Loading...

Thursday, July 25, 2013

Pagi2 dah kene bangang dengan Anonymous. Hahahaha!







Terkejut aku pagi2 lagi di bulan Ramadhan yang mulia ni dapat komen dari Anonymous (biasa lah kan..takkan nak tunjuk nama. kalau tunjuk nama pon takkan berani tunjuk gambar) siap cakap aku bangang.
Sampai hati cakap bangang kat aku yang dah sedia kurang pandai ni.
Makin berkurang lah kepandaian aku nanti.


Aku memang setkan semua komen yang masuk blog akan masuk dalam akaun gmail aku. And everytime gmail masuk inbox terus keluar notification so terus boleh baca lah.
Sentap seh cakap aku tak tahu bersyukur.
Haha!
Siap dua komen yang sama pulak tu yang masuk.
Yelah yelah pasni everytime aku review kedai aku tulis besau2 aku bersyukur ke hadrat Ilahi k.


Takde lah sentap sangat pon sebenarnya.
Now ade dua option.
Satu, balas balik.
Dua, buat dek.


Kalau buat dek kang anon sentap pulak sebab aku tak layan. Kang ade yang meroyan sorang2 kang.
Kalau balas balik macam ni seronok jugak. Ada jugak bahan aku nak hapdet harini. Kekeke.
Second, benda ni dah jadik penyebab untuk aku hilangkan stress pada issues lain.
Yelah dengan kerja melambak kat opis. Pastu bos asyik busy ke sana ke sini sampai keje aku banyak terbengkalai. Mane tak stress.
Tetiba ada komen jilaka masuk, best jugak ada bahan nak hilangkan tensi. Huahuahua.


Komen ni sebenarnya daripada entry Makan kat Wadihana Kitchen dulu.
Memang la time tu aku tengah gaduh dengan Akram.
Tapi masalahnye aku ni gaduh ke tak gaduh ke nafsu makan tetap naga.
Saka makan aku ni takdenye nak poyo2 takde mood nak makan kalau bergaduh.
Gaduh lain cerita. Makan tetap makan.
Tak pernah pulak selama aku bergaduh dengan Akram aku makan tak habes.
Licin tatapppppppp licin.
Apehal gaduh sampai takde mood nak makan kan. Bongok namanya tu. Rezeki jangan ditolak.


Time tu pon kitorang datang dekat pukul 11 malam so mungkin makanan pon dah tak ummppphhh.
Takde pulak ayat aku cakap makanan tu tak sedap langsung sampai tak boleh makan.
Banyak lagi aku baca blog lain yang reviea kedai makan tahap makanan tak sedap sampai tak luak langsung makan.
At least aku makan kurang sedap pon tetap licin.
Aku pon takde pulak cakap dengan readers jangan datang langsung kedai tu.


Adoiiiii konpius mak di situ.


Aku just cakap harga mahal tak berbaloi dengan makanan.
Alah stended ah review kedai makan kan.
Ikot tekak masing2 lah.
Takkan nak expect semua kedai yang kau makan semua sedap pastu review melambung-lambung.
Kalau betul sedap takpe.
Kalau harap name je gah tapi makanan out sorry.
Jangan harap lah aku nak up sangat.


Tapi aku cool je. Ape lah sangat komen2 camni masukkan.
Bukan dapat duit pon.
Aku makan pon guna duit sendiri.


Kalau nak ikotkan ramai lagi orang yang banyak haters.
Contoh paling senang Siti Nurhaliza.
Siti tu ape yang dia buat?
Dia tak pakai tudung orang kutuk.
Dia pakai selendang keluar jambul orang kutuk.
Dia bertudung litup pon tatap orang tak puas hati.
See?


Orang kalau dah tak suke, ape kau buat pon dorang akan carik jugak point kutuk kau.
Jadi marilah kite buat hal sendiri.

Cuma satu je lah nak cakap sikit.
Muka biar tak molek tapi bahasa biar berbudi.
Barulah pakwe sayang.
Eh?

Wakakaka.

okbai.





With Love : Syazwana Jamal :)


7 comments

July 25, 2013 at 1:55 PM

hahahahaha nak gelak bila awak up entry utk cik anon

bangga la cik anon tu

:p

betul tu

makan tetap makan

sedap kite puji melambung

tak sedap mau tahu la kan

:p

July 25, 2013 at 3:49 PM

haters are everywhere. persetankan. tak jadi kudis pon. eh? emo? :D

July 26, 2013 at 8:33 AM

Don't why but I always laugh reading your entries. yelah blog kuat berangan, kite linkan blog awak eh..

July 26, 2013 at 12:34 PM

otak dia tu tak toi..hahahha

July 26, 2013 at 8:54 PM

aku rasa anon ni tukang masak kedai yang kau g makan tu. sebab tu dia marah2 sama retis JDT ni. LOL~~

July 28, 2013 at 1:34 AM

Muka biar tak molek tapi bahasa biar berbudi.
Barulah pakwe sayang...


I loikeeeeee! ^_~

July 28, 2013 at 1:34 AM

Jentik HOTLINK! ^^,

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal