Pages

Monday, February 13, 2012

Ikan Bakar Parameswara Umbai.

                    
bagi korang telan air liur dulu. muahahahahahaha.

Sabtu dua minggu lepas aku pergi makan2 dekat Melaka dengan Akram.
actually dah plan lama dah tapi biasa la kitorang ni kalau plan memang memanjang je tak jadi.
agaknya kalau ada anugerah planner terhebat sepanjang tahun memang semua aku gondol kot.
plan nak pergi Cameron Highland tak pergi2. pastuh plan pergi Teluk Cempedak pulak. tak pergi lagi dah plan nak ke Cherating pulak. and the list goes on.



aku ni memang sangat suka seafood.
walaupon tahap resdung aku agak teruk tapi buat tataw je lah.
kalau pantang sangat kan abes lah nikmat makan aku.
takkan nak tengok orang lain makan je. haruslah aku makan jugak.
aku bab2 makanan ni kau bagi je lah ape pon.
insya-Allah aku tak tolak.
melainkan benda2 mentah and kurang masak.
agaknya keturunan JAWA ni memang kuat makan kot. hahahahahaha !



so Sabtu tuh aku ajak jugak Akram pergi even dia kerja.
dalam pukul 5 lebih kot kitorang gerak.
before tuh google map dulu kot2 sesat kang Umbai ke mana seafood kemana.


memula bincang nak pergi makan dulu or nak jalan2 dulu.
sebab sampai Melaka dalam pukul 8 lebih kot.
ingat nak makan dalam pukul 9 lebih camtuh.
last2 Akram cakap pergi makan dulu.


masa nak cari parking first time masuk budak jaga tol cakap dah penuh parking.
so kitorang patah balik fikir2 nak parking kat mana.
seploh minit macam tuh masuk balik.
bayar parking singgit try je lah naseb.
memang lucky jugak lah sebab dan2 time tuh ada orang nak keluar.
sukorrrrrrrrrrrrr. kalau tak mahu panjang muncung aku sebab tak dapat makan sana.


nasib baik kau kitorang pergi makan dulu.
ramainya orang MasyaAllah dah macam ada majlis kawen dah.
siap ada yang reserve meja lagi.
memang full house !
tapi agak naseb baik jugak lah sebab ada orang yang dah nak habes makan.
so kitorang cop meja dia.
hambek kau sampai meja pon kene cop2.


eh eh tapi kat Umbai ni banyak kedai sebenarnya.
tapi kedai yang paling femes kedai paling belakang.
kedai Parameswara.
kedai tuh paling besar, paling laku dan paling ramai.
kalau kau jalan area Umbai tuh kedai lain semua "mai masuk dik. makan sini dik"
tapi parameswara takde eh.
kau masuk sendiri, pilih meja sendiri, pilih seafood sendiri.
punya lah ramai orang.



dah dapat meja, letak nombor meja mintak kat kaunter. kira cop meja tuh la.
lepas tuh baru lah boleh pergi pilih seafood.
selagi kau tak dapat meja jangan ngada-ngada nak pilih seafood.
kang makan nasi atas lantai jawapnya.


cukop besar tak nombor meja?



memula masa nak pilih ikan ada ikan ape je entah.
besar-besar gila.
lepas tuh ikan pari takde.
aku kalau makan ikan bakar memang kompem pilih ikan pari.
ikan lain boleh la jugak telan tapi ikan pari tatappp nombor 1.
sekali ikan pari habessssssssssssssssssssssssssssss.
mau nak menangis aku kat situ.
brader tuh cakap pekerja dorang tengah pergi beli.



si Akram asyik dok tanya2 camne2.
aku ni perangai sikit.
kalau tengah pressure tuh tak boleh orang tanya2 camne camne.
kang memang naik hantu lah aku.
bagi aku berfikir sejenak.
aku cakap aku nak jugak ikan pari.
datang jauh2 nak makan ikan tiga rasa baik tak payah.
kat KL pon melambak.
so menunggu ikan pari lah kite.



last2 Akram cakap dia beratur je lah dulu.
pilih seafood lain dulu.
nanti kalau pari sampai order lain lah. aku okey2 kan aje.
naseb baik tak lambat sangat.
sedang2 je masa Akram beratur nak pilih ikan untuk second time pari pon sampai.

so kitorang amik kupang masak halia, ikan pari bakar sambal, ketam masak pedas dengan sotong goreng tepung.




kitorang mintak air gelas besar.
sekali sampai penumbuk aku lagi besar.
adik tuh cakap "ni lah gelas paling besar kak. kalau tak cukop order lah lagi"
amboi dik kau perli2 akak ye.





memula sotong goreng tepung sampai.
ni sekor je ye.
besar kan.
yang penting nampak lah rupa sotong celup tepung.
kalau kat kl sori ye nak dapat camni.
order sotong goreng tepung dapat lah jemput2 sotong.
tepung lagi banyak dari sotong.





kupang ni dia tak kira ikot gram.
dia memang dah siap2 kan by pinggan.
so Akram order masak halia.
ish tak berkenan tekak aku.
aku lagi prefer kupang masak pedas.
tapi sebab ketam dah masak pedas so kupang kene mengalah.




ketam tiga ekor. tak sampai sekilo pon.
sedappp !
tapi aku ni bukan tak suka makan ketam.
makan memang suka tapi part nak korek2 isi ketam tuh memang aku tak suka.
tak pandai nak isap2 kulit ketam ke ape ke.
aku korek2 sikit isi dia pastuh pas kat pinggan Akram.
orang tue tuh kalau makan memang licin sampai kalau boleh dengan kulit2 sekali dia nak telan.



dan yang ditunggu-tunggu.
ikan pari bakar sambal.
tapi agak kuciwa aku malam tuh.
ikan pari tuh pahit.
sambal pulak tak berapa kaw.
sedap lagi Ikan pari bakar sambal bapak aku.


bayangkan ikan pari tuh dia bakar direct atas api.
so part yang hangus2 tuh memang pahit gila.
kot ye pon alas lah dengan daun pisang ke ape ke kan.
sedihhh.
tapi sedih2 pon licin jugak.
kahhhh kahhhhh !



semua sekali RM67.
boleh tahan murah la aku rasa.
dalam pukul 9 lebih start ramai orang.
naseb baik datang awal.
ramai yang sampai beratur nak pilih seafood tuh dalam 20 orang.
masa aku pilik adalah dalam 5 orang.



masa makan aku tataw lah boss dia ke sape ke jalan2 tanya sedap ke tak okey ke tak.
agak kalau cakap tak okey dapat free tak?
wakakakaka.



lepas makan jalan2 dekat dataran pahlawan, pergi ala2 downtown melaka.
lepas tuh ada orang buat autoshow kereta punya bunyi2 tuh ape tah aku pon tak paham.
penat jalan2 balik lah ke KL membawa perut yang penuh.
dah la ngantuk.
pastuh sikit2 Akram cuit aku yang tengah mamai.
bila aku terkejut dia pergi gelak2.
macam nak tampar je.


okbai.