Pages

Wednesday, April 24, 2013

Kenapa, Mengapa, Bagaimana.






"Kenapa kebanyakan student perempuan di IPT akan terfikir nak kawen sekarang bila stress pasal study?"
Bincang kan.


Haaaaaaa ini macam kalu keluar soalan karangan BM tajuk ni kompem memang berjela-jela lah karangan korang kan.
Secara tiba-tiba je idea datang mencurah-curah sampai setiap lima minit mintak kertas tambahan.
Lepastu masing2 sambil menulis sambil tersengih-sengih.
Sambil mintak kertas tambahan sambil senyum2.
Eleh.


Tapi aku lagi gatal.
Tak payah tunggu stress study kat Universiti.
Lepas SPM je dah menggatal sibuk nak kawen.
Padehal spender ngan bra pon mak yang tolong belikan lagi ade hati nak kawen.
Pirah.
Memasak? Kemas Rumah?
Ape tu?
Wakakakaka.


Ada one time tu sorang opismate aku Chinese tanya cita2 aku ape?
Dan dengan spontannya aku cakap nak kawen and jadi suri rumah.
Tahu dia jawab ape?
"Kenapa semua Malay Girl macam impian nak jadik suri rumah?"
Hahahahaha!


Well sape yang tanak duduk goyang kaki kat rumah je kan.
Tak payah fikir pasal kerja, pasal bos nak itu nak ini.
Macam aku, tak payah sibuk nak pikir pasal drawing, tender, contract, kene bangun pagi2, kene mandi pagi2 (oh heaven ok tak payah mandi pagi. Kakakka).
Bla bla bla.


Memang lah jadi suri rumah ni susah jugak sebenarnya tapi at least u can work on ur own schedule.
Suka hati nak kemas rumah pukul berapa. Nak basuh baju pukul berapa. Nak masak pukul berapa kan.
Boleh tengok TV. Baring2. Kalau penat tido jap.
Oh heaven siottttt.

Even tiap2 pagi Isnin aku cakap dengan Akram tanak kerja lah penat nak duduk rumah je.
Akram cakap ok tapi tunggu gaji dia 10k.
Fineeeeeeeee.


Bagi aku, umur2 macam awal 20an ni memang asyik fikir nak kawen je.
Same lah macam aku. Awal2 dulu kemahin gatal lagi nak kawen. Takde nye ko nak pikir2 kehidupan lepas kawen ni. Yang penting dapat kawen. Dapat berdua-duaan dengan pasangan.
Sejalan sejoli kata kooo (sape tengok cerita Jodoh kat Astro mesti tau)


Tapi bila aku dah kerja, dah ade komitmen, dah ade tanggungjawab pada family aku rasa macam alah nanti2 lah pikir pasal kawen.
Even mak aku dah bising2 sebab kawan2 aku ramai yang dah kawen siap dah beranak pinak lagi tapi aku wat cool je.
Tambah pulak aku ni kerja bidang construction. Kadang2 kene overtime balik lambat.
Macam semalam pukul 10 malam baru aku balik.
Harini dapat tender esok nak kene submit drawing. Ingat robot ke hape? =__=
Naseb baik takde laki lagi. Kalau tak kesian laki aku. Hahahaha!


Kawan aku cakap kalau ade laki lagi kesian sebab laki keje shift.
Yes keje dengan MAS ade shift. Seminggu siang seminggu malam.
Bayang kan kalau aku kawen (ececececehh) kalau Akram shift malam. Contoh kalau kitorang duduk area tempat kerja Akram (Nilai) 630 pagi aku dah kene keluar rumah.
Akram baru nak balik kerja.
Nanti aku balik kerja dia pulak yang dah pergi keje.
Pehhhhhhhhh kesian gile laki ko. Ada bini macam takde bini. Haha.


Kalau die kerja siang pon, pukul 630 petang dia dah balik.
KL ke Nilai petang2 kalau tak jem memang impossible lah kan.
Sampai rumah dah pukul berapa. Sape nak masak?
Maunya laki ko carik orang lain. Hahahha!
At least for now, aku tak payah pikir pasal komitmen lagi kan.
Kalau dah kawen memang boleh hidup macam biasa macam sekarang tapi tanggungjawab tu mesti terbayang-bayang je.
Ok memang tak ready lagi. Wuwuuuuuu.


Takpelah. Tuhan tu Maha Adil.
He know the best for us. Kan? :)




Tapi pikir2 balik naseb baik mak aku tak kawen kan aku masa aku menggatal nak kawen dulu.
Mak aku kan garang.
Aku pulak suka buat perangai.
Kene marah sikit lari jumpe boipren. Mengadu ngan boipren. Bla bla bla.
Oh God bangang gile perangai haku dulu.
Rasa nak pitam bila ingat balik.


Zaman2 study standard ah kan asyik menggatal je nak kawen. Zaman hormon2 gatal tengah merembes banyak kot aku rasa.
Malas study sikit berangan nak kawen ngan orang kaye.
Stress study sikit baca novel pastu berangan lagi.
Tak pon layan cerita korea sambil sengih2.
Alahhhhhhhhh semua perempuan pon mesti pernah jugak.
Even aku yang tak minat cerita korea ni pon tersengih-sengih jugak layan drama korea.


Tapi aku respect korang yang kawen awal and pikul tanggungjawab.
:)


Aku??
Belum bersedia lagi nak dengar cakap Akram.
Nanti kalau gaduh ngan die mane boleh lari sembunyi macam sekarang.
Dosa besar lawan cakap suami.
Wakakakakaka.


Oh dan lagi satu belum ready lagi nak sambut raya pertama tanpa masakan bapak aku.
Huahuahua.


okbai.