Thursday, April 12, 2012

Ada otak taknak guna.



                 
Aku kan sebenarnya tengah bengang gila sekarang.
jadi bila tengah bengang haruslah dirempankan ke blog (bak kata Kak Di).
mana tahu kot2 budak yang aku bengangkan tu terbaca kan.
biar dia terasa sikit.
mana boleh aku sorang je yang bengang. harus dia bengang sekali.



cerita dia macam ni.
aku kan menyewa rumah kat KL kan.
rumah aku ada 3 bilik and aku duduk Master Bedroom.
so before ni untuk master bedroom aku share dengan rumet aku lah which is kawan sekolah aku jugak. Belajar kat UM jugak just lain2 fakulti.
dia ni kerja kat Mid Valley so hari tu dia dapat rumah yang lagi dekat dengan Mid Valley so dia decide nak keluar bulan lepas (Mac)
okey fine lah.



before dia keluar dia cakap ada junior dia satu kos kat UM nak ganti tempat dia.
aku okey je lah. lagi senang kerja aku kan tak payah susah2 nak cari rumet lain.
memula tu budak tu macam tak kompem lagi so aku pon terpaksa lah iklan kan kat MUDAH.com
memang ramai jugak lah yang respon sebab area rumah aku tu memang hot place untuk menyewa.
tetiba kawan aku cakap budak tu kompem masuk rumah.
disebabkan kawan aku kenal budak tu so aku macam percaya sikit lah so aku cancel semua call yang tanya pasal rumah.
dengan harapan budak tu masuk rumah and bayar sewa rumah macam biasa and bla bla bla.
sekali harroommmmmmmmmmmmmmmm.




last week hari Isnin kot dia call cakap nak letak barang dulu.
so aku bagi dia letak barang. tapi aku tak jumpa dia sebab time tu aku dah pergi kerja.
housemate aku yang tolong bukak pintu sebab dia tak amik kunci rumah lagi.
so aku ingatkan dia dah letak barang tu dia dah bayar deposit semua.
sekali nehiiiiiiiiiiiii.



housemate aku cakap dia tak bayar lagi.
tapi barang dah letak.
sial tak perangai?
so aku mesej dia dari last week cakap bila nak bayar sewa kan.
dia cakap dia kat kampung ada kenduri so takde internet takde ATM.
nanti dia balik KL baru dia transfer. okey fine.
Sabtu ari tu dia mesej cakap baru nak gerak balik KL so nanti kalau dah transfer duit sewa dia mesej aku.
tapi sampai sekarang takde. haraammmmmmmmmmmm.



aku mesej dia tak reply.
housemate aku semua try call dia off phone okey.
lepas tuh kawan aku (x-roomate) try nak mesej kat fesbuk dia deactivate.
babi tak perangai.



last2 aku cakap takpe lah bulan ni aku bayar bahagian dia.
melayang duit aku.
kalau aku amik budak2 yang call daripada mudah.com dah senang hidup aku.
tapi yang aku pelik tu dia berani letak barang.
dia tak takut pulak aku jual je semua barang2 dia tuh.
dia ingat aku ni baik sangat.
jagalah dia.



tak banyak pon barang dia. kipas satu lampu meja yang tinggi and besar satu bag pack travel yang besar tu satu dengan beg balik kampung satu.
nanti balik aku nak tengok baju2 dia dalam beg tu kot2 ada yang boleh dilelongkan ke kan.
padan muka.
hahahahhahaha !



lain kali kalau takde duit cakap je lah. setakat ni aku tak makan orang lagi.
ni konfiden je nak masuk rumah tetiba menghilangkan diri.
ape pon tak boleh.
harap belajar sampai UM tapi perangai mengalahkan lembu.
patot lah kau extend.
haaaaaaaaaaa.



tak paham aku dengan orang2 yang macam ni. agaknya ape lah yang dorang fikir eh?
rasa bangga ke kalau dapat menyusahkan orang?
rasa hebat?
rasa bergaya?
aku syak lah kan budak ni nak cari tempat untuk letak barang2 dia je lah.
tapi aku tak peduli.
kau nak balik barang2 kau sila bayar duit.
kau dah janji nak masuk tetiba tak jadi pastu hilang tak pepasal aku yang kene bayar untuk kau.
jangan harap senang2 kau nak lepas.



bengang2 jugak. camwhore tatapp camwhore :P


Like macam sorang housemate aku masa kat rumah dulu.
student UM jugak.
tetiba menghilangkan diri.
sewa rumah bape bulan tak bayar.
barang semua ada.
until one day dia datang nak amik barang2 dia.
pastu say sorry.
dia tak tahu orang lain bertungkus lumus cari penyewa baru.
senang je kan hidup. bodoh.



Luckily budak baru ni tak amik kunci lagi.
aku pon dah pesan kat kawan aku jangan bagi dia kunci.
nak taknak kalau dia nak balik barang2 dia tuh kene berhadapan dengan aku.
tengok sikit ade berani ke tak kan.
minggu ni jugak nak tukar tombol pintu depan dengan nak tukar mangga baru.

eh macam over lah pulak kan?

tak kire !



okbai.


                                       
With Love : Syazwana Jamal :)


19 comments

April 12, 2012 at 3:27 PM

pergh..mmg berasap org cmtu..sma mcm exhousmte..lgsg tros diam.. brg2 tu elok gak wat lelong kan..hahah.

April 12, 2012 at 3:35 PM

kalau saya, saya dah mengamuk kat ex-roomate awak tu sbb terlebih cerdik bagi budak tu masuk letak barang tanpa minta deposit apa pun..patut ex-roomate awak tu kena laa pikir, apa2 dlm dunia ni xde yang free yer..nk masuk atau nak buh barang sekalipun kena bayar..

April 12, 2012 at 3:41 PM

adei. bersabar yer wana. cool duluu. amek langkah berhati2 dulu lah ek.

April 12, 2012 at 4:00 PM

sabarlah dear..mungkin dia ada masalah..kasik dia peluang k :)


manala tahu mngkin dia jd kawan terbaik awak di masa hadapan


tp kalau dia larik x byr hutang sewa tu bolela awak lelongkan barang-barangnya HEHE

April 12, 2012 at 4:07 PM

aiyok, ada jugak manusia jenis cm tuh, mmg muka x malu lah

April 12, 2012 at 4:49 PM

lelong je barang die tu..xpun kite bakor je..ade jgk prgai jnis cmtu..wat malu kaum je

April 12, 2012 at 5:54 PM

@nuyui a.k.a miss YUI
memang pon. baru padan muke dia. hahaha !

April 12, 2012 at 7:08 PM

akak besar kita dah kuar dh ni... larik!


hakhak, gurau.. ohh ye, klu dh jual brg2 tu smua jgn lupa share bhgn dgn sye, kehkeh XD

April 12, 2012 at 7:24 PM

hhaaiiiyyoooo...mcm ni pn ada ke..org mcm tu mcm xley percya je wana..so better carefull

April 12, 2012 at 7:38 PM

aigooo, ni bikin panas!!! kasi lelong semua barang2 dia, kejam x??? ngeeee.... vista ek? huehuehue

April 12, 2012 at 8:50 PM

otak dia tertinggal dlm peti ais.. 2psl jdk gtu. haha..
elok jual je brng2 die.. kire gnti balik duit awk 2.. hahakk

April 12, 2012 at 9:42 PM

fringe rmbut ko tuh tak masuk mata ke? huhhuu~

April 12, 2012 at 11:47 PM

Nama saya mohamad zulhilmi zulkefli. Berusia 22 tahun. Lahir di lenggong perak tetapi dibesarkan di pulau pinang kedah dan perak. Sekarang menetap di bangi untuk terus mencari dan menggali ilmu.

Mengikuti program kewangan dan perbankan. Berat badan saya terpaksa dirahsiakan. Tinggi saya pon begitu. Hobi saya ialah membaca buku dan mengumpul setem. Saya suka Menunggang motosikal kriss100. Berwarna biru.

Saya pernah memenangi acara lompat dan lari dalam guni semasa darjah 2. Pernah makan burger dengan kawan-kawan sambil sengih sebab terlupa tutop zip.

Cuba terangkan pasal diri anda pulak. Saya Nampak anda mempunyi ciri-ciri yang best. Anda agak kiut. Tampan. Cun. Cantik. Menarik.


Ehhhhh…. Silap komen ke ni.. ;p

April 13, 2012 at 6:43 AM

cam harrreeemmmmmmmmmmmmmmm.....haha.

mcm2 hal la diorg ni....sabar je la k...biar org buat,,jgn kita buat..

ingtkan lelaki jek ada prob cmni kat umah sewa,,,pompuan pun ada jgk yg macam harrrrooooommmmmmmmmm...hehe..

April 13, 2012 at 10:36 AM

@Liyana Aziz
bukan vista tapi kondo rakyat.
belakang sikit.
hehehe

April 13, 2012 at 10:36 AM

@fYZa
memang nak bagi dia masuk mata pon.
wakakaka

April 13, 2012 at 10:37 AM

@zulhilmi tempoyak
okey fine. dah macam hantar resume pulak. hahaha

April 13, 2012 at 10:37 AM

@shahrazali
perempuan ni kalau buat hal lagi teruk daripada lelaki taw. ape pon tak boleh. haha !

April 14, 2012 at 11:56 AM

isk mmg ptt la bengang..

tunggu dia dtg amik brg pastu bambu habis2..heee ;p

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal