Pages
▼
Friday, April 6, 2012
Daughter and Mother
sape ade ibu tapi tak jadikan ibu dia as bestfriend mesti sangat rugi kan.
sebab orang cakap ibu lah bestfriend yang paling best dalam dunia ni.
alah tapi bukan orang lain pon yang rugi.
aku lah tu orangnya. hahaha !
sebabnya aku ni bukan rapat sangat dengan Pn. Ibu.
dulu masa aku kecit2 Pn. Ibu sangat garang okey.
salah sikit bersedialah telinga untuk dipiat.
kacau adik sikit sampai nangis bersedialah kau untuk dihambat.
dan masa aku kecit2 selalu rasa macam anak angkat sebab asyik kene marah je dengan Pn. Ibu.
tu yang sikit2 nak lari dari rumah.
ikot perangai sape entah. haha !
dan semua masalah dan rahsia aku haruslah tak pernah cerita dengan Pn. Ibu.
selalunya aku cerita dengan kakak aku je.
sebab kakak aku ni kakak paling baik dalam dunia.
tak pernah buli adik2 dia.
aku je yang suka buli adik2 aku. hewhewhew.
p/s : Akak (pembaca setia blog), bulan 6 ni okey. Nak kek, ketam cili api, piza home made dll :P
so hari tuh masa aku balik rumah cuti kejap tak sangka aku bercerita dengan Pn. Ibu pasal cinta2.
wakakakaka malu gila beb.
waklu lah kan dengan Ibu sendiri pon nak malu.
well aku ni perahsia orangnya.
bila Pn. Ibu dah masuk bab2 kawen aku pon tersipu-sipu.
dah macam ada orang nak masuk meminang je gayanya.
aku sendiri pon konpius.
Pn. Ibu tanya pasal aku dengan Akram.
well what can I say more.
aku just cakap "Biasalah bu kawan2. kalau ada jodoh ada lah. hehehe"
Pn. Ibu cakap "yelah kawan tu kawan jugak. tapi kene lah tengok serasi ke tak. nanti kawan lama2 tapi tak serasi pulak"
Aku : dah tiga tahun bu. Insya Allah serasi kot. hihihi
Dan nasihat2 Pn. Ibu yang aku terima :
Tak payah la cari lelaki kaya sangat. Cukup die rajin kerja dah okey. Lelaki ni kadang2 lepas kahwen mula lah die nak malas menyusahkan bini.
Nanti kau nak pakai kereta jangan pakai kereta besar2. Ibu tak suka. Ada duit lebih beli rumah bayar sama2 dengan suami takpe.
Suruh la Akram beli rumah kat Johor. Boleh selalu balik rumah Ibu. Hehehehe.
Yang last tu memang tak boleh bla eh.
Kompem nak suruh aku balik tiap2 minggu kalau rumah dekat.
tapi takpe bila balik rumah tiap2 minggu makanya mesti ada makanan banyak kat rumah.
jadinya setiap hujung minggu tak perlulah berfikir untuk masak ape.
dan jadinya hidup pon akan lebih bahagia kerana tiap2 minggu dapat mengangkang depan tb sambil tunggu Pn. Ibu jerit dari dapur "Makan makan. Ibu dah siap masak"
hahahahahaha !
keji gila perangai.
okbai.