Wednesday, October 24, 2012

Selamat Pengantin baru Ayie. Baju corak bungan besar macam orang tua ke?






Minggu lepas pergi wedding kawan aku kat Jalan Ampang.
Memula Akram cakap dia kerja so aku plan nak pergi sorang.
Nak pergi dengan kawan2 takut dorang lambat pulak sebab aku rushing nak kene balik awal sebab petang tu nak teman Akram hantar adik dia kat Temerloh pulak.


Tetiba Akram cakap dia tak kerja.
Hoyeahhhhhh. Sukorrrrrrr.
Aku bukan ape. Aku no hal la setakat pergi wedding sorang2 ni.
Tapi aku ni buta jalan sikit.
elok2 kalau Akram drive 45 minit je jadi aku yang drive maunya 2 jam pon tak sampai lagik.
ada GPS pon boleh sesat. kahhkahhh. ape pon tak boleh.


Majlis buat kat Dewan kat Ibu Pejabat Risda.
pukul 1145 kitorang dah sampai.
tak ramai orang lagi. so boleh la makan dengan tenang.
memula aku makan laksa penang dulu. pastu baru makan nasi minyak.
perut tembolok beginilah ye. haha !


sambil2 tunggu kawan2 sampai + pengantin sampai dekat 3 pinggan buah-buahan jugak lah kitorang balun.
kate buffet kan. hihihi.
pukul 1 lebih baru pengantin berarak masuk dewan.
orang lain pakai kompang. kawan aku rilek je masuk dewan pakai lagi Titanic. klasik ! hihi.


Yang lelaki tu satu kelas dengan aku time degree. coursemate la kiranya.
wife dia lain course tapi satu department jugak ngan kitorang.
so selalu jugak sama kelas dengan kitorang.
cantik gila baju pengantin perempuan. jeles okey. haha !


Pengantin masuk. Bersanding kejap and terus pergi makan beradab.
Masa dorang makan tu aku jumpe la dorang kejap.
Amik gambar kenang-kenangan.
pastu terus balik rumah kakak Akram sebab nak amik adik dia and hantar pergi Praktikal kat Temerloh.


Akram cakap baju kurung aku macam orang tua sebab corak bunga dia besar2.
Tak guna betul.
Die memang suka komen semua baju2 aku.
Dan dia memang cerewet.
Kadang-kadang dia dah sarung dah t-shirt tu.
tapi bila tengok macam tak kene je terus tukar balik.
sebijik macam perempuan.
kadang2 tu siap bawak spare lagi tshirt dalam kereta. -___-



Lepas raya haji nak naik penang pulak pergi wedding kawan Akram.
dah la minggu tu ada 4 jemputan kawen.
hai memang musim mengawan eh sekarang?
haha :P



okbai.


                                                 


With Love : Syazwana Jamal :)


4 comments

October 24, 2012 at 12:15 PM

slmt pgntin bru utk kwn tu ya..cntik kaler..

October 24, 2012 at 1:02 PM

tak pernah pulak dengar corak besar-besar macam org tua. mungkin pada pandangan mata dia kot u. tapi cun je tgk :)

October 24, 2012 at 8:33 PM

awk ngn akram bile lg?
hehekk

November 2, 2012 at 12:27 PM

akak tunggu pengantin belakang tu pulak :)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal