Malam tadi pergi tengok John Carter kat Alamanda.
kalau tanya bila last time aku tengok wayang aku sendiri pon dah tak ingat.
nampak tak bape kurun lama tak pergi tengok wayang.
sebab aku dengan Akram bukan kaki wayang sangat.
kitorang sampai Alamanda pukul 6.30PM kot.
then pergi usha2 tiket wayang time tuh dah pukul 7PM.
cerita pukul 7 dah start.
so amik yang pukul 9PM.
sementara tunggu pukul 9 marilah kite melantak dulu gemukkan badan yang slim ni. eh?
destinasi pilihan KENNY ROGERS ROASTER.
motif nak huruf besar bagai?
sajeeeeeeeeeeeeeee. hahahahaha !
dan menu pilihan setiap kali datang pon sama.
Kenny's Quarter Meal.
sila telan air liur.
wakakakaka !
Aku pilih triple passion.
combination of guava, passion fruit dengan mango.
sedap !
Akram feeling2 poyo pilih air Ais vanilla caffe latte.
makan nasi, ayam amik air caffe latte.
macam nak sepak je.
padan muka tak berapa sedap. hahaha !
aku cakap dekat Akram "Less fat.. Less calories.. Less Salt"
Akram jawab "Less Gemok"
Konghajo betul.
macam lah dia kurus sangat.
pukul 9 ke wayang lah kite.
dapat hall kecik.
walaupon duduk 3 dari belakang tetap rasa sakit mata sebab screen dia macam besau gila.
oh jangan tanya aku pasal cerita ni.
sebab aku tak paham.
Akram yang beria nak tengok cerita ni sebab kawan dia cakap best.
aku takde lah cakap tak best cuma cerita ni macam laju sangat.
lepas tuh cerita action lawan2.
lepas tuh kejap2 kat Bumi kejap2 kat Marikh.
oh sangat tak paham.
spesies ni macam geli2 sikit aku tengok.
dah macam avatar pon ade.
paling geli time anak2 dorang baru menetas dari telur.
euwwwwwwwwwwwwww sangat.
hahaha !
ni salah satu binatang dalam cerita tu.
nama dia Woola.
dia kira macam ala2 anjing la dan sangat gemuk.
setiap kali binatang ni keluar Akram pegang kepala aku sambil cakap "Woola. Gemuk gemuk"
macam nak terajang je. naseb baik dalam wayang.
lama jugak lah cerita ni dekat 2 jam.
keluar2 wayang aku tanya Akram "so kesimpulannya, berapa umur John Carter?"
so kalau korang dah tengok cerita ni meh bagi tau aku jawapannya.
sebab aku konpius.
kawan si John ni sampai dah mati tinggal rangka tapi si John ni sihat walafiat lagi.
mungkin 1 tahun kat Marikh = 1 hari kat bumi kot.
eh ke 1 hari kat Marikh = 1 tahun kat Bumi.
okey dah pening.
okbai.