Loading...

Wednesday, January 2, 2013

Selamat tahun baru !




Selamat tahun baru !

Rasa macam bertenaga je.
Ape taknya semalam seharian aku bantai tido.
Siang dah la bangun pukul 3 petang.
Pastu malam tadi pukul 9 lebih aku dah landing2 atas katil.
Pukul 6 pagi jam bunyik je terus boleh bangun pergi mandi dengan pantasnya.
Cube kalau hari biasa selalu pukul 630 pagi pon snooze alarm sampai alarm mati sendiri.
Pastu bangun termenung dulu.
Kang sampai bilik air termenung lagi.
Siap sandar jap kat dinding bilik air sambung tido. HAHHAHAHAHA !



Tahun baru aku bermula dengan gaduh dengan Akram.
HAHA !
Sebabnya tak jadik tengok bunge api malam tahun baru.
Akram tu lah asyik je nak tido.
Suruh kejut pukul 8malam, kejap kejap last2 pukul 11 malam baru nak bangun.
Terus aku takde mood.
Aku kalau dah takde mood memang nak keluar pon terus takde mood la.
Eh sakit pulak hati kite bile ingat balik.


Tahun 2012 banyak gile benda jadik dalam diari aku.
Cewahhh.
Setakat bergaduh berperang dengan Akram tak payah cerita lah.
5 saat baik 5 saat kemudian pon boleh gaduh balik.
Ape pon tak boleh.


Januari

First time pakai henpon tacsekerin wo.
Sebenarnya aku lagi minat nak pakai BB.
Tapi sebab tak mampu terpaksa pakai galaxy Y saje.


First time buat passport, First time nak naik flight pergi oversea.
First time jejak Cambodia. First time jauh gila2 dengan family.
First time belajar hidup kat negara orang walaupon seminggu je.




Rindunya suasana kat Cambodia.
Bila fikir2 balik rasa macam tak percaya aku boleh jalan sorang2 kat sana.
Padehal nak jalan sorang kat KL pon penakut.

Tu lah kan bila jauh dari family tetiba je benda yang kita tak boleh buat tu kite boleh buat dan-dan.
Entah dari mana entah keberanian tu datang.

Febuari.

Takde ape yang menarik.
Gaduh dengan Akram, Baik semula.
Jalan2 pergi makan kat Umbai, Melaka.





Mac

First time makan Burger Bakar kat Wangsa Maju.
Dulu femes gile.
Now dah tak berapa femes sebab dah banyak dah burger bakar.
Kadang2 rasa macam tak percaya kitorang sanggup tunggu sampai 4 jam semata-mata nak makan sebijik burger bakar. HAHA !


April

Reunion kecik-kecik dengan coursemate dulu.
First time blog keluar dalam Majalah Remaja. Heeeeeeeeee.






Mei

Akram punye hari tue. Huhu.
Aku bawak dia makan kat Chillis Mid Valley.

First time tengok orang drift kereta kat Seri Kembangan.
Eh dah lama seh tak pergi sana.
Cambest gak ni. Hihi.



First time aku beli baju kurung sendiri kat Masjid India.
Hohoho.
Selama ni harus mak aku je yang tolong belikan.
Aku kan anak yang baik.
Tak cerewet. Kakakaka.


Jun

Banyak peristiwa besar yang jadik.
Cewahhh.

First time aku jalan jauh sampai Utara dengan Akram.
First time jejak kan kaki ke Penang.
First time naik feri so jakunn. haha !
First time makan pasemboq. Kehkeh.


Dan yang paling besar aku rasa jadik tahun ni aku ada kereta sendiri.
Yeayyyy !
Kadang2 rasa macam tak percaya aku dah boleh drive sorang2.
Boleh drive KL-Johor.
Tapi drive kereta aku je lah.
Kereta aku kan kecik. Huhu.




Dan untuk pertama kalinya Akram balik rumah aku kat Johor masa teman aku amik kereta.
Huhu.
Parent aku memang dah jumpe dia masa aku konvo.
Tapi jumpe kejap je lah.
Dan juga first time dalam hidup pakai henpon mahal.
Samsung Galaxy SII.


