Pages

Monday, May 20, 2013

Subak Restaurant. Akram's Birthday Treat.


Cewahhhhhh tajuk kemahin lagi nak speaking.
Dah habes terror dah tu rase.
Hakhak.


Amacam cukup ladies tak? Dengan anting2 labuh bagai oh aku sendiri macam geli dengan diri sendiri. Hahahaha! Beli anting2 labuh semata-mata nak pegi dinner ni ha kalau tak jangan harap lah aku nak pakai. Rasa macam rimas giler ada benda bergayut-gayut kat telinga. Kawan aku lagi lah siap suruh aku pakai dress labuh oh noooo aku ni kalau tinggi takpe jugak ni dah la pendek pastu gemok makin bertambah gemok lah. Tak kosser haku.



Sebulan ke dua bulan before besday Akram kawan aku ade suggest satu tempat makan best kat atas bukit Ampang. Dekat kawasan menara tinjau Bukit Ampang.
Nama restoran tu Haven Restoran.
Aku pon dah semangat dah. Siap save alamat restoran tu.
Google ape yang best kat sana. Amik nombor telefon untuk booking.
Sekali seminggu before nak pergi dinner aku call orang tu cakap seluruh kawasan menara tinjau kat Bukit Ampang tu dah kene tutup.
Memula orang tu cakap kene tutup pasal legal issue. Tetibe tak lama lepas MPKJ tutup kawasan tu betul2 ada kejadian tanah runtuh.
Fuhhhhhhhhhh.


Jadinya romantik dinner di atas bukit adalah cancel.
Tapi sedih jugak lah sebab kawasan tu cantik giler kot.
Memang betul2 dinner atas bukit. Pastu boleh nampak satu KL walaweh giler ko tak romantik.
Kahhkahh.


Jadinya kite usha tempat lain.
Restoran Subak ni aku tau pon sebab mase nak balik kerja ada flyers kat atas kereta aku.
Kalau tak aku pon tak tau.
Tak dapat makan atas bukit, dapat makan kat kaki bukit pon jadiklah.


Aku dah sound Akram awal2 Sabtu lepas nak pergi makan-makan.
Kalau tak die tu ade je lah plannya.
Mengalahkan YB.



Hai2 Subak. Kitorang sampai sini area pukul 8 malam gitu. Orang tak ramai lagi. Parking memang kene parking kat bawah. Tapi kawasan tu tak sibuk pon jadi boleh parking tepi2 jalan dengan aman.




On the way nak naik ke restoran. Tapi dont worry. Naik bukit sikit je. Tak memerlukan tenaga yang banyak pon.



Masa kitorang on the way naik tu ade satu couple baru nak balik.
Perempuan tu dok sibuk2 amik gambar. Aku pulak tanak kalah sibuk amik gambar jugak.
Masa kitorang selisih tu perempuan cina tu senyum2 kat aku.
Kompem masing2 dalam hati "Ni kompem blogger ni. Dari tadi tak habes2 amik gambar"
Hahahaha!
Maklumlah blogger dah kamera memang tak dapat dipisahkan.




Kitorang duduk kat area sini. Ni tempat makan paling depan sekali.


Actually aku memang plan nak booking.
Tapi bila bace2 kat blog dorang cakap tempat makan dia ada banyak.
So aku taknak lah booking nanti die bagi tempat tak best ke kan nanti tak boleh pilih2.
Sekali datang hamek kau ramai giler orang booking.
Yang booking dorang bagi meja belah dalam sikit. Siap ada lampu ala-ala candle light dinner gitu.
Terus sedih. Haha!


So korang kalau nak meja best sila lah booking awal2 ye.




Mari lah kite buka menu dulu ape-ape hal pon.




Kalau free sangat kalu sila lah baca sendiri.




Dine with nature kate kau. Naseb baik sekor nyamuk pon takde.




Tapi kat sini makanan die tak banyak pilihan.
Suasana memang best. Lagi2 kalau korang nak candle light dinner or nak romantik dinner memang aku suggest boleh datang sini.
Tapi kalau korang saje2 nak datang makan tak payah la kot.
Macam tak berbaloi.
Mahal satu hal.
Pastu memang terhad pilihan makanan die.




Starters. Aku order Ibu Yati Gado-Gado. Lupe pulak nak tanye dengan waiter tu sape Ibu Yati tu.






International & Asean Delight. Akram order Marinated Lemon Grass Spring chicken. Mase aku bukak menu terkejut jugak lah dengan harga die. Nak order western aku rase lagi best makan kat TGI or Tony Romas kot. Lagi pon hari tu baru lepas makan western so tekak tak rase nak makan lagi.




Bahagian sup. Aku boleh tak perasan ade soto di situ. Melepas nak rase soto dia.




Asian Favourites. Akram order Balinese Nasi Goreng. 




Pasta's Selections. 


Seriously aku tak tau nak order ape.
Akram dah order dua main course.
Abang waiter tu cakap dua main course dah cukop untuk dua orang makan.
Aku nak order pasta tapi takde pasta yang berkenan. Sebab aku kalau order pasta memang satu jelah pasta favourite aku, Bolognese.
Carbonara aku kureng sikit.
Aglio Olio macam terlalu simple baik aku masak sendiri dari bayar sampai RM32. Hahaha!


Lagipon Akram selalu cakap kalau makan pasta kat luar macam tak berbaloi sebab boleh masak sendiri kat rumah.
Baiklah.
Last2 cakap dengan abang waiter tu nanti kalau nak order lagi kitorang panggil.
Last2 aku tambah order mee kari die.
Kau mampu pergi romantik dinner makan mee kari?




Aku order Blue Eye On The Float. Akram order Blue jingle.





Die ni kejap2 aku tengok kurus kejap2 aku tengok gemok. 





Air aku. Abang tu cakap air aku ni masam2 manis. So okey lah. Memang betul masam2 manis.




Masalahnya air Akram ni. Abang tu cakap manis tapi aku minum lagi masam dari air aku. Terbantut nafsu minum benda2 masam ni. Hahahaha!




Sementara tunggu makanan sampai aku macam biasalah tangan tak lepas pegang henpon amik gambar.
Sekali Akram sound "Nanti-nanti lah amik gambar tu. Jom jalan2 dulu tengok tempat ni sementara tunggu makanan sampai"
Baikkk boss.



Kitorang pon jalan lah sampai ke belakang.
Melawat jugak tempat yang untuk reserved candle light dinner.
Ada dua couple time tu. Sobbsss.




Tangga ni untuk naik ke bahagian atas. Bahagian atas untuk meja besar. Untuk family2 sesuai kot. Kat tangga pon sempat bergamabr. Belasah la janji ade gambar sendiri.




Ni yang aku malas pakai night mode ni. Tangan tak boleh nak bergegar langsung. Kalau pakai mode biasa even ade flash pon gambar jadi tak cantik jugak. Gelap. Kawasan ni dah la memang gelap ala-ala romantik gitu. Henpon pulak cikai-cikaian. Entah bile nak rembat Samsung Camera ni. Ceaaaaaaaaaaaaaaa. Dekat atas Akram tu yang kiri tu restroom. Kalau terus lagi tak silapnya turun ke bawah balik bahagian pintu masuk tu. So kitorang patah balik.




Ni kat bahagian tengah antara ruang depan dengan ruang belakang. Aku rasa dulu kat rumah aku ade tempayan besar isi air ni. Tapi entah mane mak aku campak kan. Ni kat bahagian sebelah.





Bahagian sebelah lagi yang ini. Ni macam tasik lah lebih kurang kalau korang tak nampak.




Ni pulak laluan dia.



Ni jelah gambar kitorang dua yang okey. Yang lain semua bergegar. Haha. Jadilah buat kenang-kenangan tunjuk kat anak cucu. Eh? Kihkih.



Akram kan dulu2 masa awal2 kitorang kawan dulu jangan harap lah die nak bergambar dengan aku.
Lagi2 nak suruh orang amikkan gambar kitorang.
Memang takkan punye dia nak. Pemalu nak mampos.
Tapi dah masuk dekat empat tahun ni eh eh dia pulak yang bila nampak tempat best je terus cakap "Jom suruh orang amik gambar"
Kemahin lagi perangai sekarang.


Dia lah yang mintak tolong ade sorang pekerja perempuan tu tolong amik gambar.
Kadang2 aku tak suruh pon.
Aku macam cakap "Tempat ni cantik lah"
Tetibe nanti dia dah datang dengan orang yang nak suruh tolong amikkan gambar.
Hahaha!


Dah puas berjalan marilah kite kembali ke meja.
Sampai-sampai baru starter yang dah sampai.



Ibu Yati Gado-gado. Macam ni pon dah Rm14 eh. Biasa je rojak ni takde yang spesel pon. Tak habes pon kitorang makan. Alah sayur-sayuran makan dengan kuah kacang. Kuah pon biasa je.




Sementara tunggu makanan lain sampai marilah kite bagi Kad Besday ni dulu kat Tuan Besar. Hihi. Every year aku memang akan bagi kad besday. Bese lah perempuan kan. Suke bagi barang2 comel camni.




Aku cakap dengan Akram bace lah kat rumah sebab aku malu. Hahahahah! Tapi die nak jugakkkkkkkkk bace dan-dan tu. Aku pon ape lagi amik henpon tutup muke. Yang dia ni tak payah la nak serius sangat bace. -___-





Dah habes bace senyum-senyum. Eiiiiiiii I is malu tau. Huhu. Tak payah la korang tanye aku tulis ape dalam tu. Aku ni malas nak mengarang ayat jiwang2. Jadinya aku bantai tulis lirik lagu je. Lagu ape? Rahsia. Nanti korang gelakkan aku. Kehkeh.



Okey makanan dah sampai.




Nasi Goreng Bali. Rm25. Nasi pon biasa je. Takde lah sedap giler. Takdelah tak sedap. Okey lah boleh makan. Sate tu sate ayam. 





