Pages

Monday, December 24, 2012

Dah kene saman dengan AES.



Akram dah dapat surat AES dah. Kekeke



Sebenarnya dah lama dah Akram send gambar ni kat aku.
Hari tu je baru Akram tunjuk surat yang betul2 punya dengan ayat "Nah tengok. Bayar sekali"

"Eh apesal pulak?" kata aku tak puas hati

"Eleh cube tengok tarikh tu. Buat2 tak tau pulak"

"Memang tak tau lah"

"Tak ingat ke die merajuk time tu. Orang balik keje terus datang rumah die. Dah la die taknak jumpe"

"Eh yeke? Mane ade"

"Eleh. Buat2 tak ingat."

"Hihi" *duckface*


Tapi aku pelik la.
Memula kan dorang cakap nak tangguhkan dulu kan pasal AES ni.
Tapi yang dah kene saman tu still kene bayar jugak. Kan??


Cakap pasal AES ni aku memang dah hafal la AES yang ada kat hiway plus area before exit kajang menghala ke kl.
Kat situ sape2 yang dah biasa lalu tu memang dah hafal la.
Ko siap boleh tengok before exit Kajang tu semua nakpecut.
Tetibe before sampai area tu semua bawak 80 je.
kekeke



Pastu lepas je kamera, berlumba-lumba semua nak masuk lane kanan.
Termasuklah aku.
Kihkih.




Kalau yang tak tau tu memang kesian la.
Macam ade sekali tu Akram tengah drive lane kanan.
Sekali nak sampai area2 Kajang tu die slow la.
Tetibe ada satu kereta ni dok hibeam2 die kat belakang.
Akram geram dia wat lek sampai agak2 nak sampai area AES dia masuk lane tengah kereta belakang pecut dan sepantas kilat kamera AES memancarkan cahaya nya. Cekap dan pantas.
Kekeke



Tapi yang tak boleh bla tu ada kereta yang tak boleh bla bawak slow gila kat area tu.
Fine nak elak AES.
Tapi agak2 la weh.
Speed limit 90km/h.
Dia boleh wat rilek bawak 50km/h dan duduk lane tengah dengan bahagianya.
Wat tenang bawak 80 sudah.
Adoi la.



Tapi 300 tu kalau bawak sopink kat Sungei Wang dah heaven gile okkkkkk.


Haihh.


Okbai.