Pages

Tuesday, April 30, 2013

Manhattan Fish Market, Aeon Seremban 2.



Before korang bace aku membebel panjang2 aku nak bagi soalan dulu kat korang.


Sape pernah makan kat Manhattan tau lah kot jawapannya. Eh ke setiap hari dorang tukar soalan?



Hari tu lah sape entah ade share promosi Groupon Manhattan Fish Market kat pesbuk.
Aku dah la memang tengah aim nak makan kat sana.
Bila usha2 link mak aih makanan harga beratus jadik Rm50 je.
Ape lagi terus beli.
Tapi before tu mesej Akram dulu tanye die ok ke tak.
Kang kalau die taknak pergi kang aku nak ajak sape pulak.
Takkan nak makan sorang2.


Tapi Akram kan. Seumur hidup aku kawan dengan die memang tak pernah lah die cakap tak.
Selalunya jawapan dia "Ok je" "Boleh la" "Tak kisah pon" "Mane2 je"
Lagi2 pasal makanan ni memang takkan die menolak.



So kitorang plan nak pergi makan Sabtu lepas.
Padehal sehari sebelumnya bergaduh sebab aku silent phone pastu tak perasan dia call banyak kali.Silent sebab request Candy Crush pesbuk tu bising masuk notification. Haha. Nak off tak gheti.
Member ape lagi bengang lah kan.
Kalau aku pon aku bengang.
Tapi biasalah manusia bernama aku ni yang mentel ni.
Kalau Akram tak jawab call aku mengamuk.
Kalau aku yang tak jawab call, aku jugak yang mengamuk. Kahhkahhh.


Gaduh dalam wassap memang tahap nak bawak haluan masing2 la kononnya.
Tapi bila dah jumpe depan mata eleh cuit2 sikit dah baik.
Kakakaka.
Tapi of coz lah Akram yang start dulu.
Aku kan besar kepala (bak kata Akram)
Sukati je kutuk kepala orang :P


So Sabtu petang tu lepas sesi drama hujung minggu kitorang habes, terus ke Aeon Seremban 2.
Time tu pukul 5 petang kot.
Sampai2 tak ramai orang sangat kat Manhattan tu.
Terus bagi kupon kat waiter.



Amboi bang sampai ternganga layan Manhattan. Ruang dalam Manhattan kat Aeon Seremban ni kecik je. Masa aku tengah makan tu ade jugak satu family melayu yang tak dapat masuk sebab dah full. Dua meja kosong tu reserved.



Siap ade sauk ikan kau. Macam cun je jadik hiasan rumah. Boleh la kalau ade rumah sendiri nanti aku gantung kayu2 snuker Akram. Pastu kalau Akram buat hal aku terus buat batang pancing. Harhar.




Kupon yang aku beli tu dapat Grilled Gala Platter, Garlic Herb Mussels, Salad, dengan air dua. Air macam air lemon tu.



Tengok lah harga dia yang sebenar berapa. Boleh terkincit jugak nak membayarnya. Dah kalau boleh beli yang murah buat ape nak beli yang mahal kan. Nehiiiiiiii. Jimat sampai RM62.95 okey. Dah boleh beli bra scarlet 4 helai. Kakakaka. Tengok punye lah kedekut bra pon pakai yang Scarlet Rm15 sehelai. Apedehal kan. Janji pakai.




Akram add on Grilled Salmon Fish. Biasalah Akram, sifat tamak terhadap makanan semakin menjadi-jadi. Tapi bagus jugak haku yang huntung. Orang cakap rezeki jangan ditolak. Diet always starts tomorrow gittew. Lalalala.




Mula2 dia tanya nak add ape. Sebab takut tak cukop. Padehal Grilled Platter tu besau kot. Cuma aku lupe yang bawah seafood tu nasi. Ingatkan seafood semata. So disebabkan aku tak pernah merasa makan Salmon, maka Akram order lah Salmon.




Semua Hamis Jalikha punye pasal lah asyik dok haplod gambar Salmon kat Instagram.
Dah dengan aku aku sekali terliur nak merasa.
Orang jawe kan tak pernah merasa makan Salmon asyik makan tempe je.



Air lemon.



Salad. Aku setakat salad macam ni boleh la telan jugak. Walaupon aku tak boleh makan sayur-sayuran mentah, tapi bila die letak sos tu boleh tahan sedap jugak. Dengan Akram sekali makan. Padehal Akram ni punye lah payah kalau nak disuruh makan sayur. Dia hanya makan sayur campur goreng saje.




Garlic herb Mussels. Sedap gile weh kuah cream die tu. Tapi sedap2 pon aku makan dua ketul je. Sebab Gala Platter dah sampai. Tak tahan weh nak makan. Lapau. Akram cakap ni bukan kupang biasa yang kite selalu makan tu. Sebab kupang biasa kaler oren. Ni kaler putih. 




Hye Salmon. Akhirnya kita bertemu jugak. Kitaaaaa bertemu kali ini untuk apa? Adakah hanya menambahkan lagi sengsara (Hattan Mood ON please) Akram dah pernah makan salmon so dia makan sikit pastu tolak ke aku je. Poyo sangat. Bawah Salmon tu Sweet Potato. Sweet Potato tu lah yang buat kenyang gile. Salmon sedap ! Tapi aku rasa takde lah sampai nak craving2 Salmon segala. Dah rasa sekali okey lah. Hmmm not bad.




Grilled Gala Platter. Omnomnomnom. Hoi hoya hoi kami berdua gembira. Hoi hoya hoi dapat makan banyak2. Lalalala. Nanana.




Bawah dia nasi macam nasi goreng. Pastu ade kupang lagi. Sayur campur brokoli dengan carrot. Sotong. Udang tengah2 letak cheese. Fish fillet yang sangat sedap! Kalau suruh pilih fish fillet dengan Salmon, aku pilih fish fillet. Hahahaha! Dan kentang2 sebagai penyeri. Sangat besar. Serius sangat berbaloi. Orang lain aku tak tau lah. Tapi aku makan dengan Akram dua orang kentang je tak larat nak habeskan. Yang lain licin. Sedap gile hoi. Tak tipu.




Huh tak pernahnya nak tengok camera. =__=




Lepas makan bayar untuk harga Salmon and terus chow.
Puas hati sangat makan kat Manhattan ni.
Ade rezeki lebih nak try meals lain pulak. Hihi.
Sedap pon sedap.
Aku kalau terpaksa bayar mahal untuk makanan sedap aku tak kisah.
Tapi kalau makanan tak sedap pastu mahal memang aku hangen.
Kalau sedap dan murah lagi best!


Sape2 yang tak pernah try boleh la try.
Kalau tanak makan camni boleh order spagheti or pasta.
Banyak jugak menu dia.
Cuma die Fish and Seafood je lah.
Jangan kau menggagau carik ayam pulak memang tak jumpe lah.


Selamat mencube.


okbai.




Eh jap lupe nak bagi jawapan.



Why are the Dolphins cleverer than Humans?

Because within 3 hours they can train a man to stand at the side of a pool and feed them fish!



Hahahahaha! Kelakar lah sangat.


okbai.






18 comments:

  1. wah..tergoda tgk menunya..

    nyum2..hrga pon nyum2..hihi

    ReplyDelete
  2. Kelakar sangat jawapan pada soalan tu haaa...HAHAHAH~
    Fuhhhh! Macam sedapp jerk kan kat situ. Nanti ada duit lebih,boleh try jugak ni..wink3~

    ReplyDelete
  3. Huwa! Terus rasa cam nak nanges tengok menu yang Wana makan tu.. Dah lama tak makan kat Manhattan Fish Market nih.. Giler besar platter die hoiii.. Kalau makan sorang alamat 3 hari 3 malam ler pengsan kekenyangan.. Hikhik!~ ^_^

    ReplyDelete
  4. saya dah beli dah kupon mattan ni. tapi sebab ada hal xdapat dielakkan terpaksa la jual dekat org. sobsob~

    ReplyDelete
  5. waa macam best kene cuba nihh.hee

    ReplyDelete
  6. pernah try dengan Encik saiful..tapi agak muak laa jugak kan sbb cheese terlebih2 huhuhu..

    ReplyDelete
  7. awak, kita pon pernah makan kat manhattan ni kat seremban 2. siap dia dtg letak api dekat makanan kita. rasa mcm nak jerit2 je hebat!! hikhik

    ReplyDelete
  8. @laskar pelangi
    try jangan tak try.
    nanti dah keje ko try lah banyak2.
    hihihi

    ReplyDelete
  9. @dhiera
    alahai sedihnya.
    takpe next time beli lagi ye.
    banyak jugak manhattan ni offer.

    ReplyDelete
  10. @saffiya_aleesya @ echa
    yeke.
    kami suke cheese.
    hihihi.

    so far sangat puas hati. :D

    ReplyDelete
  11. @Rozuan Ismail
    ko apehal gedik semacam ni.
    salah makan eh?
    hahahahah

    ReplyDelete
  12. @Rosmiza Ali
    hahahaha. amboi 3 hari tu pengsan. kekeke.

    sedap gile kan. hmmmm rasa macam nak pergi lagi je. hihihi

    ReplyDelete
  13. hahaha ok ayat bra tu tak leh blah! hahaha


    serious mahal la kat manhattan tu

    dulu pnh p tp org belanja lah

    tp tak bape sedap. biasa je


    hewhew

    ReplyDelete
  14. hi...jln2 sini..=)

    xpenah try lagi, duk usha harga mahal sangat..hehe

    ReplyDelete
  15. Mcm sedap aja semua menu....jom kita serbu..

    ReplyDelete

What says U?