Pages

Thursday, June 28, 2012

Cuti-cuti Utara - Air Terjun Gua Kelam

                                       

Bercinta betul nak tulis entry ni. huhuhu.

Hari Isnin tuh kitorang plan nak pergi mandi-manda kat air terjun gua kelam.
memula aku ajak Akram pergi Langkawi sebab nak sopink cekelat.
aku kan hantu cekelat.
tapi Akram taknak.
dia cakap "pergi Langkawi semata-mata nak beli coklat? tak payah lah buat penat je"

tapi tetiba masa nak balik KL boleh cakap macam ni "best jugak kan kalau kite pergi Langkawi"
rasa macam nak bagi kaki je.
tapi kang dia tinggal aku tepi jalan pulak.
pasrah.

so masa hari Isnin tu dalam tengah hari jugak lah gerak pergi Gua Kelam.
aku first time pergi sana.
kitorang gerak dua kereta sebab bawak makanan banyak. wakakaka.

sampai2 je cari port dulu pastu ape lagi masing2 mengketedarah dulu lah.
lepas makan baru lah syiok nak mandi2.
lepas mandi kite makan lagi.
hehehe.

anak-anak buah aku semua hantu air. memang pantang pegi tempat macam ni. kemain asyik lagi.


walaupon aku tak suka mandi pagi tapi suke mandi air terjun. hahaha ! sejuk gila air dia. tapi lepas kau berendam dalam tu automatik air tu macam rasa normal je.


Aaisyah Humaira kat kiri tuh asyik nak berkepit je dengan Akram. *jeles*


sebabnya dia nak ...............














naik belakang Akram. cissss. jeles ni ! wkwkwkwkwk.


Faiq pulak lagi kelakar. dia dah tiga tahun tapi still pakai pampers lagi. tapi kalau mandi manda camni dia tak pakai la pampers. yang kelakar nya dia kan suka main air kan. tapi sampai satu masa tu tetiba dia beria nak naik darat. aku tak bagi lah. beria aku pegang dia. ingat dia nak pergi tempat jauh ke ape ke kan. takut lah jatuh.

sekali seboleh-boleh dia nak lepaskan tangan aku. last2 aku biar dia naik darat. rupanya dia nak kencing. dah la naik darat pastu berdiri tetiba tengok air mengalir je dari seluar. Faiq2. pandai betul dia tak kencing dalam air terjun eh. hihi


aku tak pandai berenang :(
bukan tak pandai langsung. boleh la sikit2. tapi aku tak boleh tahan napas lama2 dalam air sebab aku neves. aku ni ape je yang tak neves. drive neves. berenang neves. naik tempat tinggi neves. ape pon tak boleh lah. tapi Akram tatappp sayang. eh ?


lepas siap mandi2 tu kitorang salin2 baju sume then jalan-jalan naik kat atas gua kelam.
ada lagi satu jalan lain tapi dorang tutup sebab nak buat ape entah.
pastu kitorang ingatkan ade kereta api kecit yang akan bawak kitorang naik gua kelam tu.
rupanya nan hadoo. sebab rosak kot.
maka berjalan lah kami.


memulakan perjalanan. gelap gila !


sempat lagi nak posing. -__-


kalau bergambar tempat gelap mesti mata jadi macam mata hantu. huhukkkk.


disebabkan semua orang taknak amik gambar maka aku sorang je lah yang amik.
biarkan mereka. biarkan. biarkan.


ehem :P


aku amik gambar ni. pastu aku cakap dengan Akram "eh macam muke orang lah"
sekali kene marah dengan Akram. "Mulut tu jaga sikit eh kat tempat2 macam ni"
huk huk.


masa kitorang jalan ni takde orang pon kat dalam. kitorang2 je. masa memula nak jalan tu ade lah beberapa group yang baru nak balik. masa kitorang masuk dah agak petang so ramai yang dah balik kot.


ni gambar kat atas gua kelam. nampak tak ade gantung kayu2 macam kayu balak tu. aku pon tak pasti apesal dorang gantung2 kayu tuh.



walaupon gelap tapi dorang letak jugak lah lampu kaler2 sikit.
kang gelap sangat kang benda lain pulak jadi.
tettttttttt.


gambar yang gelap.
pengembara yang tidak bertauliah.


konon2 nak gambar lompat2. aku pon tak paham kenapa dalam gua pon nak melompat. hahaha !


rasanya kitorang tak abes kot jalan. dia macam ade lagi boleh pergi atas. tapi gelap sangat and macam bahaya kot.


 kesan air yang kene pada batu.


 ketapi yang tak jalan. sedih hoi. penat kaki berjalan naik gua kelam itu.


aku tak ingat bape minit kitorang masuk gua kelam tu.
tapi agak penat jugak.
masa jalan masuk rasa angin nyaman sejuk je.
tapi masa turun dah tak rasa angin sebab kita jalan satu arah dengan angin.
so rasa angin tu dah tak rasa. eh ape aku taip ni. paham ?
tak paham dah.




selamat tinggal gua kelam. entah bila boleh sampai sini lagi. huhukkk.


balik tuh tetiba aku rasa pening gila.
tapi tetiba lalu kat satu pasar malam ni ternampak pulak durian.
oh dem !
ingat nak singgah tapi macam malas.
tetiba sampai rumah terbayang-bayang je durian tu.
peh isi dia kuning woi memanggil-manggil.
tak boleh jadi.
sampai rumah aku dengan Akram cakap nak kuar balik pergi carik durian.
dah la kitorang ni dua2 hantu durian. hehehe.

kakak aku makan durian. tapi abang ipar aku tak makan.
mengade !
haha !

durian kampung. sekilo 11 hengget ke doblas hengget.
tak ingat pulak aku.
kitorang amik 2 biji. ingatkan dah pilih yang sedang2 je.
sekali timbang dekat 5 kilo.
hamik kau melayang dekat lima puloh hengget.
mengidam punye pasal biarkan saje.

ade lagi satu jenis tu durian siam.
murah sikit tapi Akram tengok pastu cakap durian ni dorang gugurkan sendiri pastu peram ke ape entah.
sebab kat tangkai dia ade macam kesan di potong bukan naturally gugur sendiri.
aku dengar je sambil angguk2 kepala. aku mane lah tau.
hahahaha !

tapi memang berbaloi-baloi beli durian lima puloh hengget tu sebab isi dia berlapis-lapis.
patot lah berat.
kakak aku makan sikit pastu yang lain aku dengan Akram habeskan.
oh heaven gila !!

lepas tuh kitorang makan char kuew tiow je kat rumah tapau sebab masing2 pon penat.
sedap gila char kuew tiow tuh.
eh aku ni semua pon sedap.
patot badan pon sedap je naik *sambil jeling kat orang kurus*

siap semua makan panadol soluble terus tido.

aku ingat Akram tido sekali.
rupanya malam tu die dengan abang ipar aku melantak burger tengah2 malam.
dasar.............................



okbai.