Pages

Sunday, May 15, 2011

Live from Utagha. hehe

pukul 7.41am aku selamat sampai Arau.
tepat okey dekat tiket arrived pukul 7.41am sampai Arau pon 7.41am.
sejak-sejak dekat KL ni makin menjadi-jadi je kes simbah2 asid ni kan baik aku lari ke Perlis kejap.
paling tak dekat Perlis ni orang simbah aku dengan lumpur je.
haha !





iklan : sila hubungi polis kalau jumpa suspek lelaki yang simbah2 asid ni.




rumah kakak aku dekat Kuala Perlis. tak hingat pulak bila last aku pergi Perlis ni. tapi memang lama jugak lah aku tak datang. and selalu aku datang naik bas tapii kali ni teringin nak merasa naik train. jadinya 10jam lebih la bontot aku mengeras dalam train tuh.



Train ni sesuai untuk orang-orang yang :

  • suka berjalan-jalan dalam erti kata lain tak reti duduk diam dalam perjalanan.
  • asyik2 nak ke toilet. setiap 5 minit muka dia dalam toilet.
  • tak suke tido malam ade je bende nak di baca.
  • setiap 5 minit nak mengunyah.



masa aku beli tiket class ekonomi dah abes so aku amik second class tapi aku tak tahu ape beza dia. aku rasa aku ni jenis yang sesuai naik bas kot. sebab aku naik train pon aku duduk je. sekali je kot aku pergi toilet. lepas tuh takdenya aku jalan-jalan pergi usha coach orang lain ke hape ke.



bila naik train ni dia takkan tutup lampu so bagi orang2 yang suka membaca memang sesuai lah naik train ni. orang macam aku yang lebih suka mengorok (tido) memang patot naik bus sebab bas kompom tutup lampu. plus seat bus lebih selesa dari train.




lagi satu naik train best sebab ada cafe so kalau bosan2 boleh lepak dekat cafe dia. takpon nanti adalah staff cafe tuh round dekat coach kau jual air ke burger ke roti ke. tapi aku tak beli sebab En. M.a.s kata mahal so malas lah.kalau ko ade geng best la kot lepak2 dekat cafe tapi kalau sensorang bapak bohsan baik ko tido lagi bagus.



yang bestnya ko tak payah susah2 bangun tido tanya2 orang dah sampai mana bagai sebab nanti ada staff KTM akan kejut ko if destinasi ko dah sampai.kalau naik bus harap driver bus je lah dok jerit2 kalau ko tido mati alamat sampai ke thailand la ko.haha !








dua minggu aku dekat Perlis.
takot pulak nak balik KL.







ok bai.