Wohoooo tak sangka aku dok haplod2 gambar makanan yang aku masak boleh inspired people untuk try jugak.
Dan lagi bangga sebab yang try tu adalah golongan lelaki.
Syabas para2 lelaki syabas.
Jadilah lelaki yang pandai memasak seperti Akram. Eh? Wakakakaka.
Memasak ni best sebenarnya kalau pakai soul.
Ceaaaaaaaaaa. Pitam mak aku kalau baca ni.
Okey tak payah nak mukadimah repekan ablasa sangat.
Moh la kite.
1. Lemon Chicken.
Bahan-bahan:
1. Dada ayam (ikot korang nak banyak mana)
2. Lemon (aku guna dua biji)
3. Bawang besar sebiji.
4. Bawang putih 2 biji.
5. Halia sikit.
6. Tepung jagung sikit.
7. Madu lebah sikit.
8. Lada putih dengan garam
Cara-cara:
1. Dada ayam tu silalah bersihkan sebersih-bersihnya. Masukkan garam sikit, lada putih sikit dan tepung jagung untuk bagi crispy. Gaulkan bagi tepung selaput pada ayam. Goreng kan.
2. Cara aku goreng ayam memula guna api kecik sebab nak bagi bahagian dalam die masak. Bila dah masak barulah besarkan api sikit untuk bagi luar ayam jadi crispy. Ayam dah masak sila angkat.
3. Halia potong panjang. Bawang putih dengan bawang besar mayangkan.
4. Tumis halia, bawang putih dengan bawang besar. Perahkan dua biji lemon tadi. Sebab lemon masam jadi kite counter die dengan madu sikit. Say no to gula sebab gula dah naik harga. Kakakaka.
5. Masuk tepung jagung sikit untuk bagi pekat.
6. Masukkan ayam. Siap. Angkat.
Senang gila kan.
2. Kerabu sotong.
Bahan-bahan:
1. Sotong ikot suka nak bape ekor.
2. Kacang panjang dalam 4 helai (Helai? Wakakaka) ke 4 batang? Belasah.
3. Tomato sebiji
4. Serai sebatang
5. Bunga kantan sebatang (ke sekuntum? Aduhai failed)
6. Cili hijau 5 biji (kalau nak pedas tambah lagi. Gittew)
7. Daun ketumbar sikit.
8. Limau sambal 3 biji. Limau sambal tu limau kasturi la ok.
Cara-cara:
1. Sotong tu potong bulat2 macam dalam gambar. Rebuskan sekejap. Kalau lama2 nanti kecut.
2. Tomato buang biji dan potong dadu.
3. Serai, bunga kantan, cili hijau, daun ketumbar dengan kacang panjang potong nipis-nipis.
4. Gaulkan semua barang2 tadi dalam satu bekas. Perahkan limau sambal. Tambah garam dengan gula. Kalau kurang masam tambah limau lagi. Kurang masin tambah garam. Terlebih masam tambah gula. Sesedap rasa ok? Good.
Ada orang campurkan dengan bawang besar. Aku tak guna.
Ikot cita rasa masing2.
Kiri daun sup vs. Kanan daun ketumbar
Sama tak? Sama kan? Haha!
Mase nak beli daun ketumbar aku pon konpius. Tanya2 Akram apesal sama giler dua2 daun ni. Aku cium2 pon macam takde beza je. Wakakaka.
Last2 tanya dengan orang jual. Die yang amikkan.
Aku rasa daun sup ni batang die keras sikit. Daun ketumbar batang die lembut sikit.
Pastu orang cakap daun sup bau dia wangi. Daun ketumbar bau die macam kumbang. Hidung aku memang takley pakai. Kakakaka.
Pepandai korang la ye.
3. Cheese Omelette
Bahan-bahan:
1. Telur 2 biji.
2. Daging cincang sikit / Ayam sikit
3. Bawang besar 1 biji.
4. Carrot separuh.
5. Cheese sekeping (Aku guna keju cheesedale yang orang buat makan dengan roti tu. Aku potong panjang2)
6. Susu segar sikit.
7. Mayonis sikit.
Cara-cara:
1. Masak inti dulu. Panaskan minyak. Tumis bawang besar. Masukkan daging cincang. Masukkan carrot yang potong dadu. Tambah garam sikit. Siap. Ketepikan.
2. Sediakan telur. Pecahkan telur. Campur susu cair sikit dengan mayonis sikit dengan garam sikit. Telur bila campur dengan susu cair akan dapat kaler yang cantik! Dan gebu.
3. Guna non stick pan senang tak lekat. Panaskan butter. Tuangkan telur. Guna api kecik ye kang hangus pulak. Agak2 bahagian atas dah masak taburkan inti daging tadi. Lapiskan dengan cheese yang dah potong panjang2 tu. Agak2 cheese dah cair lipat kan telur tu.
4. Siap! Pedepowwww.
Sengaja aku satukan semua resepi sebab aku rasa semua ni combination yang bagus untuk digabungkan.
Tak payah korang pening2 nak pikir combination lauk2 bagai ni.
Kalau tambah tomyam ayam sikit lagi mahvelessssssssssss.
okbai.

sedapnya
ReplyDeleteYeay! Thanks Wana for sharing resepi ni.. Mesti cuba.. Pront out jelah.. Malas pulak nak salin.. Heheeh..
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
ketiga-tiga resepi ni menarik..thanks for sharing
ReplyDeletetq share semua sedap2 tu & tq sudi mendoakan kesihatan Adik yer !
ReplyDeletepergghhh..hebat benor ni...
ReplyDeleteya allah datang blog ni terus lapar aaa
ReplyDeletevahhhh dasat neh~ haih lapa!
ReplyDeleteterima kasih cik wana, share resipe..hahaha
ReplyDelete