Mee Kari. RM22. Mee Kari ni yang lain nya dia tak guna mee biasa. Dia guna Angel Hair. Tak tahu ape itu angel hair sila google. Kang cakap aku makan rambut bidadari pulak. Hahaha! Ada udang galah dua ekor. Fish cake yang besar gedabak. Tahu. Tak habes pon kitorang makan. Banyak giler. Rasa biasa2 je.




Marinated Lemon Grass Spring chicken. RM38. Kat bahagian bawah ayam ni macam ade lasagnia sikit. Tak tau lah betol lasagnia ke ape sebab takde pulak tulis dalam menu. Tapi makan2 rasa memang ala-ala lasagnia gitu. Tapi kecik je pon. Ade lah dalam besar tiga jari je. 



Ayam boleh la tahan sedap. Camne ek. Aku ni susah sikit nak cakap sedap ke tak.
Dulu2 zaman study kalau pergi sopink kawan2 aku semua dah masak dah dengan perangai aku.
Kalau dorang tanye pendapat pasal baju, jawapan aku kalau memang betul2 baju tu cantik aku akan cakap cantik.
Kalau tak sampai tahap cantik aku akan cakap biasa je.
Kalau tak lawa tu memang tak lawa lah kan.
Kalau baju tu cantik tapi tak sampai tahap cantik bagi aku, memang aku akan cakap biasa je.


Same goes to makanan.
Kalau aku cakap biasa2 tu korang paham2 sendiri lah ye.
Bukan tak sedap. Boleh makan tapi tulah biasa je lah macam rasa makanan lain.
Tapi kalau aku cakap sedap maknenye memang betol2 sedap la tu.


Aku bace kat blog dorang cakap macam ade live band.
Aku tunggu2 lah jugak kot2 boleh request lagu besday ke kan.
Tapi nan hado.
Eh tapi kat sana ada jual kek jugak kalau korang nak try.
Yang aku perasan kek red velvet.
Kek lain tak perasan pulak.



Objek yang nak difokuskan adalah lampu itu. Cantik.



Dekat dua jam jugak kitorang dok mengketedarah kat situ.
Siap ada satu couple datang lagi lambat dari kitorang duduk meja sebelah pon dah habes makan dulu.
Punye lah kitorang ni menghayati dinner kitorang.
Cewahhhhhhhhh. Ini semua Poyooo.


Dah kenyang mase untuk bayor.
Nak gugur jugak lah bulu ketiak bila bil sampai.
Semua sekali campur 10% service tax adalah RM140+-


Tetibe datang sorang mamat ni. Ingat kan pekerja jugak rupanya salah sorang anak tokey.
Orang melayu.
Namanya Faruk.
Lupe pulak nak amik gambar.


Yang si Faruk ni beria nak tolong amikkan gambar kitorang.
Siap suruh kitorang berdiri kat sini lah sana lah.
Tapi semua gambar goyangggggggggg. Hahahaha!


Faruk tu cakap mula-mula tapak tanah tu memang dorang nak buat rumah.
Tapi tak jadi sebab dorang pon takot nak duduk sorang2 kat kaki bukit Lanjan tu.
Memang hutan tebal kot.
Kawasan tu pon memang tak ramai orang duduk lagi.
So dorang tukar bukak restoran.


Katenye lagi Subak tu membawa maksud aliran air sungai.
Bahasa Bali lah kot sebab Restoran ni kan ala-ala berkonsepkan Bali.
Akram usha2 jugak berapa harga tanah kat sini.
Tau berapa?
RM800 000 seekar.
SEEKAR okey.
Pengsan kejap menggigil-gigil.



Kalau korang nak try boleh amik alamat ni:

Lot 3213 Jalan Penchala Indah
Bukit Lanjan 60000
Kuala Lumpur.


Kalau nak reserve boleh la call 019-7902401(Fariz), 012-2424091(Fendy) atau 010-5287289(Fazlan)

Takpon bukak je website dorang.

http://www.subak.com.my


Yang ada smartphone tu bawak2 lah install WAZE.
Aku pon guna waze je.
Taip Subak Restoran. Memang kompem tak sesat punye.
Eh tapi sebab Akram yang drive. Kalau aku yang drive mungkin subuh esoknye baru sampai.
Wakakaka.


Itu naseb kalau sampai.
Kang nak kan sampai ke Bukit Lanjan, ke Bukit Belacan yang aku sampai.


Tapi memang best lah kalau korang nak candle light dinner kat sini.
Cuma restoran ni patot tambah menu berbagai lagi.
Baru umphhh.



Ape-ape pon kami gembira makan di sini. gittew. Babai Subak panjang umur mungkin kite jumpe lagi :)




okbai.










5 comments:

  1. WANA, pakai lah dressss pleaseeee

    ReplyDelete
  2. Tak menahan statement nak gugur bulu ketiak tu.. Kahkahkah! Tapi bagus gak gugur sendiri Wana, takyah susah2 nak shave bagai.. Ekekekee~~

    ReplyDelete
  3. makanan sempoi gak kan..tempat pun menarik..nasib baik xde kat penang..klu x dh lama sy terjah..

    ReplyDelete
  4. pasti akram suka benor dpt awk cma anda..kih2..bestnya makan2..

    ReplyDelete

What says U?