entry agak panjang.
kalau ikhlas bacalah sampai abes. cewahhh.
ini adalah cerita tahun lepas. ecewah poyo gila nak cakap tahun lepas padahal baru 6 hari masuk 2012. boleh je cakap cerita 2 minggu lepas ke kan. eh yang beria sangat nak explain ni dah kenapa =_____=
okey ini cerita masa aku nak balik untuk cuti seminggu daripada cuti Krismas sampai lah cuti tahun baru.
hari Jumaat, 23/12/11 hari last day aku kerja untuk tahun tuh semua officemate aku wish "Selamat bercuti. Jumpa lagi tahun depan". macamkan aku ni bercuti 6 bulan gamaknya.
so disebabkan parents aku nak bawak adik bongsu aku jalan2 Melaka sebab dapat 5A UPSR so aku pon turun Melaka tak turun Kota Tinggi.
baru dapat UPSR 5A dah bawak jalan jauh2. nanti SPM dapat 10A entah2 mak aku bagi kereta satu.
ini yang mendatangkan kejelesan.
hari tuh nak naik sekolah asrama dia punya preparation fuhhh mantop.
mentang anak bongsu.
aku dengan kakak aku dengan ayat pasrah "dulu time kite takde pon kan. baju semua lama. duit pon sikit je. tak macam Anis. tsk tsk"
dan ayat mak aku "alah anak bongsu. takpelah lebih sikit"
Ini memang tidak Adil. hahahahahaha !
okey cukop gelak.
yang nak cerita bukan tuh.
nak cerita pasal perjalanan aku balik Melaka.
dah la time tuh aku bergaduh dengan Akram. memang suwey betul.
plan nak bangun awal pagi Sabtu tuh. so kunci jam pukul 6.30am.
tetiba henpon aku tak bunyik sebab tahap kebangangan dia yang amat tinggi. pukul 7.30am baru aku sedar.
siap2 semua pukul 9 kot baru keluar rumah pergi TBS.
sampai sana carik tiket bas.
sebab dah biasa naik Transnasional beli lah tiket dia.
dapat tiket pukul 11.30am. lambat lagi so lepak2 dulu.
agak2 dah pukul 11 aku turun bawah tempat tunggu bas.
time tuh ada satu budak kecik area umur 7 ke 8 tahun camtuh tengah nangis dekat mak dia sebab kakak dia tak bagi main henpon.
sangat memekak okey dah la betul2 sebelah aku.
mak dia pulak boleh selamba biarkan.
kalau aku yang jadi budak tuh memang dah lama kene cepuk dengan mak aku.
jangan main2.
mungkin sebab terleka tengok gelagat budak tuh yang menjengkelkan tengok2 jam dah pukul 11.35am.
ah sudah apesal bas aku tak sampai2.
tanya pakcik jaga bas dia cakap bas dah jalan.
aku cakap takde buat annoucement pon.
ade sorang brader tuh cakap dah buat dua kali dah. lepas tuh cakap aku yang tak dengar. sialan.
padahal annoucement pon ade macam takde. cakap tak jelas. entah pape je.
aku memang malas nak bergaduh so dengan muka bengang terus naik atas cari tiket lain.
nama nak naik Transnasional lagi memang tak lah !
aku beli bas Melur kot kalau tak silap.
naseb baik balik Melaka seploh hinggit je.
kalau tiga ploh hinggit terus cancel aku cuti.
kalau korang nak tahu Transnasional ade kaunter tiket sendiri. motif aku tataw.
tapi tiket dia yang biasa takde print nama korang.
kaunter sdn. bhd. Transnasional.
kalau korang tak naik bas lagi depa akan buat annoucement panggil nama korang beberapa kali.
bas2 lain banyak yang guna kaunter depan.
senang. tak payah beratur ikot jenis bas. nanti sampai depan kau boleh pilih bas ape yang kau nak naik.
contoh tiket yang print nama korang. aku pinjam google.
actually aku dah lama jugak berapi dengan Transnasional ni.
dah banyak jugak service dia yang macam bangang.
takpe itu nanti punya hal.
dah beli tiket baru, naik bas pukul 12.15. lega sikit.
tetibaaaaaaaa keluar je tol subgai besi hambikkkkkkkk kau.
JAM GILAAAAAAAAAAAAA !
bayangkan je lah nak ke Nilai pon dah dekat sejam lebih.
padahal bape minit je pon.
and the best part was aku duduk dalam bas hanya nak pergi Melaka selama 5 JAM !
padahal pergi Melaka baru 2 JAM !
sumpah lepas ni takkan aku balik sehari before perayaan.
serik.
tapi kalau Akram yang hantar 10 jam pon sanggup.
kahhh kahhh dasar gatal.
okbai.