Loading...

Friday, November 22, 2013

Pasal air tulang belakang..




First of all aku nak say thanks untuk korang yang sudi doakan adik Akram.
Allah je yang boleh balas jasa korang :)
Pasal Ilah aku Akram pon takde hapdet pape lagi kat aku.
Sebab malam tadi dia sampai Johor pon dah tengah malam dah.
Ni lepas solat Jumaat baru die pergi hospital.
Aku malas nak tanya banyak2 biar dia uruskan ape2 yang patot dulu.
Nanti pape aku apdet k.


Pasal nak amik air tulang belakang tu haihh aku pon tak tau nak cakap macam mana.
Biasa lah our society bila dengar ayat nak amik air tulang belakang ni agak cuak jugak.
Sebab memang banyak dengar cerita yang tak elok dari yang elok kan.
Tapi aku agak terkilan la bila mana seorang dokter yang aku kategorikan sebagai seorang profesional boleh komen kat fesbuk dengan cara yang aku rasa macam tak pro.
Bukan aku sorang je rasa.
Kawan2 aku pon bagi pendapat yang sama.
Siap wassap aku tanya sape minah yang komen2 kat pesbuk ko tu.
Macam poyo je.





Aku bab2 nak melawan ni sebenarnya nombor satu.
Selagi aku tak dapat jawapan yang buat aku puas hati selagi tu aku nak membidas.
Tapi tadi, aku pilih untuk diam dan mengalah.
Macam no point nak bertekak dengan orang macam ni.


Yes she is a doctor indeed.
Aku tak kenal sangat dia ni.
Aku pon lupa macam mana aku fren dengan dia.
Shes one of my senior masa kat kolej zaman study kat UM dulu.
And aku memang approve semua orang yang add aku tak kisah la sape asalkan tak annoying.


Mungkin niat dia baik nak bagi tau yang amik air tulang belakang tu tak membawa kepada lumpuh apetah lagi boleh menyebabkan kematian.
But the way she wrote tu aku rasa macam terkilan sangat.
Die lebih kepada menyalahkan society yang suka sangat percaya kepada kawan2 lebih daripada doktor.
Dah nak buat macam mana. Nama pon orang melayu kan. Yang suka share2 benda tak betul kat pesbuk tu sape? Orang melayu jugak yang ramai.


Dan paling aku tak boleh bla bila aku cakap "Dokter kene lah mainkan peranan jugak"

And she replied "Main peranan macam mana kalau pesakit taknak dengar"


So?

Nak salahkan pesakit dan keluarga pesakit?

Macam ni lah.

Contoh :

Cikgu ajar kat sekolah 1 + 1 = 2

Tapi mak cakap 1 + 1 = 3
Sebab mak dengar semua orang kampung cakap 1 + 1 = 3
Kawan-kawan pon cakap 1 + 1 = 3.
Sebab mak dorang cakap benda yang sama.

So ko nak percaya cikgu ke mak and kawan2 ko?
Kalau aku pon mesti serba salah. Nak percaya cikgu sebab dia pandai banyak ilmu.
Tapi semua orang cakap lain. Macam mana ni?

Sebagai seorang cikgu adakah ko akan cakap "Sukati ko lah. Aku dah cakap ko taknak dengar"


Mestilah tak kan?

Kalau semua cikgu macam ni aku rasa takde wujudnya lawyer ke dokter ke engineer ke kan.

Sebagai cikgu ko mesti nak anak murid ko paham betol.
Tunjukkan bukti kenapa 1 + 1 = 2 dan bukannya 3.
Bagi contoh jugak guna ayat yang mudah.
Bila kite bagi penerangan dengan ayat yang mudah dengan bukti yang kukuh memang senang lah orang nak terima kan.

Sebagai cikgu adakah ko puas hati bila ko tak dapat ubah persepsi 1 + 1 = 3 padahal ko tau jawapan tu salah.
Mesti lah tak kan?


Same goes to doctor.
Jangan suka blame society.
Tak semua society belajar pandai macam awak. Tak semua society pandai nak google2 info dalam internet.
Tak tak semua society rajin nak membaca info2 medical ni.
Lagi2 makcik2 yang kat kampung tu. Yang tak pandai nak berinternet. Yang mendengar cerita dari mulut ke mulut je.


Walaupon pengambilan air tulang belakang tu mungkin lah takde menyebabkan ape2 effect bahaya tapi doctor pon manusia jugak kan?
Doktor pon boleh lakukan kecuaian kan?
Mungkin lah berlaku kecuaian oleh doktor antara 1/1000 kes. Pesakit lumpuh (contoh) or whatsoever, family pesakit mungkin akan bercerita yang amik air tulang belakang ni risiko tinggi.
Daripada satu kes tu merebak luas sampai semua orang pon nak percaya yang amik air tulang belakang tu sangat bahaya.
Padahal sebab satu kes tu je kan?


Macam kakak aku operate appendik dulu. Operation yang simple. Tak mendatangkan bahaya.
Tapi sebab doktor cuai, usus kakak aku terbelit.
Ko bayangkan balik rumah, lepas kakak aku makan, die muntah balik.
The worst part is bekas jahitan tempat appendix dibedah tu terbukak.
Bayangkan lah.
Naseb baik time tu kitorang takde duit nak amik lawyer nak saman hospital tu.


Dan mungkin sebab zaman tu takde internet or fesbuk sangat so kes tu tak tersebar.
Dan takde orang cakap bahaya kalau nak buang appendik.
Cuba kalau sekarang?


So.
Aku bukan nak cakap semua doktor berlagak.
In fact aku ada ramai gila kawan2 doktor.
Tapi sebagai seorang doktor yang profesional cubalah memahami society macam aku yang 'kurang ilmu' ni.
Yang tak pandai biology ni.
Yang serba kekurangan ni.


Menegur biar berhemah.
Lebih la amat eloknya kalau nak bagi penerangan tu berserta dengan link2 yang sesuai untuk pembacaan orang macam aku.
Bukan makna nak cakap aku ni pemalas semua nak disuap.
Tapi sebab kau dah start untuk membentang hujah, adalah lebih baik sekiranya kau sertakan bukti kukuh.
Aku boleh je google info tapi tulah kadang2 kite tak jumpa ape yang orang lain jumpa.
Bila tak jumpa, terus give up. Tu yang tak dapat info yang sebetul-betulnya.
Last2 kita yang salah.
Haihhh.


Cuba bayangkan kalau Rasulullah give up masa berdakwah dulu?
Bayang kan kalau Rasulullah cakap "Aku dah berdakwah. Tapi semua orang menentang aku. Macam mana aku nak mainkan peranan aku?"
Agak2 apa jadi pada umat2 dia sekarang?


Ilmu tu hak Allah. Bila2 masa Allah boleh tarik balik.
Maka sebarkan ilmu dengan berhemah. Dan ayat yang baik.
InshaAllah semua orang boleh terima dengan hati terbuka.

Wallahualam.





With Love : Syazwana Jamal :)


12 comments

November 22, 2013 at 4:53 PM

suka dengan pendapat wana..

Moga adik Ilah cepat sembuh..

November 22, 2013 at 5:15 PM

Pendekatan si doktor tu rasanya kurang berhemah.. Sepatutnya dia cubalah terangkan dengan bahasa yang mudah biar semua orang faham.. kalau setakat nak bgtau amik air tulang belakang tu takde efek lain, tapi takde pun usaha nak bagi bukti yang kukuh, cemana orang nak dengor.. Erm.. Doktor2..
http://miezashaklee.blogspot.com

Anonymous
November 22, 2013 at 7:07 PM

nak bahasa mudah mana lagi ni dik? cara adik cakap macam nak menegakkan benang yang basah..tidak mengapalah..orang Melayu kan suka percaya benda yang bukan2..ops..bukan saya yang cakap..saya separuh melayu je..adik yang melayu ni yang me"layu"kan lagi bangsa yang sepatutnya gah ni.

November 22, 2013 at 7:41 PM

@Anonymous
peribahasa tu macam tak kena je? siapa menegakkan benang yang basah? tak baca habes la ni kan :)

sokay. saya bukan mati2 cakap amik air tulang belakang tu salah. rasa nya takde pon ayat tu. saya cuma terangkan kenapa perlu nak menegur dengan cara yang menyindir. kan?

November 23, 2013 at 9:18 AM

sabar, betul tu doktor pun manusia biasa juga.. pasti ada risikonya.. harap adik ilah cepat sembuh..

November 23, 2013 at 11:50 AM

kenapa para doktor ni sekalian xnk bg pendedahan umum kt masyarakat sbb even akak sendiri pun fikir klu amik air tulang belakang berkemungkinan akan lumpuh.. base on apa yg kite SELALU dengar.. btl x?? btl la kata awk, jgn mudah give up.. n jgn trus kata "pesakit xnk dgr".. klu pesakit xnk dgr, usaha lagi untuk lebih yakinkn diorg.. akak suke cth yg awk bg tu, ttg DAKWAH.. well said dear!!

November 23, 2013 at 12:37 PM

mak akak kanser pn ada ambk tulang belakang, mmg takut tp demi percayakan doktor & berdoa padaNYa pasal kita nak lihat lagi mak, kami benarkan doktor buat...alhamdulillah tiada apa.

semuanya takdir Allah, kalu kita tak buat pn sama ada pesakit still in pain atau keajaiban dariNya

SITI ZARINA
November 23, 2013 at 8:26 PM

@MizzTina

Saya la siti zarina
Yang dalam blog dia ni

Pls jangan cakap doktor xda pendekatan lain
Sila search di internet

Or biar saya tolong
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Awak fahamkan and bgtau orangsekeliling anda. Never believe what people said without invetigating. Kalau nak ckp pasal dakwah senang. Berlambak ayat Allah suruh kita berfikir. Cari kebenaran.

Kalau awak tak puas hati i can go on and on and on.

The first issue was about ambil air tulang belakang. That was what i pointed.

X kesahlah korang nak kutuk saya lagi lepas ni.
Asalkan ada something yang awak tahu cukuplaa.

Kan?

November 25, 2013 at 1:54 PM

kdg2 orng bercakap ni melalui pengalaman sendiri. even masa adik sakit dulu dan nak diambil air sumsum tulang pun En Hubby tak kasi... dan kami usaha cara lain pulak... alhamdulillah adik ok je sampai kini... done nuffnang yer !

November 25, 2013 at 7:37 PM

akak pun de xperience doc yg xjelas penerangannya...bkn stkat xjelas tp menakut2kan akak.hurm tp ada juga jumpa doc yg bagus n positif sgt...wateve is doc pun manusia biasa n bukan tuhan...peace

dr huda
November 28, 2013 at 4:05 PM

im a fellow physician, bkn nak menangkan sesiapa, tp that's the truth about this myth that lumbar puncture cause paralysis. rata-rata patient melayu je yang against this procedure. kl bangsa lain, wpon tak educated, tp ok je. do u know the procedure involve is exactly the same as ubat bius given to orang nak bersalin operation (caesarean section). xde pulak kita dengar org refuse ubat bius masa Caesar. awat boleh pulak? tak takut lumpuh plak. a little knowledge is a dangerous thing what more a false one.

December 2, 2013 at 9:18 AM

alamakk... mcm hot jer.. mcm hot jer isu ni bila baca komen2 kat sini...huhu.. apapun moga adik Ilah lekas sembuh.

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal