Loading...

Tuesday, October 16, 2012

Orang lain sibuk bercinta alih-alih dia yang kawen dulu.



Wah tajuk kemain lagi kan.
Macam tak puas hati je? HAHAHA !

Dua minggu lepas aku balik johor.
Kawan baik masa sekolah rendah kawen.
masa dapat tahu tu memang terkejut gila lah kan.
ape taknya senyap2 je.
entah bila dia bertunang tetiba je dapat kad kawen.
tapi bagus lah macam tu kan.
time kawen baru hebah-hebahkan.
ni zaman sekarang, masa bercinta sibuk sangat macam kan dunia ni die je yang punya.
sekali putus mengamuk kat pesbuk satu hal. maki hamun lagi satu hal.
eh terasa ke? hahahaha !


aku balik Johor dengan adik aku dengan oficemate aku.
ofismate aku ni satu sekolah menengah dengan aku.
tapi masa dia form 1 sampai form 3 die satu sekolah dengan pengantin tu.
kawan2 aku ni memang pusing2 situ jugak nya.



balik johor jumaat malam.
sabtu malam tu kitorang menyibuk kat rumah pengantin sebab ada majlis khatam quran.
sambil2 menyibuk tu boleh lah korek rahsia sikit kan.
mane aci kau senyap2 je dah kawen.
entah bila masa bercinta kan.
tetiba nak kawen.
harus korek dari A to Z.



masa aku sampai, ada sorang makcik tu tanya aku "dari mana?"
selamber aku cakap "dari rumah Cik Jamal"
pastu dorang gelak2 sebab tak kenal aku.
yelah aku ni puteri lilin.
memang dah biasa kalau orang kampung tak kenal aku.
aku kan pemalu.



me with Afiqah. aku satu kelas dengan apyp time form 4. sebab apyp masuk sekolah aku time form 4. form 5 aku pandai banyak so aku masuk kelas pertama. hahahaha ! gile berlagak statement. kihkih.


korek punya korek rupanya dorang dah bercinta dari lepas SPM lagi.
7 tahun okey.
kau mampu?
kalau aku errr errrr okey pitam.
lamanyaaaaaaaaaaaaaaa.
dah la now sorang kat Perak sorang kat Shah Alam.
lagi la aku tak mampu nak jauh2.
alangkan aku dengan Akram yang dekat ni pon tiap2 hari nak berperang. kalau jauh lagi lah.
tapi tu lah kan. kalau dah jodoh tak kemana.


yang aku respek husband kawan aku si Zakiah ni tak habes study lagi.
siap kerja part time sebab nak kawen.
untung kau Kiah.
kitorang yang dah kerja ni pon tak kawen2. hihihi.
yelah kan orang cakap jugak kalau dah sampai seru tu memang akan dipermudahkan je jalannya. :)


tapi yang aku malas ni kalau berkumpul kawan2 ni tetiba mesti ada orang cakap camni "sebenarnya aku selalu je baca blog kau. aku tau je perkembangan kau"

arghhhhhhhhhhhhhhhhh pengsan 80 saat.
aku ni tak kisah orang baca blog aku.
tapi aku malu kalau orang cakap dia baca blog aku.
aku kan pemalu. kahh kahh ! dah la suka sangat merepek. kuikui.



yang kiri sekali tu kawan dorang. aku tak kenal.tapi aku tetap nak menyibuk dalam gambar. hahaha !




yang bahagian depan pon yang aku kenal yang tudung merah je. sebab kawan sekolah rendah aku jugak. yang lain tu kawan kerja kot. kot lah. aku pon tak ingat dah. haha !



lepas dah borak2 semua si pengantin pulak baru nak pakai inai.
time tu pukul berapa entah. dah agak lewat jugak.
inai pakai inai yang segera tu.
senang citer takde nak tumbuk2 segala.
eh tapi time aku, aku nak tumbuk jugak.
baru lah legend kan. haha !



dan disebabkan aku ni hot *tetiba*. takde lah. takde sape nak pakaikan si Kiah ni inai. aku terpaksa lah merelakan diri menjadi si pemakai inai. tapi corak aku tak buat lah. kakak dia tolong buat. maklumlah aku ni bukan kreatif mane pon. *sedih* takpe time aku kawen nanti aku akan pastikan kawan2 aku semua dah prektis buat corak2 inai. senang aku nak guna dorang. jimat ! itu paling penting.



aku ngan apyp balik rumah dalam pukul 1 kot.
siap lagi sedare si Zakiah tanya nak balik mana sebab risau dah malam buta.
pastu aku cakap "rumah saya dekat je. tu bapak saya tengah masak kat belakang"


bapak aku memang masak kenduri kawen.
aku je yang tak reti masak.
haha !


siap cakap dengan Zakiah "weh esok pagi aku nak menyibuk kat masjid. nak tengok ko kawen."



esok paginya awal2 pagi dah bangun.
takde lah awal sangat.
tapi sebab tido lambat pastu bangun awal tu yang rasa penat gila.
drive balik johor pon tak habes penat lagi.


aku dah nak gerak pergi masjid pengantin tak gerak2 lagi.
so aku ngan apyp gerak pergi rumah pengantin dulu.
mentang2 lah rumah dekat-dekat je kan.
masjid pon dekat je.


dalam pukul 10 pagi camtu baru gerak pergi masjid.
dan disebab kan aku pakai baju kelabu sama dengan pengantin secara tidak langsung aku dilantik menjadi pengapit pengantin. malu iolss tau.



Zakiah daripada start duduk sampai lah abes akad baru lah dia habes berselawat jugak. yelah neves kot. time aku nanti macam mana lah gayanye kan. *cewahhh* tapi Kiah cool je. habes akad pon dia cool je. aku rasa time aku nanti mesti dah menangis-nangis. aku kan ikot perangai mak aku. sikit2 nak nages. harharhar.



Tapi Pak Imam tempat aku memang cool.
selambe cerita pasal Legoland lah pasal Adam & Hawa lah.
siap hafal okey drama Adam & Hawa dah sampai episod berapa.
aku pon tak tengok drama tu.


Part paling sedih of course lah masa part baca2 ayat tu.
alah yang ibu baca ayat nak lepaskan anak perempuan tu.
dulu masa kakak aku, mak aku baca sambil menangis-nangis.
mak aku kan ratu air mata. hehe.
mak Zakiah time baca ayat tu tak nangis. Tapi masa dia salam dengan menantu dia pastu dia cakap dia lepaskan Zakiah untuk menantu dia time tu mak dia nangis.
aku pon nak menangis sekali. sedih wehhh.



Dan dengan sekali lafaz, syahid sah menjadi suami Zakiah. so sweettttttttttttttttt. hihi.Akram cakap tudung aku tak matching langsung dengan baju. haha ! Akram memang pengkomen baju2 aku secara tak langsung. kalau aku pakai seluar hijau dengan baju merah pon dia komen. kalau aku memang belasah je. haha ! aku pinjam tudung mak aku. mak aku pulak pattern tak pakai tudung bawal. so au sapu je lah ape yang ada.



lepas abes nikah terus gerak pergi rumah pengantin.
sebab dorang bersanding awal.
pukul 12 tengah hari dah bersanding.
dan sekali lagi aku terpaksa jadi pengapit terjun.
memang kalau ada award aku boleh dapat pengapit paling selekeh kot.
serabai gila aku rasa.
dengan baju and tudung tak matching. hahaha ! kesian ko kiah. aku memburukkan gambar pengantin ko.
dah la tema sanding purple.
aku still dengan baju kelabu.
pengapit lelaki dah hensem2 pakai baju purple jugak.
ahhh belasah.



tapi yang sedih tak sempat amik gambar masa aku jadik pengapit sebab aku lupa nak unlock hp aku time bagi kat apyp.
hp pakai password.
tunggu gambar dari photografer kiah je lah.



dan saat paling best kalau kenduri kawen kat Johor adalah time pengantin lelaki sampai.
BAYAR TOLLLLLLLLL !!!
hehehe.


pihak lelaki bagi duit tol 2 hengget okey.
kalau time aku nanti aku soh Akram letak singgit je. jimat.
eh? macam lah kompem kawen kan. haha !



yang best jadik pengapit sebab boleh makan beradab sekali. hihihi. tapi disebabkan lepas nikah aku dah bantai makan banyak so aku pon makan sikit je time ni *sedih*




dan gambar terakhir before balik rumah. pejam mata pulak dorang ni. huhuhu.




malam masa majlis khatam quran tu ada sorang makcik tu tanya pengantin umur berapa.
aku cakap 24 tahun.
makcik tu cakap mudanyaaaaaaaaa.



aku pon rasa muda jugak. cewahhhh.
padehal dah tergedik-gedik nak kawen. hihihi.
takdelah. aku bagi masa untuk diri sendiri lagi 2 tahun.
adik bawah aku lelaki tapi dia cakap dengan mak aku dia nak jalan dulu.
so aku cakap "ko jalan lah. tapi aku nak serba satu"
hahahahah !
walaupon adik lelaki langkah kakak tak kire langkah bendul kan tapi pedulik.



okey bertunang nak baju tema kaler ape eh?
*mood verangan ON!"
-_____________-





bye !



                                                








With Love : Syazwana Jamal :)


8 comments

October 16, 2012 at 4:03 PM

selamat pengantin baru

October 16, 2012 at 6:04 PM

adeh memang akram blh jd perunding imej le nanti.hehee.diam2 ubi berisi,tup2 jemput kawen.
eh xdenya langkah2 bendul dah,nak kawen jalan je...hik3.tp best jugakkan kalau minx serba satu kat adik tu....huhuu

October 16, 2012 at 6:52 PM

bestnye kawen..
nk kawen jgkkkkk//
haha

October 16, 2012 at 7:27 PM

hoho panjangnye citeee..
hee rasa kemeriahannye..

mood : nebes ni menghitung hari heee

October 17, 2012 at 9:00 AM

wah, kira snyap2 la ni ea..

slmt pgntin bru kpd mereka berdua..

October 17, 2012 at 3:45 PM

amboi pak imam nengok drama adam & hawa yerr hehe

baju kelabu mcm penah kulihat lah..baju raya haritu ker?

takpela tudung x matching baju..jaman sekarang ni kan pesen kaler block jd sukeati jer pakai x yah matching-matching..yg pakai matching-matching ni mak datin je hewhewhew

October 18, 2012 at 12:37 PM

sama situasi la. baru last week dapat invitation kawen dr kawan. happy mmg happy tp dlm hati grr (bila turn aku). hehe

Anonymous
October 21, 2012 at 9:55 AM

Wow, amazing blog layout! How long have you ever been blogging for? you made blogging look easy. The full glance of your web site is excellent, as neatly as the content!

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal