Wednesday, December 5, 2012

Demam




Sebenarnya aku ada banyak benda nak cerita kat sini tau.
Cewah ayat macamkan ramai bebenor nak baca.
Haha !
Wateva.


Tapi tu lah busy gila kot sekarang.
Update pon curik2 masa.
Dulu aku sangat tak paham orang yang cakap dia busy gila sampai nak update pon tak sempat.
Aku tak paham macam mane yang dikatakan busy gila tu.
Rasa macam ek eleh poyo gila nak busy gila. Kahhhkahhh.
And now I know (Ni lah perangai manusia bila dah kene baru lah ade kesedaran sendiri. So not good) Huhu
Kadang2 kite busy buat kerja sampai tak sempat nak buat benda lain. Bila dah tak busy mood nak menaip pulak takde. Haihh. Begitulah.


Aku tak berapa sihat hari ni.
Actually dari pagi semalam pon dah tak sihat.
Tak tahu kenapa bangun2 pagi je terus selsema and sakit tekak.
Nak kata malam sebelum kene hujan takde lah pulak.
Tapi memang dah lama aku tak demam.
Kali terakhir demam pon aku dah tak ingat.


Sebabnya aku ni jenis ikot genetik mak aku.
Takley kene hujan langsung.
Kalau kene mulalah hidung bertukar jadi pipe.
Pastu demam.


Dan aku rasa aku memang banyak kot genetik mak aku.
Paling best tang kaki aku.
Aku cakap dengan mak aku kaki aku tak cantik sebab ikot dia.
Mak aku taknak mengaku. Siap lagi puji kaki dia cantik. Eh mak aku ni.
Kaki aku jenis pendek and gemok. Memang kaki aku penuh gila lah dengan daging.
Akram selalu lah nganjing kaki aku. konghajo.


Tapi okey lah kan. Kalau kakak aku kaki dia ikot bapak aku.
Yang ada bonjolan kat sebelah bahagian ibu jari tu. Tau tak?



Lebih kurang macam ni lah kaki dia. nampak ade benjolan bawah ibu jari tu? Aku panggil kaki itik. Kahhhkahhh ! Pastu kalau pakai selipar ke sandal ke nampak lah. Sebab tu dia suka pakai kasut bertutup. kihkih.



Okey berbalik kepada cerita demam.
Sejak2 dua tiga menjak ni aku kene hujan macam okey lah pulak takde pape.
Mungkin badan aku dah imune terhadap air hujan kot. Huhu.
Sampailah semalam baru lah rasa balik aura demam tu. Oh sangat tak best !



Macam biasa aku ni semua pon nak mengadu dengan Akram. Sebab Akram ni suka melayan. Even dia tengah tengok bola pon dia akan tetap reply wassap aku. Eleh sebenarnya dia reply sebab takut aku marah lettew. Aku kan garang. Wakakaka! Okey tak kelakar. Akram lagi garang. I is so takut. Tapi takut sikit je. Still boleh buat perangai lagik. Hahaha ! okbai.




Pastu balik kerja rasa demam tak kebah lagik. Nampak tak aku balik kerja pukul berapa tu? 7.05pm. Hebat kan? Haha ! Bos suruh buat OT sebab banyak sangat drawing yang nak kene submit. Iolls tak kisah uolls. Asalkan bayar bayar. Hehe. Lagipon time bujang ah nak kerja macam nak mati kan. Cewah macam la kerja berat sangat. Kuikui.




Dan macam biasa Akram akan memainkan peranannya sebagai seorang dokter tak bertauliah. Ek eleh aku tau lah makan dua biji. Saje je nak manje2. Kahhkahh ! Eh tak lah. Sebenarnya semua benda pon aku tak tau. Aku tau makan je. Kalau lapar aku nanges. Sekian. 




Tapi macam biasalah kalau sehari tak menganjing aku tak sah hidup dia. Mesti dia rasa tak complete je kalau tak menghanjing aku kan. Sebab tu kalau gaduh dengan dia aku selalu lah keluar ayat camni "Kalau aku takde nanti baru rasa camne hidup tu sunyi ke tak" hehe.


Cewahhh ayat nak sedih gila sangat. puihhh.


Bangun pagi tadi still selsema lagi.
Aku rasa sebab aku bukak kipas laju gila.
Yelah Akram suruh tido selimut abes.
Panas gila kot.
Aku pulak jenis yang tido ganas. Bangun pagi selimut pon entah kemana.



So sampai opis terus makan ubat selsema.
Yang best ubat selsema ni tak mengantuk tau.
Tapi yang tak bestnya tekak kau akan rasa kering gila babeng punye kering.
Dan lagi satu even dia tak mengantuk tapi aku still rasa macam di awang-awangan.
Rasa macam dunia aku macam terang gila.
Tak tau lah nak describe camne.
Sape pernah rasa camni?
Ke aku sorang je.



Okey dah pukul satu.
Marilah kite lunch.



okbai.



                                                     





With Love : Syazwana Jamal :)


8 comments

December 5, 2012 at 1:20 PM

kalau lapar nages ye :p

December 5, 2012 at 1:49 PM

@schaze
dah terbiasa.
hehehe

December 5, 2012 at 2:17 PM

moga cpt sihat ya =)

December 5, 2012 at 3:20 PM

get well soon wana~

December 5, 2012 at 5:02 PM

kaki itik?wuu cpt2 cek kaki..
moga cpt smbh k....

December 6, 2012 at 9:07 AM

mkn ubt, cpt sihat n boleh mkn kek sm²..hehhe

December 6, 2012 at 1:28 PM

untung la wana dapat akram. dia layan je :)

December 19, 2012 at 2:43 PM

@Nurul Husna Mohd Hassan
dia yang untung dapat kite.
lalalalla :P

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal