Tuesday, March 11, 2014

Misteri MH370. Doa Doa Doa !





Sampai sekarang hati aku tak tenteram lagi mengenangkan ape yang terjadi pada pesawat MH370 ni.
Tak pernah2 stay for hours semata2 untuk tunggu berita.
Rasanya dah berapa tahun aku tak tengok berita. Baca paper apetah lagi.
Dok baca apdet kalau orang share kat fb. Kalau orang tak share memang haram aku nak tau berita terkini.
Tapi this news memang betol2 buat semua orang terperanjat.



Pagi sabtu tu aku tengah breakfast dengan Akram masa aku baca news ni kat fb.
Biasa lah ada orang2 share.
Aku tak terus share sebab takot orang buat2 cerita je. Biasalah fb kan.
Tapi pikir2 balik aljazeera ni laman web yang agak boleh dipercayai jugak.
Tak lama lepas tu Akram cakap dengan aku dia dapat internal email from MAS bagi tau benda yang sama.
So memang kompem news ni sahih. Terus aku share.
Akram pulak terus lah contact kawan2 dia yang kerja.
Kebetulan housemate Akram salah sorang Engineer yang handle kapal ni masa buat servis kat KLIA bulan lepas.


Lepas breakfast terus bukak tv sebab nak update berita terkini.
Akram time tu dah sedih.
Yelah benda berkaitan dengan kerja die kan.
Tak banyak pon sikit mesti terasa jugak.
Dah la Akram cakap masa servis kapal tu dia ada tolong sikit.
Sebab masa tu dia dipinjamkan untuk tolong servis kapal tu sekejap.


Akram cakap kapal tu okey. Takde ape yang masalah sangat.
Lagipon bila hantar servis kapal tak boleh release macam tu je.
Lepas servis kene buat flying test dulu.
Masa buat flying test, dorang akan tutup enjin and bagi kapal terbang sendiri tanpa enjin.
Lepas tu hidupkan balik.
Bila okey semua barulah kapal boleh release. Sebab tu dorang konfiden kapal okey.

Tapi yelah kan kuasa manusia tak boleh menandingi kuasa Yang Maha Esa.
Sejauh mana pon kehebatan manusia mencipta, hebat lagi sang pencipta manusia.


Petang tu kitorang pergi kenduri kawen kat Felda Tunggal.
Masa on the way pergi sana Akram ada tunjuk satu video rakaman kotak hitam detik2 terakhir before terhempas.
Kalau korang nak tengok cuba search "Adam air crash"
Menggigil kaki aku bila dengar video tu. Lagi2 ayat2 terakhir pilot dengan co-pilot before crash "AllahuAkbar...AllahuAkbar...Allah..Allah...Allah...Allah..."


Nak menangis aku time tu.
Macam mana la perasaan dorang dalam kapal tu.
Dan bayangkan kalau lah kite yang ada dalam kapal terbang tu.
:(



Aku tak banyak experience naik flight.
Dua kali je la kot.
KL-Cambodia. Cambodia-KL.
Before naik tu menangis2 dekat Akram sebab nervous. First time katekan nak naik flight.
Akram cakap masa take off dengan landing je bergegar sikit. Masa dah cruising atas awan dah okey.
Tapi alhamdulillah time tu smooth je aku naik. Memang tak rasa gegar langsung.
Alih2 dah kat atas awan. Alih2 lagi dah turun.
So aku memang takde bad experience lagi naik flight.


Macam Akram, die sekarang selalu naik flight je kalau kene balik Johor weekend.
Sebab harga tiket flight die pergi balik lagi murah dari naik bas.
So Akram cakap die selalu lah jugak rasa gegaran tu.


Sabtu malam tu memang kalau boleh nak duduk je depan TV sebab nak ikot perkembangn terkini.
Nak makan pon fikir tiga empat kali.
Henpon jangan cakap 24 jam kat tangan.
Entah bape kali dok carik charger sebab nak cas henpon.
Kejap2 bukak fb. Kejap2 bukak web2 yang boleh bagi info.


Hari Ahad aku hantar Akram pergi Senai Airport.




Kitorang sampai awal. Kaunter check in tak bukak lagi.
So kitorang melepak kat kaunter beli tiket.
Akram macam biasalah dengan semua orang dia masuk.

Abang jaga kaunter tu dah 20 tahun keje dengan MAS.
Sampai menangis dia bercerita pasal MH370 ni.
Aku yang dengar pon sebak.
Dia cakap die boleh carik kerja lain tapi dia sayangkan MAS.
MAS ni kira macam bawak nama Malaysia. Berkhidmat untuk Malaysia.
Cuma kadang2 orang2 atasan yang buat busuk nama MAS ni yang bangang.


Seriously rasa sebak gila masa Akram masuk balai pelepasan tu. Walaupon JB-KL just 45 minit je. Tapi dalam 45 minit semua benda boleh berlaku. Lagi2 dengan keadaan sekarang.



Bila baca ni meleleh-leleh air mata aku. Sedih gila woi. Sampai hari isnin tu takde mood nak masuk keje. Lamabt gila aku pergi keje. Naseb baik bos tak masuk. Dah la tetibe senggugut. Jawabnya pukul 2 petang aku dah balik rumah. Dan menyambung mood sedih.



Apa-apa pon sama-sama lah kite berdoa untuk keselamatan MH370.
Sekarang ni cuma Allah je yang tahu ape yang terjadi pada pesawat tu.
Kat mana dorang. Ape keadaan dorang.
Sama-sama kite merayu pada DIA, mudah-mudahan DIA bagi petunjuk di mana dorang berada.


Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu.

Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
Andai terguris tunjukkanlah dimana,
Andai ada tunjukkanlah rupa,
Tidak nanti kami tertanya.

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kepadamu kami berserah.

Ameen.



With Love : Syazwana Jamal :)


3 comments

March 11, 2014 at 2:19 PM

AMIN

March 11, 2014 at 4:03 PM

Memang betul2 terkesan di hati kes MH370 ni.. Walaupun takde sedara mara or kenalan yang berada di dalam pesawat tu tapi tetap rasa sebak fikirkan bagaimanalah nasib & keadaan diorang.. T_T

March 12, 2014 at 9:28 AM

jemputan rumah hana michi ke? sori kalau silap..

insyaallah doa2 kami dapat mengiringi mereka.. & memberi petunjuk dimana mereka..

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal