Loading...

Monday, March 17, 2014

Bagaimana sesuatu panggilan itu menyelamatkan perhubungan.




Mak aku pernah bagitau dulu yang dia bahasakan diri dia Ibu sebab dia tergolong dalam seorang yang sangat garang.
So dia nak bila anak2 dia panggil ibu macam sejuk sikit hati dia dengar.
Kira macam kalau nak marah tak jadi marah la. Gitu.

Now aku rasa betul untuk aku dengan Akram.

Well dulu2 kitorang kan bahasakan diri aku-kau je kan.
Sebab start as a friend so rasa macam geli kalau nak dok saya-awak.
Perangai pon entah pape je time tu.
Bila gaduh memang rasa nak mencarut je. Bayangkan je lah bergaduh kau-aku memang kuajaq dia tahap malapetaka la kan.


Kawan aku memang selalu marah aku sebab tanak tukar panggilan.
Sebab dia tau macam mana aku bergaduh dengan Akram.

"Ko ingat ko bagus sangat?"

"Aku pedulik ape. Sukati ko lah nak buat ape"

"Ko suke kan nak gaduh dengan aku"

Blablabla.

Oh memang kuwajaqqqqq.

Ok tu zaman lepas.

Lepas tunang aku yang suggest untuk kitorang tukar panggilan.
Alaaaa aku nak gak sweet2 cam korang kan.
Kekeke.

Tapi sebenarnya aku suggest saya-awak je.
Akram yang eksaited nak guna baby-sayang.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang (eh betol ke? Kakaka), aku pon terima lah dengan hati terbuka.


Mula-mula tu macam pelik la jugak. Dalam mesej okey lagi.
Bila nak berbual dalam phone or depan2 rasa macam nak tampar diri sendiri.
Malu woi. Kekeke.

Bila gaduh aku automatik akan guna saya-awak.
Barulah nampak bergaduh kan. Takkan nak bergaduh guna baby-sayang.
Macam menyampah pulak. Tak rasa bahang pergaduhan tu.
So Akram emosi. Ayat dia "Tengok tu guna saya-awak. Suka la gaduh macam ni kan?"

Guna saya-awak pon boleh tambah gaduh????????
:P


So semenjak dari tu kitorang pon berbaby-sayang tak kire la dalam ape keadaan sekali pon.
Kat mesej, keluar sopink, dalam kereta, tengok wayang, mahupon bergaduh.
Ekekeke.


Now bila bergaduh "bby nak ape sebenarnya? ayg tak paham la. Ni salah tu salah"
Sila baca dengan nada orang bergaduh walaupon ayat memang macam nak muntah hijau.

"Kalau bby rasa bby suke sangat buat camtu sukatilah"

"yelah sume salah ayg. Memang ayg ni tak guna. Semua tak betol" kata Akram.

Kekekeke.

Bayangkan bergaduh dengan ayat macam tu.
Kau mampu bergaduh lama-lama?

Aku tak mampu.

Nak2 lepas tu kene pujuk. Wahhhhhhhhh terasa dunia ini aku yang punya.
Ngagagaga.


Walaupon kekadang masa tengah gaduh tu nak je keluar perkataan aku-kau.
Tapi tahan.
Kekadang nak jugak termencarut.
Tapi tahan.

Sebab ada perkataan manis tu. :)




With Love : Syazwana Jamal :)


6 comments

March 17, 2014 at 3:22 PM

pengalaman mematangkan kita

March 17, 2014 at 4:35 PM

hahahaaa...aku yg baca ni pn gelak sorang2..xtau ape yg lawak tp aku rasa korang sweet...hihiiii...

March 17, 2014 at 5:01 PM

Ahak2! Gaduh2 manjew gitew.. ;p

March 17, 2014 at 5:31 PM

haah ah k. wana , gelak sensorunk. ayt comel je. sweet smoga kekal akhir hayat =)

March 19, 2014 at 3:23 PM

Kteorg lepas kawin masih awak sy. Macam segan je nak tukar panggilan :p

January 7, 2015 at 5:23 AM

hahahah ok memang gelak sorang2 bace entry ni....1st time ni bace blog u...sebab terjumpe entry pasal bridal tu.... :)

oppss...salam perkenalan!!

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal