Pages

Saturday, February 4, 2012

Beberapa perkara tentang Cambodia

                             
Aku baru je habes transfer gambar kat laptop.
before aku up entry pasal Cambodia meh aku share beberapa perkara pasal negara tuh.
sebabnya negara tuh macam kureng femes sikit kan.
lain lah kalau sebut Korea.
memang tak payah cerita pon semua orang tau.
lebih2 lagi hantu K-pop. eh.

okey 10 perkara tentang Cambodia.


1. Ada satu kain rentang besar dekat Phnom Penh tulis "Phnom Penh, the Charming City"
Charming ke? aku pon tataw mana yang dorang refer as Charming.


2. Cambodia prefer guna US Dollar berbanding matawang dorang sendiri (Riel). Even money changer dekat Malaysia pon takde duit Cambodia. So kalau nak ke Cambodia tukar duit ke US Dollar.

1 USD = 4000 riel. Tapi urusniaga dekat sana memang guna USD pon. boleh jugak kalau nak guna riel. tapi nanti korang sendiri yang pening sebab duit semua besar2. Akram cakap dorang takut guna duit dorang sebab takut matawang dorang jatuh. Bayangkan kalau dorang ada satu juta dalam akaun bank tapi tetiba matawang dorang tak boleh guna tak ke rugi. muflis sekelip mata.


3. Jangan tak tahu yang kat Cambodia pon jam. haha ! Tapi bukan jam sebab kenderaan banyak. Tapi adalah sebab jalan dorang kecik2.

Mana ada highway2 ni. Tapi rakyat Cambodia ni bawak kenderaan semua slow2. so kau takde lah takut kau akan dilanggar tengah jalan. Bukan macam Malaysia. Baru pakai Kancil dah macam pakai Evo. ptfffff.

4. Taraf hidup Rakyat Cambodia sangat tinggi dan kebanyakan orang Cambodia miskin. Sebabnya kebanyakan barang2 adalah diimport. Satu masalah dorang ni dorang tak kreatif. Even sawah padi still guna kerbau. Lepas tuh barang makanan like buah-buahan pon nak import. Sebab tuh mahal. Bayangkan lah kalau limau biasa pon sekilo dah dekat seploh hinggit memang tak lah kite nak beli kan.

Minyak petrol dorang pon mahal. 1 liter = 1.5 USD. Dekat RM5. Kalau kat Malaysia kompem semua orang dah mengamuk. So tak payah lah nak rusuhan sangat. Kerajaan dah banyak tolong rakyat dengan subsidi. Ce kalau korang duduk Cambodia sana tengok boleh hidup ke tak kan.

Lepas tuh gula, garam semua memang mahal lah. Daging ayam daging lembu jangan cakap. Memang semua import. Dorang takde ladang2 ni semua. Bak kata orang sana sendiri, rakyat Cambodia tak kreatif. ke Malas ? hihihihihi.

5. Jenama kereta paling femes dekat Cambodia adalah Toyota. Aku pon tak sure if toyota murah dekat sana. Tapi mana2 kau nampak kereta esti Toyota Camry. Termasuk lah teksi.

Tapi beberapa kereta je lah dekat sana. Ate dorang miskin. So kebanyakan rakyat guna motor and basikal sahaja.

Ada sorang rakyat sana cakap dorang ada kereta local sendiri jugak tapi orang Cambodia sendiri tak sudi nak pakai. kahh kahh ! Demand lah pulak kan.

6. Kalau korang pergi sana kene hati2 sikit sebab peminta sedekah dia sangat extreme. Kalau kat Malaysia dorang duduk je tunggu duit kan. Tapi kat sana takde ye. Dorang berjalan-jalan menghampiri pelancong sambil menghulurkan bekas kosong. Selagi kau tak bagi duit selagi tuh dorang merayu-rayu. Scary huh?

7. Sutera Cambodia lain sikit. Kalau sutera kite lembut and licin kan. Sutera dorang macam kain cotton. Dorang punya sumber kebanyakan nya kain sutera lah. Disebabkan semua orang nak jual sutera so boleh lah dapat murah kan. hehehe.

8. Kalau korang pandai tawar-menawar memang untung beli barang kat sana. Sebabnya pesen peniaga kat Cambodia, once korang dah masuk kedai dorang, dorang akan berusaha jual barang sampai korang beli. Tak kisah la dorang untung just 1 dollar je pon.

Contoh korang masuk satu kedai ni. Harga beg dia 20dollar. Mahal kan. So korang taknak beli. Nanti peniaga tuh akan tanya berapa korang boleh bayar. So apa lagi korang akan bagi lah harga paling rendah. And then bermula lah proses naik turun harga. Dan kalau korang terror korang boleh buat peniaga tuh untung 1 dollar je. keh keh keh.

9. Beza waktu Cambodia dengan Malaysia sejam je. Tapi sama macam Malaysia. Kalau kat Malaysia pukul 7am matahari naik, kat Cambodia pukul 6am matahari naik. So sama je lah just waktu dia je lewat 1 jam.

10. Kalau kat Phnom Penh memang susah nak dapat makanan halal. So nak taknak hari2 kau kene hadap roti roti roti. Tak pon buah and sayur je lah. Kalau kat Phnom Penh tak ramai Muslim. Masjid pon takde. Tapi masa aku pergi Siem Reap ada perkampungan Muslim dekat sana. So dapat lah merasa Nasi Ayam. Balik Phnom Penh continue makan roti =____=


okey cukop sepuluh.
itu je pon yang aku dapat fikir sekarang.

entry penuh nanti2 lah.
ngantuk pulak :P

Cambodia Part 1
Cambodia Part 2
Cambodia Part 3
Cambodia Part 4