Loading...

Wednesday, November 21, 2012

Hobi suka menganjing.






Akram sekarang memang semakin tidak peraktikal dan parah.
Beliau hanya tahu membuat lawak, menganjing, membahan, melauk, menyayur, dan tidak dilupakan hobi fevret beliau iaitu makan.
Yang menjadi mangsa sebagai subjek untuk dibahan kan adalah tak lain dan tak bukan iaitu Aku.
Namun begitu sebagai seorang yang tabah, sabar, penyayang dan sedikit comel aku senyum kan aje.



Ok tak. paling tak pon harus cubitan maut aku hinggap ke beliau.
baru puas hati aku. HAHAHHAHAHA !


Aku boleh tak perasan Akram check in dengan ayat macam gambar kat atas tu.
macam siot.
Time tu Sabtu malam kat Penang.
Aku perasan dah hari Isnin.
Btw jangan tanya kenapa nama dia macam tu. Dia memang selalu bajet ade sedikit keturunan cine. padehal mate je yang sepet. muka tetapppp .......................... (Mohon korang tolong isi bagi pihak aku)


Puncanya hari tu.
dua minggu lepas kot masa pergi Wedding kawan dia kat Penang tu.
Sabtu malam tu dalam pukul 8 malam kitorang jalan2 kat area Batu Feringgi.
Sekali hujan. Dah la tak makan lagi.
Lepas tu ada sorang kawan dia ni ajak lepak kat Queens Bay pulak.
Yang paling best Akram bukan tau jalan pon.
Dan lagi best boleh pulak lost dengan kereta kawan dia.
So ikot je signboard.
Aku dah la memang ngantok time tu.
Aku tido lah. Sekali Akram kacau. Haaa aku bangun tido tengok tak sampai2 lagi tempat makan memang hangen lah aku. HAAHAHAHA !
Dah la ngantuk, lapar. Dah dekat pukul 12 malam dah.
Terus Emo. Hihi.



Sampai kat QueensBay tu terus aku nanges.
KahhKahhh.
Ape punye perangai entah. Lapar pon nak nanges.
Siap nyorok kejap belakang kereta sebab nak lap air mata.
tu yang sedap je dia menganjing aku tu.


Ok walaupon aku ni nampak je keras macam batu tapi aku adalah gembeng.
Baiklah sila lah gelak puas2.


Macam Fynn Jamal Cakap "aku bukan perempuan kuat.
akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
paling kuat menangis.
paling goyah dan tumbang di banyak masa"



Mungkin Anak kepada bapak yang bernama Jamal perangai suka nanges kot.
Kuikui.
 

Pastu siap member dia tanya kenapa.
Cisss malu Mak Jemah tau.
Akram dah la cakap aku nanges sebab kelaparan.
Tak cover langsung. Nampak sangat tembolok macam bela hantu raya. HAHA !



Pastu last week masa hantar adik dia pergi Penang kitorang try Nasi Kandar beratur ni (nanti aku hapdet).
Kedai bukak pukul 10 malam.
Lagi sedap lah dia menganjing aku.
Sikit2 tanya lapar ke tak lapar ke tak. Cisss.
Pastu nampak kereta Exora (tempat aku nyorok hari tu) terus gelakkan aku sambil cakap "Eh taknak nyorok belakang kereta ke?"


Malas nak layan.
Nanti lah die.



Okbai.



                                                             


With Love : Syazwana Jamal :)


6 comments

November 21, 2012 at 8:54 AM

hihi,tak psl2 kena balik ea.

November 21, 2012 at 12:22 PM

both of korang KELAKAR! :D

November 21, 2012 at 4:21 PM

ahaha..boleh lak cenggitu.. gurau² membawa bahagia gitu.. :P

eh, awk duk bangi lg ke?

November 21, 2012 at 9:45 PM

Wiwiwiwiwiwi.
Hihi

November 21, 2012 at 9:47 PM

Dah pindah kl dah.
Heheheh.
Tak dapat kite berjumpe kan. Huuhu

November 28, 2012 at 2:25 AM

Couple yang sangat cute & kelakar lah korang ni.. Hikhik! ^^,

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal