Friday, December 28, 2012

Perkara-perkara yang tak berapa nak senonoh





Korang kan tau kan aku ni jujur lagi baik hati kan.
Ewahhhh.
Tapi sebenarnya aku ni suka je buat benda2 yang memalukan.
Aku tulis la sikit sini supaya korang takde lah tengok aku macam baik je kan.
Takpeee walaupon kite blogger kite tak payah nak cover baikkkkkkkkk sangat. HAHA !



1. Suka cakap kuat-kuat kat public.

Penyakit bercakap kuat ni dah sah2 menurun dari bapak aku.
Tapi bapak aku tu dah terlalu parah tak dapat diselamatkan lagik.
Dalam bas pon boleh selamber cakap kat telepon kuat2 macamkan dia sorang duduk dalam bas tu.
Dengan mak aku sekali termalu-malu.
Terus buat2 macam tak kenal bapak sendiri.


Tapi macam aku, aku masih lagi konfius adakah suara aku ni kuat atau slow.
Kawan2 aku cakap suara aku ni slow tapi nyaring.
Aku rasa suara aku kecik gila macam katun.
Paling menyampah bila orang rakam video pastu aku dengar suara sendiri.
Gile buruk suara.
Astarafirullah tak bersukur langsung kan. Huhu.


Dan paling menyampah lagi bila time dulu2 kene buat presentation.
Aku rasa aku macam dah cakap kuat dah tapi lecturer asyik je lah dok suruh kuat lagi kuat lagi.
Len kali sediakan lah mic kan. Senang.

Tapi yang aku konpius nya everytime aku keluar dengan Akram, bila aku cakap je mesti Akram cakap "Memang nak bagi satu pasaraya dengar eh?"

Pastu aku malas nak layan aku jawab je aah.
Huhu.



2. Suka kentut kuat2 depan Akram

HAHAHAHHAHAHA !
Gelak dulu siap2.
Gila tak senonoh kan perangai.
Tapi ni semua Akram yang mulakan.
Dia suka gile kentut dekat2 dengan aku.


Pastu aku geram aku reply balik kentut kat dia.
Kau mampu nak reply2. Kahhkahh.
Pedulik hape aku.


Tapi Akram lagi keji la.
Kadang2 kalau dia tengah drive sukati dia je kentut dalam kereta pastu kunci tingkap.
Konghajo.
Dah macam orang gila aku kat dalam kereta terjerit-jerit suruh dia bukak tingkap.
Dah la painggggg.



3. Selamber je korek hidung.

Yang ni pon aku buat depan Akram je.
Depan orang lain harus jadik perempuan melayu terakhir. Kekeke.
Selalunya aku korek hidung senyap2 pastu aku letak taik hidung kat tangan Akram.
Pastu nanti aku buat2 tanya kat dia "Eh ape kat tangan tu eh?"
KAhhhhhkahhhhh.


Korang mesti nak muntah kan baca.
Ok lah cukup la tu.
Nanti takde orang nak masuk blog aku lagik.


Adik-adik jangan tiru perangai Kak Wana ye.
Kak Wana memang gila sikit.
Harap bertabah la.


okbai.


                                         


With Love : Syazwana Jamal :)


8 comments

December 28, 2012 at 3:46 PM

ahaha biar betul. tak menahan part korek hidung XD

December 28, 2012 at 4:03 PM

kahkahkah :D

saye ingat saye sorang jek cmtuh. rupenye ade spesis yg same jugakk.. wee kite sama *passtangan*

tp number satu tak lahh.. hehe :D

December 28, 2012 at 9:02 PM

kalo tgok muke comel wana ni xsngka plak pangai ni burok sgt..
bhahaha..
kaber la ckit!
kehkeh

December 29, 2012 at 12:59 AM

eeeeewwww serius tak senonoh.. ena selalu jumpa makhluk cenggini masa dalam train.. terutama tang cakap kuat2 tu.. grrrrr hate it soo much.. baik laki or perempuan, please behave

December 29, 2012 at 9:20 AM

bab cakap kuat tu sama jugak la.

dgn org lain cakap pelahan jek,

tp kalau dkt umah atau dgn amin cakap kuat giler..

tak tau nape.haha

December 30, 2012 at 7:02 PM

Kehkehkeh! Bila dah selalu dgn pasangan kita terutamanya cam MM yang dah kwen ni lagilah.. Selamber je semua tu.. Tapi biasanya semua tu incit hubby yang start dulu.. MM pun apa lagi, balas dendam ar.. Hahahha! ^o^

December 31, 2012 at 10:25 AM

sebenarnya, ramai yg suka cakap kuat2 depan public.

January 1, 2013 at 11:47 AM

Semua tu pun akak buat..kecuali kentut sbb akak xreti kentut.. tp, akak suke sendawa kuat2..bkn sendawa kenyang, tp angin.. hahahaha

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal