Loading...

Monday, February 4, 2013

Kegila-gila-an




Yuhuuuuuuuuuuuu.
Sorry lah aku kalau cuti memang takkan apdet blog.
Hari ni pon boleh tahan busy jugak. Sampai tak sempat nak Monday Blues.
Kerja hari Isnin, hari Khamis bos dah bagi tau awal2.
Bese lah nak CNY kan.
Semua benda kalau boleh nak settle dalam minggu ni jugak.
Opis aku ni jangan cakap dari pagi sampai la ni telepon tak benti bunyik.
And by the time aku taip entry ni aku still kat opis lagi.
Ini macam kalau mak aku tau ni mau menangis terharu. Wakakaka.


Tak sabar gila okey nak habeskan minggu ni.
Nak balik kampung !
Last aku balik raya haji kot.
Wuwuuuuuu. Abang ipar aku cakap "Woit balik la. Nanti jadi Tanggang."
Wakakaka.
Mak aku cakap weekend tak balik takpe lah. Cuti 2 hari je pon. KL - Kota Tinggi dah la jauh.
Sobbb.


Okey sapa kat sini yang boipren dorang kaki bola?
Tak payah nak angkat tangan sangat. Jawab je dalam hati tu.
Hehe.


Apa perasaan korang kalau boipren korang kaki bola?
Kaki bola di sini maksudnya yang tak boleh nak miss langsung tengok match bola.
Yang sanggup berjaga pukul 2 3 pagi semata-mata nak tengok bola.
Yang setiap match pon mesti wajib nak tengok kat stadium.
Yang kalau tema dorang kalah seminggu mogok.
Fuhhhhhhh.


Ada?
Kalau ada sila cerita kat aku sebab aku teringin nak tau ape perasaan perempuan yang dapat bf kaki bola gila-gila ni.
Adakah korang sedih? Kecewa? Gembira sangatttttttttttt sebab korang pon gila bola jugak.
Atau pon korang Redha dan pasghah je lah nak wat lagu mana kan.
Nak lempang kang, bf sendiri. Tak pasal clash.


Sebab Akram ni bukan jenis fanatik sangat bola.
So aku pon bersukorrrrrrr ke hadrat Ilahi sangat.
Takde lah kalau dah kawen nanti berebut remote tv dengan dia.
Cecececece.


2 minggu lepas Akram ada reunion dengan batch satu sekolah dia kat PD.
So Sabtu malam ahad tu dorang main futsal.
Balik reunion tu dia cerita la kat aku.
Aku tanya sape menang?
Dia cakap "Kitorang bukan macam batch korang. Siap ada team sendiri. Kalau main futsal biasa2 pon siap training lagi"


Kalau sape yang follow blog aku dari dulu tau lah yang every year sekolah kitorang akan adakan pertandingan futsal antara batch alumni.
So time ni kire ala-ala macam reunion jugak lah.
Memang time tu meriah gila sebab ramai sangat yang datang.
Dan time tu jugak lah kau nak jumpe hai-hai bye-bye dengan member2 lama, adik2 junior, secret2 admire batch lain, abang2 senior yang hensem dan yang tak berapa hensem macam Akram wakakaka dan lain2.



Ni masa 2 tahun lepas. Tahun lepas punya aku tak pergi. Aku pon lupa apesal. Yang ni budak2 batch aku sahaja. Tapi ramai je yang tak datang. 




Best player tahun tu dapat bola ni. Sign semua tu original ok. Memang hebat urusetia.



So tahun ni pertandingan tu buat lepas raya cina.
Batch aku je hantar 3 group.
Dan every year batch aku akan rembat 1 ke 2 trofi camtu lah.
Sebab budak batch aku yang lelaki ni semua memang hantu bola.


So Akram cakap la dorang main bese2 je.
Saje suka2.
Takde nak praktis2 pon.
Okey.


Aku pon cakap la kawan2 aku memang semua hantu bola.
Kebanyakannya memang sanggup berjaga pukul 4 5 pagi semata-mata nak tengok team dorang lawan.
Pastu rajin gila tengok bola kat Stadium.
Ada yang siap boleh rasa bersalah lagi kalau terlepas tengok team sendiri lawan.


Kalau ikot Akram ni dia pon suka tengok bola jugak.
Tapi bagi dia kalau nak berjaga malam tengok bola tu seminggu sekali boleh la.
Kalau hari keje dia pon tak kosser nak stay up bagai ni.
Cuma kalau ada team dia lawan, dia akan check result kat web esoknya.
Setakat hari ni takde pulak bila weekend dia cakap "Eh jom lepak mamak tengok bola"
Nehiiiiiiiiiiii



Kalau aku pulak, aku takde lah minat sangat bola takde lah tak minat langsung.
Aku boleh je layan bola.
Boleh je masuk stadium.
Macam aku, aku sokong Man Utd dengan England sebab ada Chr. Ronaldo dengan Michael Owen.
Hensem gila aku rasa Owen tu.
Siap masa sekolah menengah dulu berebut poster Owen dengan member kelas aku. HAHA !





Tapi kalau ko tanya pasal lain harammmmmmmmm la aku nak jawab.
Kihkih.


Macam Akram ni satu benda yang aku respect kat dia is dia takde fanatik terhadap sesuatu benda.
Macam politik.
Dia amik tau semua benda tapi dia takde sampai nak emo2 pasal satu benda. Paling penting tak rajin nak join demo2 ni semua. Baguss.
Macam bola, kalau die free dia tengok. Kalau tak free dia check result kat web saje.


Tapi kalau Malaysia lawan memang kitorang kompem akan tengok.
Semangat patriotisma yang tinggi katakan. Kihkih.


Tapi aku rasa ada satu benda lah Akram fanatik.

Aku rasa dia fanatik kat aku.
Wakakakakakakakka.
PANG !!! Lempang diri sendiri laju-laju.


okbai.





With Love : Syazwana Jamal :)


6 comments

February 4, 2013 at 8:13 PM

boipren pon xde..
sobsobsobsss

February 4, 2013 at 8:34 PM

hahaha..akram mmg da fanatik sgt kt ko :D

*boipren ct politik kuat..tak kuase i nk lyn..haha

February 4, 2013 at 11:01 PM

kahwin jelah wana oiii..haha

February 5, 2013 at 8:52 AM

akak pun bersukorrrrrr ke hadrat Ilahi sbb bf akak bkn kaki bola.. yesssss!!!! *lompat bintang*


meh akak lempang.. perasan sgt dh tu.. wakakaka

February 5, 2013 at 11:36 AM

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...

February 5, 2013 at 10:03 PM

Bola tu memang dpt tndtgn Apex?! Alah, bukan pemain luar negara (alah poyonya ahaha)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal