Tuesday, May 22, 2012

Kisah Strawberry cinta abadi, Akram dan baju kurung.



                               
Semalam Akram amik cuti sebab nak uruskan hutang MARA dia.
disebabkan aku pon ade benda nak uruskan kat CIMB aku pon cuti jugak.
jadi kami pon bersama-sama lah ke pejabat Mara.
Masa tengah tunggu Akram settle kan urusan dia aku baca2 majalah dulu.
Membaca kan amalan mulia. Hewhew.
Tetiba ada satu page tuh cerita pasal Irfan Khairi, Jutawan Internet.
Aku tak kenal pon dia ni. Tapi satu benda yang menarik perhatian aku was nama anak bongsu dia.

Cinta Strawberry Abadi



Dari kiri: Ilham Abadi, Ikhlas Abadi, Cinta Strawberry Abadi, Kasih Kamilia Abadi.



Amboii kelas sangat nama kau dik !
Senior aku cakap tu anak 'hasil' kat strawberry park kot.
kahh kahh. no komen.


Memula Akram cakap nak gerak kol 9am dari rumah tapi biasa lah orang tue tuh kalau cakap pukul 9am takde makne nya. harapan palsu semua tuh. pukul 1100am baru nak keluar rumah.
itu pon dah macam halilintar membelah bumi aku kejutkan. huhu.
dah la aku lapar tak bekpes.
ape lagi sepanjang jalan tuh dengar lah aku membebel sebab lapar.
agaknya kalau badan aku ni ade button suis on off dah lama Akram off aku supaya diam sekejap. kui kui.


Aku kalau lapar memang akan membebel sampai lah aku dapat makan.
tapi lepas makan aku akan membebel jugak.
membebel sebab kenyang sangat.
huahuahua. memang manusia ni tak pernah nak bersyukur. eh ke aku je? :P


disebabkan tak tahan dengan bebelan aku, abes je urusan kat CIMB Bank terus masuk sogo carik makanan.
kitorang pilih nak makan kat food court sebab nak cari nasi.
dah kate lapar sangat kan.
masa tengah makan tuh tetiba aku offer nasi kat Akram sebab aku macam tak habes.
Biasa lah aku ni, cakap lapar kemain tapi dah dapat makanan bukan nak makan habes.
perut kecik katenyeee. eh?


'Nak nasi tak?'

'Eleh tadi cakap macam lapar sangat'

'Alah lapar tapi nasi ni banyak sangat lah. Tak abes. Amik eh?'

'Boleh lah. Bak sini.'

Sendukkan nasi kat pinggan Akram. Tetiba Akram cakap 'Ha tengok camne nak kurus camni. Ada je anasir2 luar yang mengganggu'


Nak salahkan aku lettew sebab selalu jadikan dia tempat menghabiskan makanan aku. hahaha.


Aku : So maknenye terima hakikat lah sekarang ni kurus? Hahahaha.

Akram : Eleh tengok lah. Die ni dalang utama menaikkan berat badan.

Aku : Naseb lah. Hehehehe.


Lepas makan jalan2 dalam Sogo sebab nak cari wallet untuk Akram.
Besday present dia tak bagi lagi sebab aku mane lah reti nak beli barang2 lelaki ni.
kang aku beli dia tak berkenan pulak.
so bila dah kuar berdua ni alang2 suruh dia pilih sekali.
alang2 jugak sogo tengah banyak sale ni jadi mari kita jimatkan duit. hehehe.


Tapi nak menunggu dia memilih tuh fuhhh kemain lama.
masa nak jalan kat aras lelaki tuh aku cakap "alah bosannya. sama je baju lelaki ni"

then Akram cakap "Macam tu lah perasaan lelaki bila jalan kat aras perempuan. Ingat tak bosan ke? Same jugak. Bla bla bla ..."


okey fine !


Last2 dapat jugak wallet yang dia minat. alhamdulillah.
tu pon dah berapa kali dia pusing area wallet tuh.
aku pon dah berapa kali menguap. haha !
nak yang jenis kain lah. nak yang takde besi2 lah. takde zip lah.
nak yang simple lah. itu lah ini lah. cerewet mengalah kan aku. eh?



lepas settle beli wallet aku pulak hayak dia masuk jalan masjid india.
syurga duniawi kaum wanita. hahahaha !


daripada pukul 3 lebih kot sampai lah pukul 6 lebih kitorang jalan kat masjid india tuh tanpa berhenti.
setiap kedai kitorang masuk.
semata-mata nak cari baju aku nak pakai pergi wedding.
and untuk pertama kalinya dalam hidup aku rasa best shopping dengan lelaki.
sebab semalam Akram macam senang je bagi pendapat.
lepas tuh setiap ceruk kedai yang aku masuk dia ikot.


Aku nak cari baju kaler grey.
tapi dia punya susah tu Ya Allah agaknya kalau kaki aku ni boleh cakap dia dah menjerit kepenatan dah.
masalahnya kalau jumpa yang berkenan takde size.
kalau ade size tak berkenan pulak.
memang semua kedai kat masjid india tuh kitorang masuk.
hebat tak hebatlah kan.


at last jumpa jugak satu baju ni.
kain english cotton yang tebal. ada manik2 sekali.
kurung moden.
Akram suka baju tuh so aku okey lah sebab aku ni susah nak pilih baju sendiri.
aku lagi suka orang pilihkan.
sebab tu selama 24 tahun hidup aku tak pernah beli baju raya sendiri.
semua Pn. Ibu yang beli kan. hehe.


Baju tu harga rm189.
dapat kurang paling habes rm170.
tapi disebabkan Akram ni mulut dia memang super duper menawar sampai aku pon dah segan dengan akak tuh akhirnya dapat lah RM160.
Akak kedai tuh siap lagi tunjukkan buku bil dia punya lah nak cakap yang dia jual baju tuh kat customer lain harga RM170. kesian akak tuh. huhu


Masalahnya aku try cari baju tuh kat kedai lain nan ado.
kedai akak tuh je ade.
jenis kaler and kain yang aku nak.
kedai lain semua jual kain kelabu yang tak berapa cantik :(
Akram cakap aku pakai kain chiffon (betul ke eja?) nampak gemuk.
okey fine aku beli lah cotton.
So Akram tolong bayar sikit, aku tambah sikit. yeay !



Boleh la melaram next week pergi kenduri kawen kat kedah.
keh keh.


dah siap semua nak balik lah kan.
macam biasa aku akan cakap lapar.
aku rasa Akram tahan je nak membebel. kih kih.

'tak habes-habes dengan lapar dia'


nak buat camne.
kuat makan pon sayang jugak kan ? :P


okbai.


                                               
With Love : Syazwana Jamal :)


26 comments

May 22, 2012 at 10:57 AM

hahaha... samalah.. as kalau lapar mesti mulut tak berhenti cakap. tapi bila dah kenyang, duduk tersadai sambil pegang perot.muka tengok tunang sambil sengih2. haha.. tak senonoh.

hari tu teman tunang beli hntaran. susah betol lah shopping dgn lelaki ni.bnyk songeh.

May 22, 2012 at 11:02 AM

wahh sedap betul name die, sesedap strawberry.

May 22, 2012 at 11:44 AM

ececeh..nak tgk baju tu..hihi..

May 22, 2012 at 12:06 PM

mmg kelas nama dia kan.nak ikut style artis indon.

akujarang la shoppg kat masjid india tu. crowded. husband aku pun tak suka.

May 22, 2012 at 12:26 PM

bkn maen indah name ank2 die..
yg xthan stoberi la..
hahah

May 22, 2012 at 12:32 PM

@Asfiza Sharifuddin
dorang memang banyak songeh mengalahkan pompuan. keh keh :D

May 22, 2012 at 12:32 PM

@FITRAH JAMIL
hihikkk. strawberry !! sedap ! nyum nyum. huhuhu

May 22, 2012 at 12:33 PM

@nuyui a.k.a miss YUI
okeh akan dipertimbangkan. keh keh :D

May 22, 2012 at 12:33 PM

@Hanie Dew
tapi semalam tak ramai orang. maybe weekdays kot. kalau weekend memang aku pon tak tahan. huhuhu

May 22, 2012 at 12:33 PM

@Ezy Chiaki
tahu takpe.
mesti kene ejek dengan kawan2 dah besau nanti. hahakkk

May 22, 2012 at 1:21 PM

napela buh nama ank cenggitu..

May 22, 2012 at 4:36 PM

unik btoi nama anak2 dia... :)

May 22, 2012 at 6:26 PM

HAHAHA anka hasil buat kat stoberi park eh..
adehhhh

tp mmg unik kot name dak tuh!

May 22, 2012 at 9:47 PM

haritu time tahu nama anak irfan khairi ni tergelak jugak. tp comel jugak name ank die. heee.


eh. cerewet jugak lelaki nk shopping. 2,3 kali pusing baru dapat. huhuhu

May 23, 2012 at 12:35 AM

Duhh... tak naklah jadi anak Irfan Khairi, tak sanggup terima kenyataan bernama strawberry camgitu. Hehehe...

Bila nak show-opp baju baru Wana? Mesti cantik :)

May 23, 2012 at 1:14 AM

hamboiiiii..byk betul kerenah ko ek...hahaha...nasib baik ngn akram...


strawberry park..hahaha..

May 23, 2012 at 9:34 AM

nama budak sekarang pelik2, panjang2 lak tu.

waa dah beli baju raya, semangat ni =)

May 23, 2012 at 11:06 AM

@mizzkechique
nak lain daripada yang lain kot.

May 23, 2012 at 11:06 AM

@AlyzaFisol
kelassss kan?
hahaha !

May 23, 2012 at 11:09 AM

@kocix!
senior kite lah. huhuhu.
sengal betul :P

May 23, 2012 at 11:10 AM

@Puteri Iqa Izyan
memang cerewet. dah macam perempuan. hehehe

May 23, 2012 at 11:10 AM

@Reena
nanti lah kak.
kalau rajin.
kui kui :P

May 23, 2012 at 11:11 AM

@shahrazali
sape lagi nak layan aku.
hahaha !

May 23, 2012 at 11:11 AM

@Nurul Husna Mohd Hassan
baju pergi wedding :)

May 23, 2012 at 2:10 PM

panjangnye nama anak yg bongsu tu....anak jutawan tu..
wah cuci mata,shopphing lama 3 lbh sampai 6...mau xlapa...

May 29, 2012 at 2:45 PM

sogo mmg best shopping..ngeee

lagi2 kalau beli pastu ada org byrkan..hahhaha..tp kena tunggu time besday laa..huuu ;p

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal