Pages

Thursday, June 20, 2013

Bile kite ikhlas, sabar, redha mesti banyak je rezeki tak terduga yang datang.


Pernah tak jadi kat korang, time2 takde duit ke time2 terdesak ke tetibe je nanti terjumpe duit dalam poket lah. Jumpe duit celah almari lah. Dalam drawer lah. Mesti lah pernah kan?
Aku selalu jugak terjumpe-terjumpe ni sebab kadang2 beli makanan malas nak masuk duit balance dalam purse, aku suke selit2 dalam poket seluar.
Pastu pakai seluar bertukar-tukar, bile hari ni selit duit kat seluar tu minggu depan baru pakai balik tetibe seluk poket eh jumpe doploh hengget.
Gumbire tak hingat.
Lagi2 kalau time tu dalam purse tinggal seploh hengget je. Ape lagi dan dan terus rasa dah kaya.
Akakaka.


Tapi setakat jumpe duit dalam poket tu biasa je kan?
Aku nak share cerita orang yang rapat dengan aku.
Dia ni bagi aku memang penyabar tahap aku pon tak tau nak gambarkan macam mane.
Dia ni keje admin. Sekali lah dengan PA office.
Dia selalu jugak lah cerita yang dia asyik je kene buli dengan finance.
Bukan buli camne pon.
Means perempuan finance tu suka buat keje senang.
Lepas tu tak suka amik risiko.
Dan paling membencikan dia je yang betul. Orang lain semua salah.


Kawan aku ni memang selalu lah kene.
Kerja2 finance kadang2 dia yang kene habeskan.
Kadang2 supplier punye masalah pon kawan aku yang kene handle. Padehal finance boleh call sendiri supplier tu.
Tapi kawan aku ni, dalam sakit-sakit hati dia ni, dia cakap dengan finance tu still boleh gelak-gelak lagi. Aku kalau dah menyampah memang sorry aku nak cakap elok2. HAHAHA!


Itu masalah kat opis lah.
Masalah orang2 sekeliling dia pon banyak jugak.
Paling benci bila orang pinjam duit kawan aku ni pastu tak reti nak bayar.
Bila dah mintak macam2 alasan bagi.
Kalau setakat 50 ke boleh handle lagi.
Kalau sampai beratus tu memang kesian giler kawan aku ni.
Sampaikan dalam purse dia tinggal seploh hengget sebab duit lain bagi orang pinjam.


Kawan aku cakap dia tak boleh la tengok orang nak pinjam duit ni dia kesian.
Kalau dia takde duit takpe.
Tapi kalau die ade duit memang tak sampai hati taknak bagi pinjam.


Kadang2 tu bapak dia pon pinjam duit kat dia jugak sebab claim company lambat masuk.
So kawan aku ni memang tak sampai hati lah nak mintak kat bapak sendiri kan.


Semalam kawan aku cakap duit dia tinggal RM2 je.
Dia pon tak tau nak buat camne.
Call kawan yang pinjam duit dia tu. Orang tu janji nak masuk dalam minggu ni.
Okey lah fine. Entah masuk ke tidak kan.
Tetibe petang tu kawan aku cerita boss bagi dia RM100.
Dia macam terkejut jugak eh apehal boss tetibe bagi dia duit kan.
Then bos cakap takpe2 u banyak keje. Kadang2 balik lambat. Diam2 je amik duit ni.


Haha!
Terus aku cakap dengan kawan aku. Weh tak sia2 kau bersabar selama ni.
Macam tau2 je ko tengah kesempitan. Tetibe je dapat rezeki tak terduga.
Kawan aku ni lagi satu sifat dia suka belanje orang makan.
:)



Gambar hiasan untuk bagi effect cool. Ngehngeh.


Itu satu.
Lagi satu cerita pasal junior sekolah aku dulu.


Ade one day die post kat Instagram dia cakap kereta dia kene langgar dengan budak bawak motor takde lesen.
Dia cakap kemek jugak lah.
Kalau aku memang dah mengamuk dah. Tak kire lah budak2 ke takde lesen ke. Bayar tetap bayar. Akakaka.
Tapi boipren dia cakap takpe lah kesian budak tu takde lesen.
So dorang pon lepaskan budak tu.
Terus bawak kereta pergi bengkel.


Guess what?
Sampai bengkel dia cakap kesan kemek tu dah takde.
Cume ade kesan calar sikit je. Kos betulkan pon RM5.00 je kot tak silap aku.
Junior aku pon macam tak percaya macam mane boleh jadi macam tu.
Tapi dia cakap memang memula tu dia tengok ade kesan kemek kat kereta.


Well nak cakap ape kan?
Kun fayakun :)
Bila kite redha memang pasti akan ada benda lagi baik yang akan datang.


Mungkin aku patot contohi budak dua orang ni.
Aku ni pantang salah sikit ade je amukan yang datang.
Haihhhh.




4 comments:

  1. Ada hikmah kalau bersabar kan wana omey2 :)


    nak contohi sifat kawan kamu yang bersabar tu


    samada cepat atau lambat je kita terima balasan sebab sabar ni kan


    ReplyDelete
  2. Betullah Wana.. Kite pun sama.. Pantang ada benda tak kena terus naik hantu.. Huhu..

    Marilah kita belajar bersabar & redha.. T_T

    ReplyDelete
  3. insyallah, org2 yg sabar ada ganjarannya. saya pun kadang2 baran juga

    ReplyDelete
  4. sebab amukan tulah akram syg ko.kekeke

    ReplyDelete

What says U?