Pages

Wednesday, April 17, 2013

Al-Fatihah untuk Arwah ayah Akram.







Jom sedekahkan satu dua Al-Fatihah untuk arwah ayah Akram.
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan beriman.
Ameen.


Pagi semalam masa aku siap2 nak pergi keje Akram call.
Mase tu pukul 730 pagi.
Aku dengar suara Akram dah serak2 macam orang nanges aku tau mesti ade something bad happen.
Rupanya betol.
Mak dia call bagitau ayah die dah takde.
Terkejut gile aku.
Sama kes macam arwah mak bf kawan aku.
Kejut bangun pagi dah takde.
Subhanallah kalau betul lah meninggal time tidur senang betul dia pergi.


So 730 pagi tu Akram balik kerja shift malam terus balik rumah and gerak balik Pontian.
Aku cakap takpe ke aku tak ikot. Aku macam serba salah jugak.
Sebab aku tak pernah jumpe parents Akram lagi. Pernah jumpe kakak dengan adik dia je.
Akram yang dah pernah jumpe parents aku.
Akram cakap takpe je. Lagipon die nak cepat. Akak die yang kat Sungai Buloh tu pon die tinggal dia jalan dulu.
Dia cakap nak kejarkan nak mandikan jenazah ayah dia.
:'(


Alhamdulillah lepas Zohor selesai majlis pengebumian.
Tahlil buat lepas Asar sebab kat rumah die kakak ipar die baru bersalin anak kedua.
So kesian kat baby kalau buat kenduri malam2.
Sepatotnya Akram memang nak balik Johor Jumaat ni untuk majlis akikah anak buah baru dia, Alisya Zara.
Tapi tak sangka boleh jadi camni.
Dah takdir kan.


Malam tadi Akram call.
Suara dia biasa je. Siap boleh buat lawak "Oit gemok buat ape main game ke?"
Huhuhu.
Aku pulak yang sebak.
Letak je phone terus merembes-rembes aku nanges.
Alangkan adik aku kene marah pon aku dah menangis.
Ini pulak melibatkan kematian.
Cannot tahan.


Akram pernah cakap dengan aku dari tahun lepas lagi yang dia dah ready dah if bila-bila masa je ayah dia nak pergi.
Aku kan pernah buat entry masa ayah dia nak kene potong kaki dulu.
Time tu lagi lah Akram nak exam.
Alhamdulillah exam tu lulus jugak.
Kali ni naseb baik exam dia last week.
Kalau this week mesti dah serabut gila mamat tu.
Sekali exam bayar seratus lebih.


Arwah ayah Akram ada penyakit kencing manis. Tu yang sampai kene potong kaki.
Sebelah kaki potong sampai lutut. Sebelah lagi dari jari sampai separuh tapak kaki.
Then buah pinggang dua2 dah tak boleh guna.
Tak silap aku tiap2 minggu memang kene pergi buat dialisis.
Tu yang Akram cakap kalau lah ayah dia nak pergi dia dah ready.
Tak sangka pulak tak kene warded tak ape tetibe terus pergi.
Dah ajal kan.


Yang aku ni menangis-nangis bukan sebab ape.
Aku terbayang kalau lah terjadi pada aku, tak tau lah macam mana.
Nak cakap tak ready lagi, ajal maut tu di tangan tuhan.
Mane boleh nak ready2 kan.
Tapi seriously aku memang tak ready kalau parents aku pergi dulu.
Wuwuuuuuuu. Tak boleh bayangkan siottttttttttttt.
Tak boleh bayangkan macam mana mak aku nak move on tanpa ayah aku.
Nak keluarkan duit dari atm pon tak reti.
Apetah lagi nak drive.


Sebab tu aku respect sangat dengan mak Akram.
:')



Okey nak pegi jamban jap nak nanges.


Bye.





7 comments:

  1. Innalillah

    semoga arwah ayah akram berada di kalangan org yg beriman

    p/s: samalah kite pon tak tahu boleh ke tak move on kalau parents pergi dulu.
    sebab everything abah yg buat. huhu

    ReplyDelete
  2. takziah buat arwah ayah akram.

    ReplyDelete
  3. silap plak tulis.

    takziah buat akram dan family. Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahnya

    ReplyDelete
  4. Setiap yang hidup pasti akan mati.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  5. Allah lebih menyayangi arwah ayah akram... Innalillah...

    semoga roh nya ditempatkan digolongan org2 yg beriman...

    amin

    ReplyDelete
  6. moga ALLAH tempatkan digolongan org beriman.

    ReplyDelete

What says U?