Ahad lepas Akram suruh teman die cari cue snuker kat Seremban.
Memula nak pergi beli kat TS tapi sebab Akram balik kerja lambat pastu nak tunggu dia bangun dari membuta pon dah pukul berapa makanya dia ajak pergi Seremban je.
Poyo sangat masuk pertandingan snuker company siap nak beli kayu snuker bagai.
Tak kosser betul.
Tapi kitorang sampai Seremban kedai tu dah tutup.
So Akram suruh aku google ape kedai makan best area Seremban tu.
Google punye google jumpe satu blog ni cerita pasal kedai Tom Yam Turbo.
Memang dah dekat sangat dengan tempat kitorang.
Terus gerak kesana.
Sebab baca blog tu semua feed back bagus.
Siap kalau boleh hari2 nak pergi makan kat situ.
Ini macam punye cerita kalau tak sedap mau aku serang blog tu.
Kakakaka.
sumber : google
Kalau ikotkan blog tu, sepatotnya kat depan kedai makan tu ade satu udang besar dengan kaki bergerak-gerak macam gambar atas tu.
Tapi masa kitorang sampai eh takde pon kelibat udang tu.
Bila tanya kat budak yang amik order tu, udang dah kene bawak balik rumah.
Tapi tak buat ape pon.
Biar je kat rumah.
Baik lah kau biar je kat kedai ni ha.
Ade jugak trademark yang orang nampak dari jauh kan.
Disebabkan blog yang aku baca die bagi 5 bintang kat menu Daging cincang kedai ni maka kitorang pon order menu tu.
Nasi putih 2.
Sup ayam 1.
Seafood Turbo 1.
Sayur Cendawan goreng udang 1.
Air pulak blog tu suggest minum Turbo 3 rasa.
Dia combination Fresh Mangga dengan Fresh Tembikai.
Siap boleh nampak dalam cawan ade dua layer kaler.
Tapi apehal entah aku boleh pulak lupe.
Terus order air barli suam.
Ape kelass kan makan jauh2 minum barli je.
KL pon melambak.
Rasa geram pulak dengan diri sendiri.
Daging cincang.
Cendawan goreng udang.
Seafood Turbo. Ada sotong, lala, ketam and udang.
Yang paling best pasal kedai ni sebab servis dia sangat tip top.
Ko baru je duduk dah ade orang amik order.
Ko baru je lepas order tetibe air dah sampai.
Pastu tak lama makanan pulak sampai.
Padehal time tu ramai jugak tengah makan.
Aku bab2 servis pantas lagi jitu ni memang aku suke.
Bagus tak mendera tembolok aku.
Overall semua lauk sedap.
Daging cincang sedap.
Sayur sedap.
Seafood Turbo lagi lah sedap. Ada rasa tomyam sikit.
Akram cakap sup dia sedap lain daripada sup kedai2 lain.
Tapi memang sedap pon walaupon tak sesedap sup bapak aku kan.
Cewahhhhhhh bangga kalau bapak aku baca ni.
Dan yang aku rasa best jugak pasal kedai ni boleh kate semua menu dia, dia letak sayur brokoli.
Setakat ni aku makan kedai lain takde kot yang pakai brokoli.
Memang sedap lah.
Kompem lepas ni kalau datang seremban aku ajak akram makan sini lagi.
Servis pantas, makanan sedap, harga murah.
Overall kitorang makan malam tu rm28 je.
Aku recommend lah korang pergi kedai ni if korang tercari-cari nak makan kat mana area seremban ni.
Kalau dari Jusco Seremban, Jusco tu belah kiri, terus je sampai jumpe Petronas belah kiri.
Lepas Petronas ada trafic lite terus lagi.
Trafic lite kedua belok kanan.
Terus je sampai jumpe area kedai banyak2 belah kiri.
Masuk area kedai2 tu pastu sila carik sebab aku pon lupe kedai tu kat blok yang ke berapa.
HAHAHAHA!
okbai.