Pages

Wednesday, June 12, 2013

Nasi minyak


Sabtu lepas temankan Akram pergi kenduri kawen kawan2 dia.
Sepatotnya sabtu tu die kerja normal so terpaksa lah amik cuti sebab yang kawen sorang tu member tempat keje lagi sorang tu member baik zaman MIAT dulu.
Dah la sorang kat USJ sorang lagi kat Seremban.
Pagi2 lagi kitorang dah gerak.


Mula2 pergi USJ dulu.
Sampai area2 sana dalam pukul 11.00 pagi kot.
Rasa macam awal sangat la pulak. So Akram mengambil tindakan bijaksana dengan membawak aku mengketedarah siap2 kat mamak dulu.
Sebab die memang dah paham aku akan amukan kalau lapar nak2 bila kene teman2 dia camni kan.
Hahaha!


Pekene roti telur satu roti kosong satu teh o ais satu setel.
Mood akan gembira sepanjang hari. Hahaha!
Patot lah orang suruh amik sarapan pagi everyday.
Kalau tak amik memang rasa moody je.
Orang lain aku tak tau lah.
Tapi aku sebab dah biasa breakfast, kalau tertinggal breakfast kompem mesti ade rasa tak kene je.
Boleh membawa amukan sepanjang hari.


Dalam pukul 12 camtu kitorang sampai kat Dewan Pengantin.
Kat bawah time tu ade pakcik pengantin.
Dia cakap catering baru nak siap2 kan makanan kat atas. Sebab dewan kat tingkat dua.
And mak bapak pengantin pon tak sampai lagi.
Ok aku terus takde mood.
Dah satu hal nak menunggu bagai kat bawah dulu.
Naseb baik Akram dah bawak aku makan siap2 dulu kalau tidak korang mesti tau ape yang akan berlaku time tu.
Elakkan pengantin tak jadi bersanding je. Huahuahua


Bagi aku kan kalau nak buat wedding tu at least pukul 11 pagi semua dah kene ready.
Makanan dah ready.
Mak bapak pengantin pon patot dah stand by kat dewan.
Sebab kesian dengan orang yang satu hari nak kene attend wedding sampai dua tiga tempat.
Kalau dekat2 takpe. Kalau yang kene jauh2.
Kan payah tu.
Orang datang pagi2 dengan harapan dapatlah bergerak pantas sikit kan.


Setengah jam lepas tu kitorang pon naik. Naseb baik catering dah siap.
Boleh la duduk2 makan sementara nak tunggu mak pak pengantin sampai.


Menu aku. Aku kalau attend wedding memang akan amik lauk ayam sahaja dengan dalca buat2 ade kuah. Aku kan tak boleh makan kering2 ni. Terbantut nafsu makan aku. Tak kisah la kau gebang kat aku daging tu sedap gile pon tetap aku takkan amik. Tapiiiiiiiiiiiii kalau wedding tu ade daging salai masak cili api memang kompem aku amik. Setakat rendang daging ni hmmmm tak cukop mendatangkan ghairah pada aku. 





Dapat dua biji epal. Cool jugak bagi buah as goodie bag kan. First time ni aku dapat buah. Selalunya kan dapat gula-gula. Okey boleh dipertimbangkan. Ceaaaaa *wink*




Dah siap makan tengok2 mak pak pengantin dah sampai terus salam-salam and balik.
Singgah Cheras dulu jumpe member Akram nak gerak sekali pergi Seremban.
Dan terus shoot pergi Seremban.
Disebabkan info trafik cakap area Nilai ke Seremban tu jem gile babs dari pagi maka kitorang lalu LEKAS.
Memang sesuai la nama highway tu LEKAS. Memang sangat cepat kitorang sampai Seremban.


Aku bukak facebook ade sorang akak tu terkandas kat PLUS. nak ke Seremban jugak. Terus aku suruh dia lalu lekas. Sanggup tu berpatah balik demi nak mengelakkan jem.
Memang area Nilai Seremban tu selalu sangat jem.
Sebab tu aku kalau nak pergi tempat Akram memang akan lalu MEX je.
Even lagi jauh tapi tak jem.
Aku kalau suruh buat pilihan antara jauh tapi tak jem dengan dekat tapi jem rela aku pilih yang jauh.
Punye lah sengkak kalau tersangkut dalam jem.


Sampai2 Seremban rasa kenyang lagi.
Tengok2 lauk sebijik sama dengan lauk kat USJ.
Tapi aku jamah la sikit.
Amik nasi minyak, ayam merah dengan dalca.
Cume buah je bertukar. Tadi buah tembikai, kat Seremban buah jambu batu.
Tapi Ya Allah panasnya kat Seremban tu berlecak ketiak.
Sebab time tu dah nak hujan.


Disebabkan panas maka aku takde hati nak amik gambar2 bagai ni.
Tapi Akram tu sibuk lah suruh aku tolong amik gambar lah ape lah.
Okey fine.
Amik gambar je.



Akram dan kawan-kawannya.


Majlis belah perempuan kat Kedah.
Memula plan memang nak pergi sebab Akram ni member2 baik semua dia datang time dorang nikah.
Tapi terclash dengan kenduri arwah ayah dia pulak.
So cancel.


Pengantin perempuan ni kawan kepada kawan pengantin lelaki.
Akram cakap time tu pengantin lelaki ni baru clash.
So kawan dia kenalkan dengan pengantin perempuan ni.
Dua bulan tak pernah jumpe tetibe dah kapel.
Hahaha!


Pastu pengantin lelaki ni pergi nak jumpe pengantin perempuan ni naik bas.
Dengan berseluar pendek ni.
First time la nak jumpe konon2 nya.
Sampai sana, ayah pengantin perempuan tanya "Ada bawak kain tak nak solat?"
Hahahah!
Tergagap-gagap nak menjawab.



Balik tu aku cakap dengan Akram

Aku : Alamak tadi kenyang kenapa nak balik rasa lapar? Tau tak kenapa?

Akram : Eh mane la nak tau perot die bukan perot kite.

Aku : Alah tak tau ke?

Akram : Tak tau.

Aku : Okey jom kite carik ABC.


Hahahaha!
Tapi tak jumpe langsung kedai ABC kat Seremban.
Memula Akram cakap takpe lah singgah Giant Nilai makan tutty fruity.
Tetibe aku teringat eh kat Nilai kan ade Ice Room.
Good sebab aku pon tak pernah masuk Ice Room jadinya marilah kite ke Ice Room.



Akram punye. Ape entah nama dia. Sedap. Masam2 manis. Die tambah sea coconut. Sedap sedap.




Aku punye. Of coz lah coklat kan. Tekak aku dan coklat memang tidak dapat dipisahkan. Sedap!



Lepas makan terus balik sebab penat giler.
Tapi aku jelah yang penatnya.
Akram keluar balik pergi main snuker dengan kawan dia yang sekali pergi wedding kat Seremban tu -___-


Masa nak balik dari kenduri kawen tu dorang bincang2 la pasal snuker.

Kawan Akram : Woi Wana ko tanak ikot ke main senuker.

Aku : Hoh takde keje aku.

Kawan Akram : Jom la. Kitorang main snuker ko tolong habeskan Candy Crush aku.


-_____________-




7 comments:

  1. wow!! sedapnyaaaaaaaa.. lama tekak ni xmakan ABC.. dah la tinggi lak tu..

    urmm, sori ritu ter'eja' nama Akram, Ikram.. huaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. haha, wana, wish list aku sekarg nk masuk ice room ..huhu

    ReplyDelete
  3. ish seronoknya korang.

    kat sini apa pun tak de pftt

    nnt nak try ice room lah

    :D


    p/s: candy crush? hahaha

    ReplyDelete

What says U?