Julai

Keluar dating dengan Bestfriend perempuan sahaja kat PD.
Oh rindunya nak mandi laut !
First time naik Banana Bot.
Menjerit macam orang giler.
Sumpah tanak naik lagi pasni. Huhu


Ogos

My hari tueeeeeeeeeee !
Secara rasmi menjadi 24 tahun tapi orang still tanya "Tingkatan Berapa?"
Wakakkakaka.
Akram adiahkan handbeg :)


September

Aku ade satu entry je?
Puihhhhhhhhh.


Akram buat seprais nak datang opis aku tapi dia yang seprais sebab tak jumpa jalan.
Wakakkaka padan muke.

Dan bulan 9 ni aku buat keputusan yang besar dalam hidup.
Aku berhenti kerja lama and start kerja baru.
Well bagi aku biar lah kita berkerja di tempat yang kite selesa.
Daripada kerja tempat yang kita tak suka, semua benda kita buat tak ikhlas.
Kan?


Oktober

Ramai kawan-kawan sebaya yang start kawen.
Akram buat seprais datang opis.
Kali ni betol2 seprais sebab tibe2 je dia dah ada kat parking kereta.


November




Teman Akram pergi Wedding kawan dia kat Penang.


Disember

Eh tibe2 macam dah sampai hujung tahun.
First time aku tengok bola kat Stadium.
Semangat !



First time makan durian crepe.
Muak!



First time makan TGIF.
Nyummmyyyy !

First time makan Nandos.
Tak suke !

Amboi betol2 enjoy hujung tahun dengan makanan ni.
Kekeke.

Azam aku tahun ni nak panjat gunung kinabalu.
peh gelakkan aku siot. takpeee.
tanak kawan. HAHA !


Kawen?
Errrrr tak kot.
Frankly speaking aku memang belum bersedia lagi.
Kalau setakat nak masak, basuh baju, kemas rumah tu no hal lah.
Small matter ok. Cewahhh.


"So kenapa tanak kawen Cik Wana yang gojes?" kata korang dalam hati.

Well aku tak ready dari segi mental.
Camni.
Korang kan tau aku ni panas baran sikit walaupon aku comel.
Benda kecik pon aku boleh melenting.
So ini lah satu-satunya benda yang kalau boleh aku nak betulkan before aku kawen.
Memang lah kite boleh control kan.
So aku nak aku boleh control dulu perasaan aku ni before aku hidup dengan suami aku. Fuyohhhhhhhh suami tu. Kekekeke.


Kalau macam sekarang ni kalau aku marah aku suka je melawan cakap Akram.
Kalau dah kawen boleh? TAK BOLEH.

Kalau sekarang bila gaduh aku suka lari dari Akram.
Kalau dah kawen boleh? TAK BOLEH.
Nanti jadik isteri derhaka.

So aku bagi masa untuk diri aku 2 tahun.
lepas dua tahun tengok lah camne nanti.


Takpe dont worry. Aku tau korang tak sabar nak tengok aku cantik2 atas pelamin kan.
Nanti aku kawen aku jemput ok.
HAHA !



okbai.


With Love : Syazwana Jamal :)


10 comments

January 2, 2013 at 6:28 PM

tahun 2013..
wana kawen!

kbye..

January 2, 2013 at 10:27 PM

wah wah! :)
cepat kaweng ye..hik3

January 2, 2013 at 10:33 PM

salam dtg berziarah.. wah best nyer..happy jer dier spjg tahun...

January 2, 2013 at 11:25 PM

wahh masuk majalah tu... hebatlah sis.. apapun, selamat tahun baru.. byk kenangan manis bersama... =3

January 3, 2013 at 8:45 AM

kbyknya menarik =__=

January 3, 2013 at 10:46 AM

akak mls nk ingat mende jd tahun lepas... muahaha

January 3, 2013 at 10:52 AM

hepi new year wana!! :)

p/s : akak memang tunang la. hehe

January 3, 2013 at 11:20 AM

semoga berkekalan dgn akram.. cepat2 kawen ok

January 3, 2013 at 11:52 AM

@Cik Ezy
tak habes2.
nanti tengok2 die yang jalan dulu.
hahahaha !

January 3, 2013 at 12:27 PM

hopefully 2013, dapat jemputan kawen wana plak. hehe

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal