Loading...

Friday, November 30, 2012

Jodoh kita. Siapa yang tentukan?



sumber : google


Hari tu ada orang pernah tanya kat aku.
Macam biasa lah soalan paling femes di abad ini.
Lagi-lagi bila tiba musim mengawan ni kan.
Memang semua orang pon berlumba-lumba nak mendirikan masjid. cewah. tau pulak guna perkataan sopan kan. hehe.


"Bila nak kawen?"


Even aku kalau jumpe kawan lama pon akan ajukan soalan yang sama jugak.
Bila sendiri kena tau pulak rimasnya. *Duckface*
Tapi stended ah kan kawan sekolah lama2 dulu lama tak jumpe tetibe jumpe balik memang kene la soalan tu kan.
Lagi2 bulan 12 ni memang berduyun2 kawan sekolah aku naik pelamin.
So soalan bila nak kawen kepada kawan sekolah adalah dibolehkan.
cewah sekati nak bagi hukum sendiri. haha !


Berbalik kepada kes aku.
Yang tanya tu bukan aku kenal sangat pon. First time jumpe.
Actually dia kawan kepada *nama dirahsiakan* . Rahsia untuk mengelakkan berlakunya kecelaruan. sekian.


Masa kitorang lepak2 makan dia tanya soalan tu.
Aku pon jawab lah macam biasa "Tengok lah nanti"


Ingat kan dah habes kat situ.
Sekali eh mamat ni nak tambah2 pulak. "Dah jalan jauh2 berdua ni takkan la takde pape kan"
Halamak nampak macam identiti *nama dirahsiakan* macam dah terbongkar je. kuikui.
pape je lah jemah.


ok teruskan.
aku jawab lah "Tunggu la dot dot kumpul duit dulu"
Lagi mau dot dot kan. motip sangat.



Aku ingat dah takde soalan lagi.
Eh nampaknya aku silap.
Tetapi kali ni bukan soalan tetapi ayat penyata yang menyentap haku.

"Kalau tunggu kumpul duit memang tak terkumpul la. Tapi kalau dah ade tujuan nak kawen tu memang senang je nak kumpul duit"


Aku hanya mampu tersenyum lalu berkata dengan nada seorang jurutera yang berjaya.

Hamboiiiiiiiiiiiiii kemain lagi hengkau kan. Macam perli je.
Ko dah nak bertunang boleh la nak cakap camtu.
Ek eleh.
Kalau duit berkepok depan mata memang esok jugak aku boleh kawen lah der.
Ni aku banyak lagi tanggungjawab. Adik aku ade yang tak habes sekolah lagi.
Parent aku bukan gaji puluh2 ribu.
Kalau kawen mak bapak seponsor boleh aaaaaaaaaaa.

okey tipu aku cakap dalam hati je sebenarnya. haha !


Memang la orang selalu cakap kawen sederhana je.
Jangan nak letak hantaran mahal2.
bla bla bla.


Weh sederhana tu pon pakai duit jugak. Semua benda pon nak pakai duit.
lagipon insyaallah kalau kawen sekali je seumur hidup nak la nampak perfect.
untuk di kenang2 di har tua.
mana lah tau kot2 dah kawen bergaduh (mintak jauh) boleh la terkenang-kenang majlis kawen. boleh la tambah2 perasaan sayang tu. ade kene mengene ke? haha


lagi pon aku taknak sebab aku nak kawen parents aku terkene susahnya.
Memang boleh kalau nak nikah je pon. Tak payah bersanding la ape lah. Tapi sebagai seorang perempuan harus ada impian sendiri kan.
Kalau kau nak kawen dengan cara kau silakan. Aku rilek je.


sumber : google


Yelah Akram selalu cakap dengan aku "Kalau dah sampai seru nanti senang je jalannya"

Aku pon iyekan je lah.
Macam yang kite tau kan. Jodoh ajal maut tu kan semua di tangan Allah.
Memang kite kene berusaha. Tapi selagi Allah cakap tak boleh macam mana kite berusaha pon memang tak jadi.
Aku taknak lah bertunang pastu tengok2 bila bertunang gaduh macam ape pastu putus.
selisih okey.


sekarang masa berkawan pon gaduh je memanjang ape lagi kalau dah bertunang.
haha !
dasar perempuan kepala batu. ye aku la tu bukan orang lain pon.



Macam aku tengok Semanis kurma malam tadi. Ada sorang tetamu jemputan tu sape entah dia siap cakap camni "Allah dah tentukan jodoh kita sejak azali lagi. Kalau sorang kat utara sorang kat selatan pon Allah mesti ada jalan untuk jumpe kan. So rilek je."

HAHA! Gile sempoi kan.
Tapi bagi pendapat aku memang lah takdir tu Allah dah tentukan.
Tapi still kene berusaha. kan?
Sebab tu orang cakap kite boleh ubah takdir. correct me if im wrong. cewah.


Dan ada sorang mak kawan aku pernah cakap kat aku bila aku cakap "kalau ada jodoh tak kemana"

Makcik tu cakap "Memang la ada jodoh tak kemana. Tapi kalau kite tak berusaha carik jodoh tu nak ke kawen dengan lelaki yang dah duda sebab die dah salah kawen dengan orang lain dulu? Nak ke dah tue baru nak kawen sebab tak berusaha carik jodoh tu"

Okey taknak.

Sebab mak aku pernah cerita.
Ada sorang pakcik kat kampung aku tu dulu dia kapel dengan sorang makcik ni.
masa dorang muda2 lah.
tapi pakcik tu kawen dengan orang lain.
makcik tu pulak tak kawen2.
sampai lah beberapa tahun lepas isteri pakcik tu meninggal dan pakcik tu jumpe balik dengan kekasih lama dia tu and dorang kawen.
Still jodoh kan? Cuma lambat.

Jadi marilah kite berusaha.


sumber : google


Tapi tu lah aku rasa Jodoh tu sangat Subjektif kalau kite nak cerita.
Yang penting doa je lah banyak2 semoga dipercepatkan jodoh tu.
Kalau Allah cakap minggu depan aku kawen, mane tau tetibe je entah dari pelosok mana ada orang nak seponsor aku kawen ke kan.
Maka kawen lah aku minggu depan. Kahhkahhh !

Verangan je. Hihi.



Makanya jangan lah tanya lebih2 bila seseorang tu tak kawen lagi.
Bukan taknak kawen. Semua orang nak kawen awal.
Cuma rezeki manusia lain2.
Tak semua orang dapat rezeki kawen awal macam kau tu.
Jadi jangan terlalu bermegah sangat bila kawen awal dan pandang rendah pada yang tak kawen2 lagi tu.
Kite tak tau ape jadi masa2 akan datang.
Kau yakin ke kau kawen awal jodoh kau sampai akhir hayat?
Takkan.
So please respect each other life.
wah serius sangat kan. Hehe.



Btw, I muda lagi.
Sekian.




okbai.



                                               


With Love : Syazwana Jamal :)


17 comments

November 30, 2012 at 2:20 PM

same here with me
bukan tak nak kawin lg
just kite ade commitment byk lg
lepas tu mula buat fitnah hubungan berantakan *ayatNOVEL*
haish
padahal masing2 baru nak bina karier *ayatNOVELlagi*
mmg lah kawan dah lama
soal nikah kawin kena pk masak2 kan
kita nak kawen sampai mati bukan sehari dua.hewhew

November 30, 2012 at 3:08 PM

kdg2 mmg stres tgok kawan2 dah kawin..pastu soklan bertalu2 tny bila turn kita pulak..haihh, tmbh stress..

sume org nak kawin, cume lmbt cepat tu sume rhsia ALLAH..ape yg kite boleh buat, doa agar sumenya dipermudahkan..insyallah, masa kita jugak akan tiba :)

November 30, 2012 at 3:14 PM

panjang benor citer pasal jodoh ni.sama2 usaha ye

November 30, 2012 at 4:11 PM

bgus entry ni..ckp mmg sng.. niat saja ada tp udahanya takde tak jln =p

November 30, 2012 at 8:12 PM

serius.. sgt bosan dgn soklan "bile nk kawen"
zzzzzzzzzz..
dh la xde calon ni..
isk

November 30, 2012 at 9:04 PM

akak yang dah tua ni pun xkawen2 lagi...ahaks...insyaallah sampai masanya kahwin la...tu la kdg2 org lain yg lebih2 risau...adeh

December 3, 2012 at 3:58 PM

2 tahun lagi 30..blum kawen jgk...sabar je...

December 4, 2012 at 2:45 PM

rasa macam nak kahwin plak lepas baca entry ni....

tp rilek dulu....ada rezeki,,kahwin la kan....kahwin bukan benda senang..klu setakat fikir seronok,,mmg org nk kawin cepat...tp kalau fikir tanggungjawab lepas kahwin,,,kena la bersedia sepenuhnya..

December 4, 2012 at 4:46 PM

@Syazana Zainn
hahaha !
tau lah penulis cerpen kan. hehe.

sabar je lah kan :)

December 4, 2012 at 4:47 PM

@♥ sitifarhana ♥
betul3. yang penting doa bebanyak :)

December 4, 2012 at 4:47 PM

@Rozuan Ismail
insya allah :)

December 4, 2012 at 4:47 PM

@nuyui a.k.a miss YUI
hehehe mekasih :)

December 4, 2012 at 4:48 PM

@Ezy Chiaki
lek ah kan. enjoy dulu.
cewah boleh tak gittew?
hikhik

December 4, 2012 at 4:48 PM

@Aishah Jahirah
insya allah kak:)
ada jodoh tak kemana.
usaha + doa je kan.

December 4, 2012 at 4:49 PM

@shahrazali
hikhik.
tau takpe.
kau tu abeskan praktikal dulu.
hahaha !

December 4, 2012 at 4:49 PM

@Cikgu Ma
sabar lah. :)

December 6, 2012 at 1:35 PM

jodoh tu rahsia Allah :)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal