Loading...

Thursday, August 1, 2013

Lelaki dan bahasa kiasan.






Pagi tadi aku jumpe cerita ni kat fb.
Nampak tak pagi2 dah mengular main pesbuk.
Ngehngehngeh.
Tapi aku rasa dah ramai yang baca kan cerita ni.
Pasal bahasa kiasan antara lelaki dengan perempuan.




Aku ni kalau nak bagi2 komen bercas ilmiah tu memang tak reti lah kan.
Ape tah lagi kalau nak bagi nasihat yang bermotivasi.
Memang bukan aku la tu.
Tapi aku nak cerita pasal aku.


Dulu ada sorang kawan aku pernah bagi tau aku yang dia memang suka sangat cakap guna bahasa kiasan kat boipren dia.
Dia cakap baru lah thrill. Kalau cakap direct tak thrill.
Haaa nak thrill sangat kan. Dia dok berkias-kias dengan boipren dia sekali boipren dia tak paham sudahnya dia yang menahan sakit hati sendiri.
Sape yang kecewa?
Perempuan.
Sape yang rugi? Perempuan jugak.
Lelaki? Ape dia kisah.


Kalau macam aku. Lagi2 bab2 yang melibatkan makanan ni memang takde masa lah aku nak berkias-kias bagai.
Kalau kitorang dalam kereta untuk satu jangka masa yang lama, bila aku lapar je aku akan cakap direct dengan Akram "Lapar lah"
Akram kalau dengar perkataan LAPAR tu memang dia seram sikit. Eh seram banyak aku rasa.
Sebab aku kalau lapar sampai tahap maximum memang amukan super saiya melanda.
HAHA!


Selalunya Akram akan tanya balik "Nak berhenti makan ke?"
Kalau aku cakap nak dia akan terus berhenti.
Tapi kalau dia tak berniat untuk berhenti kat satu kawasan tu dia akan cakap "Boleh tahan lagi tak? Kat depan sana tu ada kedai bla bla bla. Kite makan kat situ nak? Situ sedap sikit"
So aku pon okey saje.
Tapi kalau aku cakap lapar dia boleh buat bodoh takde bagi solution ape2 memang bersedia untuk menempah maut la.


Tapi kadang2 aku guna jugak bahasa berkias.
Sebenarnya takde lah berkias sangat aku rasa.
Contoh macam masa kitorang nak tengok JDT lawan kat stadium dulu.
Aku awal2 lagi dah bagi tau Akram aku nak beli jersi.
Tapi bila kitorang jalan2 kat kedai2 yang jual tu aku takde lah nak test2 bagai dengan besar harapan aku nak Akram amik sehelai baju pastu cakap dengan aku "Yang ni cantik. Nak beli tak?"


Tapi masalahnye Akram bukannya nak paham.
Dia tengok aku macam buat bodo je takde pon nak tengok2 baju dia pon main pakai jalan je.
Habes semua kedai kitorang round, dia ajak balik.
Ape lagi amukan lah. HAHA!
Aku cakap aku nak beli baju tapi dia tak nak paham.
Main jalan je takde nak tanya2 aku.
Akram cakap "Lah dari tadi kite jalan2 tu tak tengok ke? Ingat diam je tanak beli pon. Mane la nak paham"

See???????????

Orang lelaki ni memang fail bab2 body languange ni. Cewahh.

Sejak dari saat itu aku dah taubat dah.
Ape2 aku tak puas hati aku akan cakap direct.
Dan ape2 yang aku nak pon aku akan cakap direct.
Buat penat je nak berkias-kias bagai last2 sendiri jugak yang sakit hati.
Dah la masuk ofis buat keje berlambat keje yang menyakitkan hati.
Takkan urusan peribadi pon nak sakit hati kan?
Hati pon kalau boleh bercakap dah lame die sound aku.
Silap hari bulan nak mintak tukar badan orang lain lagi.


Sebenarnya kalau kita cakap direct kat pasangan kite bukan lah maksud kite kurang sopan.
Bagi aku lah kan.
Sebab dah fitrah lelaki tu sendiri yang susah sangat nak paham ape yang perempuan nak.
So kite ni yang dah tau tu boleh2 lah paham sendiri.
Agak2 kalau sekali cakap berkias dia tak paham tu tak payah la nak mengharap sangat. Cakap je terus terang kan senang.
Hati pon senang. Fikiran pon tenang.
Tapi kalau dah cakap direct pon tak paham2 lagi ko amik batu lesung ko lempor je kat dia.
Habes cerita.


Haha! Joking.


Okbai.




With Love : Syazwana Jamal :)


7 comments

August 1, 2013 at 2:50 PM

betul jugak tu ye..

August 1, 2013 at 3:17 PM

samaaa. kuasa sangat nak berkias. poyo rasanya. kalau mula2 bercinta boleh la nak sopan2 sangat. wkwkw :D

August 1, 2013 at 4:52 PM

haih sama lah.
Sophie ni pun memang jenis straight to the point je.
Tapi ramai je kawan perempuan suka ckp berkias2 ni dgn boypren diorg..
Sampai diri sendiri yang asyik makan hati..kan rugi..


August 1, 2013 at 5:15 PM

Haha! Part beli baju tu sumpah sama lah kita ni wana.. Sudahnya harapan tinggal harapan.. Hati pun bukan main panas bergelegak tak dapat apa yang kite nak.. Ahahahha..!

August 2, 2013 at 11:25 AM

hehe ena ni tak suka lelaki ni ckp berkias sangat dengan ena.. bg hint2 gitu sbb takut salah faham.. hurmmm dah byk kali kena, ena jdi fobia asyik dimalukan

August 4, 2013 at 11:02 AM

agree..lelaki bkn fhm sgt pn,ckp je direct pe nk

August 15, 2013 at 10:07 AM

berkias ni elok kalau kena tempatnya lah. kite rasalah. tapi kalau bab makan nak berkias, kite tak mampu. kite pon cakap direct terus. hehehe :)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal