Tuesday, December 11, 2012

Kerana didikan itu.





Tayang gambar dulu amik mood. Mihmihmih. Eh Akram ni macam makin gemuk je. Dagu pon dah berlipat-lipat dah. Tu lah bahana hari2 panggil aku Cik Montel. Padan muke die. Aku macam kurus sikit kan *ceaaaaaaaaa sembunyik belakang munge boleh la* Kuikuikui.



Okey cukup la tu mempoyokan diri.
Aku selalu cakap dengan kawan aku yang kadang-kadang aku rasa aku bersyukur sangat2 aku hidup susah masa kecik2 dulu.
Sebabnya bila aku besar at least kalau tak banyak pon sikit aku boleh jugak berdikari.
Masa aku kecik2 dulu mak aku sangat amat garang.
salah sikit abes lah kene marah.
aku pulak jenis hati tisu, sensitif lagi ratu air mata.
memang selalu sangat lah berazam nak lari dari rumah.
siap berangan nanti ada orang kaye jumpe aku tepi jalan pastu jadikan aku anak angkat dan hidup bahagia dan mewah sampai bila2.


Tapi everytime aku nak lari dari rumah je aku fikir "Eh nanti lah. Baru darjah tiga. Lepas periksa lah"
Pastu habes darjah tiga tak lari2 jugak.
Sampai lah darjah enam still berangan nak lari rumah. Tapi fikir2 balik "Eh tunggu lepas UPSR lah"
Ek eleh nak lari tu lari je lah kan. Sempat lagi fikir pasal periksa.
Tetiba nak feeling2 kecik2 dah pandai berfikir. Kahhkahh.


Tapi seyes dalam masa tiga tahun tu everytime kene marah dengan mak aku memang tu je lah yang aku fikir.
LARI DARI RUMAH.
ape kau hengat senang2 orang nak kutip kau jadik anak angkat? Pehlissssssssss la.

Naseb baik lah Syaitonnirojim tak berjaya menghasut aku.
Kalau tak, tak tau lah ape jadi pada aku sekarang.


Dan bukan setakat mak aku garang. Bapak aku pon sama naik jugak bila dengan aku.
Adik beradik aku yang lain takde pulak dia nak strict.
Dengan aku sikit punye strict. Tapi tak pernah pulak aku tanya kenapa. Huhu
Kau taknak pergi sekolah agama.
Takpe. Kain baju sekolah aku bapak aku bungkus buang kat luar rumah.
Kau ada?



Bila masuk sekolah menengah kompem ah nak berboipren kan.
Zaman waktu dulu pulak takde henpon.
Nak taknak terpaksa bergayut dengan telefon rumah.
Selalunya aku aim tengah malam la.
Tapi masalahnya telepon rumah aku kat hall. Mak aku pulak patern memang suke tido kat hall depan tv.
Jadinya bila aku bergayut kat telepon kompem2 lah mak aku sedar.
Ape lagik kene ceramah motivasi lah tengah2 malam bute.
Kadang2 aku fed up jugak ini tak boleh itu tak boleh. STRESS !



Bila tengok adik bongsu aku si Anis tu baru form 1 dah tergedik-gedik dengan boipren lagi aku stress.
Bukan stress ape aku tak kisah dia nak kapel ke ape.
Yang aku stress henpon mak aku die yang kepit eh doplohpat jam.
Ewah seronoknya.
Siap mintak aku topapkan lagi.
Banyak cantik muka kau. Ahhhh kau nak kapel silakan. Tapi jangan nak mintak2 kat aku duit topap. Boipren dah la tak hensem. EH?



Mak aku pulak memang lah membebel. Tapi adik aku tu jenis hati memang bertahan.
Dia boleh buat dekkkkkkkk je.
Eh geram pulak kite ni. Huhuhu.


Masa aku sekolah menengah boleh kire bape kali je mak aku datang sekolah melawat aku.
Kalau takde hal jangan harap nak datang.
Kalau ada hari terbuka nak sign report kad selalu ayah aku sorang je yang datang.
First time nak balik bermalam (duduk asrama kan) pon aku dah kene belajar naik bas.
Kau tak cukup ape. Syampoo, ubat gigi, bla bla bla. Silakan outing sendiri naik bas cabuk tu pergi bandar.
Dulu zaman2 aku sekolah sepuluh tahun lepas Bandar penawar tu kuno. Ape pon takde.
Terpaksa naik bas sejam lebih pergi bandar Kota Tinggi.


Adik aku ni jangan cakap lah. Tiap2 minggu nak suruh parent datang sana.
Fineeeeeeeeeeeeeee nak bongsu. Fineeeeeeeeeeeee.


Walaupon aku ni anak nombor tiga tapi aku bukan anak manjeww.
Masa aku masuk matrik kedah, ayah aku sorang je yang hantar aku naik bas.
Masa tu susah. Mak aku tak ikot.
Sedih bila tengok orang lain semua mak bapak hantar.
Tapi takpe kite wat rilek je.
Dan paling sedih tak pernah sekali pon parent aku datang melawat.
Fine jauhkan Johor-Kedah.
Naseb baik lah kakak aku duduk Perlis.



Masa aku masuk UM dulu pon mak ayah aku hantar naik bas je.
Naik bas sampai rumah pakcik aku then mintak tolong pakcik aku hantar daftar kan kat UM.
bila ingat2 balik alahai sedihnya.
rasa nak nanges pulak taip ni. Tak sangka dah 5 tahun dah berlalu.
Dan sepanjang aku kat UM aku pergi balik UM-JOHOR sendiri naik bas.
Beli tiket sendiri naik bas sorang2. Carik jalan nak pergi bas stand sendiri.
Kadang2 jeles bila tengok kawan aku even parent dia duduk Terengganu pon boleh datang melawat.
Takpe lah. Aku orang susah :')


Mak Bapak aku datang UM dua kali je. Satu masa aku daftar and lagi satu masa aku konvo.
Takpe aku paham.


Sebab tu aku suka manje2 dengan Akram.
Sebab aku bukan anak manje dengan mak bapak.
Aku tak reti.
Seyes aku tak reti.
Masalah aku pon kalau boleh sembunyik memang seboleh-bolehnya aku nak sembunyik dari parent aku.
Memang tak reti nak bercerita.


Aku boleh je buat semua benda sendiri.
Tapi bila Akram ade aku suka je nak menyusahkan dia.
Lagi2 dia jenis yang suka nak amik tau aku buat ape. Pergi mana.
Dengan sape. So secara tak langsung dia sendiri buat aku tak reti nak berdikari. HAHA !
Pastu kalau bergaduh mulalah berazam "Fine aku boleh hidup tanpa dia. Wana boleh ! Senang je"
Kahhhkahhh.
Dan Akram pon mulalah buat ayat "Yelah pergi lah. Dah boleh buat keputusan sendiri kan. Taknak bincang pape lagi kan. Takpe lah"
Hihi.



Now, ape aku rasa budak2 sekarang tak melalui ape yang aku lalu.
Walaupon aku ada kakak and abang tapi ape benda yang aku boleh buat sorang aku akan usaha buat sorang.
Bukan budak2 lain lah. Adik2 aku pon aku rasa sama je.
Kadang2 terlalu depends pada kakak abang dorang.
Well memang lah tugas seorang kakak tu tolong adik2 bila dorang susah.
Tapi sometimes aku nak dorang berdikari macam aku dulu2.
Mane la tau kalau2 aku takde kan sape nak tolong dorang.
Tapi mungkin zaman dah berubah.
Tak boleh nak samekan masa aku dulu dengan sekarang.

Aku selalu cakap dengan mak aku "Alah dulu kite takde pon macam tu"

Dan jawapan dari mak aku yang aku dah boleh expect "Alah takpe lah Anis kan bongsu. Lagi pon dulu susah sekarang dah senang sikit"


Masa aku dulu susah.
Sekarang dah senang sikit.
Well.... sigh...


Ingat lagi masa aku matrik dulu tak pernah pon berangan nak ada laptop sendiri.
kalau ade assignment nak kene siapkan hadaplah kau pc kat library. Dan yang paling tak lupe lepas maghrib je berebut masuk library sebab nak guna PC. Haha !
Adik aku masuk matrik UIA mak aku dah sibuk kesian2 kat dia sebab susah nak buat kerja takde laptop.
Fine aku bagi dia guna laptop aku. Takpe. Aku kakak.


Padehal aku masuk U pon second sem baru aku beli laptop.
itu pon sebab second sem JPA punye biasiswa dapat dua kali ganda. Thanks Tok Jib. Hehe.


Aku cuma taknak adik2 aku terlalu depends pada aku.
Macam mana aku kuat lalui selama ni, aku nak dorang pon kuat jugak.
Supaya dorang boleh hidup even bila aku or parent aku takde lagi.



Adik-adikku. Ni kak wana nak pesan.
Terasa tua pulak bila dapat tahu ramai budak2 sekolah baca belog haku ni. Haha !
Sebenarnya kite ni cukup kuat untuk lalui semua masalah sendiri
Tapi sebab kite selalu fikir yang kite ade ibu bapak, abang kakak yang boleh tolong kite, kite jadi terlalu depends pada dorang
Tapi ketahuilah. Bila kite lalu satu masalah tu sendiri tanpa bantuan orang lain, kita akan sedar "Eh aku baru selesaikan masalah ni sendiri. OHEMJI. Hebatnya aku!!" Wah begitu sekali ye. Hihihi


Betul !
Jadi kalau boleh buat sesuatu sendiri cuba lah buat.
After all its our life. Kite patot cube semua benda sendiri. Kan?
Walaupon aku ni kadang2 penakut boleh tahan bangang jugak. Isi minyak kereta pon nak takut. Pam tayar kereta pon nak takut.
Tapi tu lah at least aku berjaya jugak buat benda tu.
Dan aku bangga sebab aku dah boleh pam tayar kereta dan isi minyak kereta sensorang.
Kihkih.

Good Luck !


Okbye.


                                                   



With Love : Syazwana Jamal :)


3 comments

December 12, 2012 at 9:45 AM

btl tu, akak setuju.. perangai kite sm je..

December 13, 2012 at 12:06 PM



kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

December 13, 2012 at 2:23 PM

budak2 sekarang memang tak rasa apa kita rasa..dulu time form 1, mmg tak merasa nak ad hp la apa la..tapi sekarang? kdg yg bdk2 lagi up..tapi nak buat mcm mana, rezeki diorg..tp kita sbg akak abg ni, kena lah kawal dn nasihat :)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal