Thursday, November 21, 2013

Tolong doakan...




Semalam aku jumpa Akram.
Saje ajak die dinner sekali sebab tetiba rasa macam rindu walaupon hari semalamnya dah jumpa jugak :P
Dalam pukul 630 petang macam tu Akram call bagitau adik bawah dia (Ilah) masuk hospital kat JB.
Tapi dia cerita macam tu je.
Masa jumpa baru cerita betol2.


Akram ada 4 orang adik perempuan.
Bawah dia ni Syamilah. Sebaya dengan aku.
Bawah syamilah ada kembar Safiyyah dengan Shahirah.
Yang bongsu sekali Syafiqah. Form 6
Ilah keje area Pontian je. So Ilah ni la yang selalu tengok2 kan Mak dengan adik bongsu sebab ayah Akram dah takde (Al-Fatihah)


Selasa haritu Ilah ni rasa macam kebas kat badan dia so die pergi jumpa dokter.
Dokter bagi MC. Ingat takde pape.
Sekali semalam Ilah mengadu kat mak dia yang badan dia rasa macam kebas sangat.
Lepas tu Akram cerita yang mak dia cakap reaction Ilah ni macam lambat. Dia dengar apa orang cakap tapi die nak respon tu lambat. Cakap pon macam sepatah2.


Mak akram terus hantar Ilah pergi klinik. Then klinik terus hantar pergi Hospital Sultanah Aminah.
Luckily abang atas Akram yang keje pelantar tengah attend course kat Johor. So abang dia tolong tengok tengokkan. Malam tadi masa Akram call abang dia, abang dia cakap okey lagi. Still boleh gerak lagi cuma cakap je yang lambat lambat.
Dokter dah buat xray cuma belum boleh pastikan lagi penyakit sebenarnya. Tapi dokter syak memang strok based on tanda2 dia. Tapi strok yang ringan la sebab boleh gerak2 lagi.


Akram cakap before ni adik dia memang pernah jatuh terlentang kat bilik air masa study kat Uitm.
Jatuh terlentang yang kepala sekali terkena lantai tu.
Tapi time tu just pegi klinik je sebab tengok macam takde pape.
Mungkin effect dari jatuh tu baru nak kene macam ni.


Pagi tadi Akram call bagitau yang adik dia dah tak boleh gerak langsung. Cakap pon tak boleh.
Ya Allah rasa sebak sangat bila dapat tau. Dengar suara Akram aku tau dia baru lepas nangis.
Selasa aritu masa aku jumpa Akram die nanges sebab aku nak kene transfer Johor dah.
Semalam nanges sebab adik dia kene macam ni.
Ya Allah.


Akram cakap dia dah mintak compensation leave dengan MAS. Kira untuk emergency cases yang tak payah tolak anual leave. So dapat la tiga hari. Malam ni Akram balik Johor sebab aku suruh dia tunggu aku balik kerja dulu sebab aku ada nak mintak tolong sikit.
InshaAllah Sabtu ni aku pulak balik Johor.


Aku bagitau kakak aku sebab kakak aku sekarang ada kat Jb. Dia cakap alang2 nak keluar dia nak singgah sekali hospital.







Ya Allah ya tuhanku dada aku memang berombak sekarang.
Tangan aku rasa menggigil.
Rasa macam tak percaya sebab haritu baru aku wassap dengan dia bincang pasal baju.
Sedihnyaaa.
Sekelip mata boleh jadi macam ni.
Subhanallah.


Ya Allah bagi lah kekuatan untuk mak Akram.
Mak akram antara wanita paling tabah aku pernah jumpa.
Masa ayah akram sakit, mak akram terpaksa amik lesen kereta walaupon time tu dah umur 40 tahun.
Dua kali dia amik test. Alhamdulillah lepas.
Every week bawak Ayah akram buat dialisis kat hospital. Jaga ayah akram lepas ayah akram kene potong kaki. Sampai lah ayah akram meninggal.
Now mak dia jugak lah yang jaga anak tengah sakit.
Subhanallah besarnya pengorbanan seorang isteri dan ibu ni.


Akram cakap dokter nak buat MRI.
Pastu nak amik air tulang belakang. Tapi Akram and mak dia tak setuju sebab risiko tinggi.


Mungkin nak hantar berubat tradisional jugak.

Kawan2 tolong doakan adik Akram cepat sembuh.

Aminn.




With Love : Syazwana Jamal :)


17 comments

November 21, 2013 at 3:28 PM

MOGA SEMUA DI PERMUDAHKAN...ALLAH TAKUT PULOK RASA

November 21, 2013 at 3:39 PM

doakan yg terbaik utk adik akram.. ikhtiarkn perubatan tradisional gak klu blh.. dh, xmo sedih²..

November 21, 2013 at 5:17 PM

semoga cepat sembuh..huhu..sedihnye

November 21, 2013 at 5:38 PM

ya allah kesiannya, berat dugaan adik dia . Saya cuma boleh doakan yang dia cepat sembuh ye. amin

November 21, 2013 at 7:54 PM

Semoga sihat hendaknya. Dan jika itu takdirnya, harap dipermudahkan semua nya. Amin

November 21, 2013 at 7:58 PM

Sya pun dokan yang terbaik ya wana..jgn sedih2 ya..bertabah ya

November 22, 2013 at 12:29 AM

ya Allah sedihnya wana..:(

semoga ilah cpt smbuh....aminn..

korang nak kawin sekali eh?

eh mcm x ptt le plak ckp psl kawin kat sini huuu

ira pn lama x dtg sini..bz la wana ehehe smoga urusan wana nak nikah dipermudahkan..amin

November 22, 2013 at 12:57 AM

besar ujian ini.. doakan semoga adik akmal cepat sembuh.. semoga terus tabah ya..

Anonymous
November 22, 2013 at 2:10 AM

Cuma Nak Bagitahu Yang Kalau Doktor Tanya Nak Buat Operation For Taking Air Tulang Belakang or Selalunya Melayu Cakap Sum Sum Tulang, Never Accept It Because It Will Cause Whether Lumpuh Or Mati . this is what my science teacher told me when she teach us about platelet and others . Just Sharing .

November 22, 2013 at 9:48 AM

moga semuanyer ok yer, dan adik ilah tu kembali pulih seperti biasa !

November 22, 2013 at 10:06 AM

kesiannya.. .moga adik akram segera sembuh.. aamiin...

November 22, 2013 at 10:43 AM

Allahu akhbar..
semoga ilah cepat sembuh.
wana pesan pada semua, jangan pernah putus doa untuk ilah.
amalkan mandikan ilah dengan bilasan terakhir dengan air campuran garam. sama ada garam as-syifa atau garam himalaya. ada certain orang duduk dalam timbusan pasir pantai tepi laut sebab air laut tu masin semulajadi.

be strong! tapi support pada ilah. pulihkan emosi ilah dulu sambil berusaha rawatan islam.

November 22, 2013 at 11:27 AM

sedihnya..

doakan baik2 hendaknya..

byk2 berdoa..

November 22, 2013 at 11:38 AM

@Anonymous

Encik/cik/puan anonymous: Air tulang belakang tak sama dengan sumsum tulang. Bukan "operation" pun untuk ambil air tulang belakang, hanya prosedur yg menggunakan jarum.

"Will cause whether lumpuh or mati" is a very bold statement. Memang hak pesakit untuk menolak apa2 ujian/prosedur, tapi perlu berhati-hati sebarkan perkara yang anda sendiri x pasti. Boleh menakut2 kan orang daripada menjalani prosedur yang mungkin boleh membantu diagnosis penyakit dan membantu rawatan.

Air tulang belakang: spinal tap.
Sumsum tulang: bone marrow sampling. Boleh google dan baca untuk mengetahui serba sedikit. Semoga kita tidak ringan2 menyebarkan sesuatu.


To wana: Semoga Allah mudahkan dan berikan ketabahan untuk ko dan keluarga pesakit.

November 22, 2013 at 11:38 AM

@Anonymous

Encik/cik/puan anonymous: Air tulang belakang tak sama dengan sumsum tulang. Bukan "operation" pun untuk ambil air tulang belakang, hanya prosedur yg menggunakan jarum.

"Will cause whether lumpuh or mati" is a very bold statement. Memang hak pesakit untuk menolak apa2 ujian/prosedur, tapi perlu berhati-hati sebarkan perkara yang anda sendiri x pasti. Boleh menakut2 kan orang daripada menjalani prosedur yang mungkin boleh membantu diagnosis penyakit dan membantu rawatan.

Air tulang belakang: spinal tap.
Sumsum tulang: bone marrow sampling. Boleh google dan baca untuk mengetahui serba sedikit. Semoga kita tidak ringan2 menyebarkan sesuatu.


To wana: Semoga Allah mudahkan dan berikan ketabahan untuk ko dan keluarga pesakit.

November 22, 2013 at 5:01 PM

turut simpati..
semoga keluarga Ilah tabah dan buat Ilah akak doakan moga Ilah sembuh..
bersabar ye wana ^_^

November 22, 2013 at 5:25 PM

Ya Allah, kau sembuhkanlah penyakit adik sahabatku ini walau apa pun jua puncanya.. Kembalikanlah kesihatannya agar dia boleh terus berjasa kepada orang tuanya & beribadah kepadaMU Ya Allah..

Wana banyak2 bersabar ye.. Ni Mieza bukan nak ambil kesempatan.. Tapi Mieza sarankan sangat2 tolong bagi VIVIV utk adik Akram ni.. Kita tawakal sebelum sakit Ilah bertambah teruk.. Mieza yang takde kena mengena dengan Ilah ni pun dapat rasa kesedihan mak & adik beradik Akram termasuk Wana.. Tu jelah yang Mieza dapat bantu.. Mungkin ni jugak yang Wana boleh bantu utk bantu Ilah..

If anything don't be hesitate to contac me k.. Kalau xnak cuba VIVIX ni pun, Mieza sedia jadi pendengar & kalau boleh bantu Mieza akan bantu.. In shaa Allah..
019-5327438
http://miezashaklee.blogspot.com

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal