Pages

Wednesday, December 26, 2012

Jalan-jalan cari makan : TGIF Alamanda.



Weekend lepas Akram belanja makan TGIF.
Actually dah lama Akram ajak pergi makan sana. Tapi aku je yang asyik nanti lah bulan depan lah.
Padehal orang nak belanja kan. Makan je lah.
Banyak hal pulak aku ni.
Akram pulak jenis yang ikut aku.
Dia kan semua benda pon tak kisah.


Sebenarnya takde lah dia saje2 nak buang duit belanja aku makan kat sana pon.
Sebab nya masa besday aku bulan 8 dulu tak celebrate pon.
sobssssssssssss.
So dia dah janji nak bawak makan sana.
Lama gila kan. Besday bulan 8 bulan 12 baru nak celebrate.
Takpe. Kitorang kan sempoi. Belasah je camne pon.


TGIF Alamanda.


Memula plan nak makan kat TGIF Mid Valley hari Sabtu.
Even Akram kerja sabtu pon tapi selalu pukul 2 pm camtu dah balik.
Siap plan lagi nak naik komuter sebab dah lama gile tak naik komuter.
Tapi tetiba Sabtu tu Akram kene pakse keje balik lambat.
Pukul 730 malam baru balik.
Ape lagi amukan lah aku.
Akram macam biasa lah keluar hujah2 dia "Tak pernah ke bagi tau keje ni macam mana. Kene stand by 24 jam sehari 7 hari seminggu 30 hari sebulan 365 hari setahun"
Amboi mengalahkan polis siot. Yelah fineeeeeeeee.


Siap lagi cakap kalau suka2 tanak pergi kerja boleh kene tindakan ISA sebab macam boikot pengangkutan udara.
FINE ! FINE !
Tapi merajuk tetap merajuk. Hehe.
So kitorang pon keluar lah Ahad.
Tak jadi pergi Mid Valley, pergi Alamanda je.


Seronoknya kalau hari2 hari Jumaat !



Menu ;)


Masa otw nak pergi makan tu dengar lagu 150juta kat radio.
Aku cakap dengan Akram "Fynn Jamal lahir bulan 8 tau"

"Pastu" Akram tanya.

"Yelah dengar lagu dia kan dia suka emosi jugak. So tak boleh la salahkan orang lahir bulan 8. Nature. Hehehehe"

"Elehe mane boleh camtu. Emosi kan boleh dikawal"

"Tak boleh. Memang tak boleh"

"Okey kalau orang tak reti baca ABC kenapa? Sebab tak belajar kan? Kalau orang tua pon belajar ABC boleh pandai jugak kan? Sama jugak macam emosi. Benda2 tu semua boleh dikawal la. Boleh belajar"

Okeylah2 fine.


Kitorang masuk TGIF rilek je pakai selipar jepun.
Akram dengan seluar pendeknya.
Belasah.



Suasana dalam.




Dah ready nak melabur duit??????????? Hikhik.




Disebabkan first time masuk sini so mintak budak ni rekemen ape yang sedap. So dia rekemen lah. Bagus dorang ni. Maybe dah di train kot. Akram pulak kalau tanya tu memang detail habes. Kalau aku asal boleh je. Tapi takpe lah sebab duit dia kan. Hehehehe.



Aku pon pening jugak ni nak makan ape. Maklum lah selalu makan nasi goreng kampung je. Jawe asli lah katekan. Walaupon begitu tekak masih boleh menerima masakan western. Mungkin ade sedikit kacukan di situ ye. Kahhkahh.



Untuk starter budak tu rekemen Parmesan Crusted Chicken Quesadillas. Makaih berbelit nak nyebutnya.



Taraaaaaaaaaa. Nampak tak best eh? Jap2.



Cheese yang meleleh-leleh tu Ya Allah nikmatnya. Sampai terlupa perkataan gemuk yang membayangi diri ini. Nikmat duniawi katenyeeee. Hihihi. Sedap !! Dan yang bestnya starter dia ni tak buat korang kenyang. Masa kitorang makan kat Chillis dulu makan starter je dah agak kenyang. Siap tapau lagi bawak balik. Huhu. RM 22.90.




Air aku air ape entah. Berry mango kot. Ni pon budak tu rekemen. Aku tanya masam tak budak tu cakap masam sikit je. So okey lah. Bila rasa hmmmmmm sedapppppppppppppppnya !! Memang masam sikit pon. Yang bestnya rasa macam mint sikit. Akram cakap tu bukan mint. Yang rasa berangin tu actually manggo yang dorang guna tu yang bagi rasa camtu. Akram order air ape entah tapi masam gila. Tak suke !

Dua air dalam Rm30++


Akram siap tanya budak tu lagi kenapa TGIF tak buat macam Chillis.
Kat Chillis kan air free flow.
Budak tu cakap "Saya bukan nak cakap ape lah tapi kat sini kite pakai buah fresh tak letak air langsung. Kat Chillis dorang pakai kordial. Bankerap kite bang nak buat free flow."
Baiklah.



Akram order Tennessee New York Strip & Shrimp. Akram memang prefer beef and lamb. Jarang la dia akan order chicken. Paham sangat dah. Aku pulak macam biasa akan carik chicken. So aku order Tennessee Chicken & Shrimp. Memula nak order burger tapi Akram cakap ape lah makan burger, Ok lah fine. Tapi burger dia macam menarik jugaklah.

Jap aku google gambar menu burger dia.



credit : TGIF web page.
Macam menarik kan kan? Ke aku je fikir camtu.




Akram punya. Kalau steak boleh pilih nak masak camne. Rare ke. Atau medium rare, Medium, Medium well done or well done. Akram amik medium well done kot. So daging dia lembut2 sikit. Sedap ! Yang penting tak kering sangat. Juicy. Suke. RM 62.90




Mineeeeeeeeeeeeeeee ! Hehe.
RM 39.90


Bagi aku TGI punya makanan kecik sikit dari Chillis.
Tapi lagi sedap.
Sebab macam kat Chillis ayam aku order dulu pattern camni jugak. Kering sangat.
Kat TGI ni dia juicy sikit.
Pastu mashed potato dia pon sedap sangat.
Dan yang paling bestttttttttttt sebab....................












Udang dia super sedaappppppppppppppppppppppppppppppppp !!


Nampak tak jakunnya tu. Hehe.
Sebenarnya udang biasa je goreng dengan bread crump tapi sebab makan kat sini jadi sedap.
Eh tapi sedapla sebab udang dia lembut gila.
Boleh telan dengan ekor2 udang sekali.




 Amboi makan tak tengok kiri kanan eh.




Akram punya steak pon sedap. Tapi aku makan sikit boleh la sebab aku tak suka sangat. Aku cepat muak kalau makan steak ni.




Takde lah mancung sangat berader. HAHAHAHAHA ! Tengah fikir bajet lettew. Kuikui.



Before pergi sini aku cakap dengan Akram yang aku baca belog orang semua average orang makan kat sini dua orang dalam rm100 camtu.
Sekali kitorang kene RM170++.
HAHA ! Macam nak gugur bulu2 sehelai demi sehelai tengok bil.
Yelah steak Akram dah RM60. Aku punya dah RM40.
Belum masuk air lagi. Starter lagik.


Yesss TGIF memang lagi mahal dari Chillis.
Tapi bagi aku lagi sedap.
Tak tau lah orang lain kan.
Lain orang lain tekak.
Macam Nandos dengan Kenny Rogers la.
Ada orang prefer Kenny Rogers ada orang prefer Nandos.
Aku tak sure lagi sebab aku tak pernah rasa Nandos.
Selalu pergi KR je.



Akhirnya salah satu checklist makan2 dah tercapai.
sekali seumur hidup pon boleh lah.
Masa dapat resit tu tengok2 ada kene buat survey kat page TGIF ni and dapat free satu meal ape entah. Lupe pulak aku.
Budak tu tak cakap pape pulak.
Tak sure lah semua orang dapat ke or golongan bertuah macam masa kitorang lepak Starback dulu.


Kalau golongan bertuah je dapat memang Akram ni betuah la.
Bagus!
Sebab aku ni golongan tak pernah nak bertuah.
Zaman sekolah dulu tak pernah naik nombor every time ada lucky draw.
Stress tau.


Lepas ni nak try Tony Roma's pulak.
Insya allah kalau ada rezeki lebih atau tetiba Akram dapat bonus ke kan.
heheheheheheh !


okbai.