan penuh kemarahan sampai memerah wajahnya.Maka Nabi Shalallahu alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya aku akan ajarkan suatu kalimat yang kalau diucapkan akan hilang apa yang ada padanya. Yaitu sekiranya dia mengucapkan : Audzubillahi minasy Syaithani rrajiim.Maka mereka berkata kepada yang marah tadi : Tidakkah kalian dengar apa yang disabdakan nabi?Dia menjawab : Aku ini bukan orang gila.
ok bai :)
With Love : Syazwana Jamal :)
