Pages

Monday, May 6, 2013

Kereta kecilku di hentam lori





Aku sebenarnya tengah panas hati je dok bace orang bising2 kat pesbuk pasal politik.
Separuh yang kejenya dok memfitnah, bising sana bising sini, menghina tak tentu pasal, mulot macam longkang dan sebagainya aku dah remove.
Pedulik hape aku.
Aku tak kisah kau nak pertahankan pendirian kau tapi mulot tu beradab sikit ye.
Ok daripada aku meroyan kat pesbuk baik aku pergi blog.
Aku dah lama tak meroyan ni. Haaaa kang kene semua tu.
Hahahaha!


Okey lah yang ade fb aku and instagram aku mungkin tau dah yang kereta aku kene hentam dengan treller 50 kaki last week.
Dan yang paling sedih tragedi tu di hari jadi Akram.
Akram sedih aku berlipat kali ganda lagi sedih.
Kereta belum sampai setahun okey.
Dem.




Pagi tu beronok-ronok sangat petang tu hambik menangis berlagu-lagu. Huhu.


Camni ceritanya.

Aku memang parking kat tepi jalan.
Dalam petak parking.
Siap bayar tiket parking kat mesen DBKL lagi.
Dan setiap hari jugak aku parking tempat yang sama. Cuma kadang2 dapat petak depan. Kadang2 dapat petak belakang. Kadang2 kiri kadang2 kanan. Ikot naseb lah.
Company aku memang sediakan parking bawah opis tapi masa aku register ada lagi 50 orang tengah que.
So nak taknak aku kene lah tunggu.


Dekat2 dengan area aku parking tu ade construction tengah on.

So hari Khamis tu aku balik kerja macam biasa, time tu pukul 630 petang.
Sampai kereta menggigil aku tengok kereta aku dah jadi camtu.
Aku fikir orang langgar lari kereta aku.
Aku call Akram. Akram cakap kalau kereta langgar mustahil jadi camtu sebab kereta rendah.
Kompem die hentam bontot kereta.
Dia cakap mungkin lori.
Then cakap takpe die datang time tu jugak. Dari Nilai.


Kawan aku nak pergi tanya kat site construction tu kot2 dorang nampak ape yang jadikan.
Baru nak tanya tetibe site supervisor site tu datang.
So memang betul lori yang hentam kereta tu.
Aku cakap tunggu jap abang aku on the way datang.
Ewahhhh abang sangat.
Eh tapi Supervisor aku percaya seh Akram abang aku.
Terang2 aku putih, Akram tu hitam.
Tak patot. Hahaha!


Supervisor tu cerita lah ade lori supplier hantar barang.
Selama ni dah berpuluh lori hantar barang kat site tak pernah pulak hentam mana2 kereta.
Tetibe satu lori tu hantu betol lah. Salah amik side sikit.
Ekor lori tak lepas terus hentam kereta aku.
Alamak gambar yang supervisor tu print aku tak amik gambar pulak.




Naseb bahik tinted mahal uolss yang security punye at least kaca tak berderai (Eceh. Beli kat MyDeal tu yang mampu tu. Kekekeke)



Sebenarnya kalau ikotkan supervisor site tu tanak amik tau pon takpe sebab tu bukan lori die.
Supplier hantar barang. Supplier sewa lori dari company lain.
So tanggungjawab tu 100% salah driver lori.


Kereta aku sebelah kiri. Site sebelah kanan.
Depan kereta aku site dah reserved dua petak parking untuk lori panjang amik side.
Patot memang tak kene kereta aku.
Tapi tak tau lah driver lori tu amatur ke ape ke (umur baye2 Akram je) dia nak belok kanan masuk site tapi die amik side lebih ke kiri.
So kereta aku jadi mangsa.
Sobsssssssss.



Tapi naseb baik Supervisor site tu baik.
Dia Melayu.
Dia cakap tak sedap hati nak biarkan driver tu macam tu je.
Dia lah yang bawak driver lori tu buat report polis.


Masa aku cakap abang aku datang dari Nilai supervisor tu cakap tak payah la datang sebab jauh.
Nanti kalut2 dengan nak hujan lagi jem lagi, takot jadi pape.
Tapi Akram beselah die takkan percaya aku handle sorang2.
So aku cakap takpe biar aku buat report dulu kat balai polis Seri Hartamas.
Bape meter je dari kereta aku.
Tapi rupanya dorang memang boleh amik report, but still kene pergi IPD Jalan Bandar untuk sahkan report.
Sebab IPD Jalan Bandar tu untuk kes2 trafik2 dalam KL ni.
Dah la time tu dah hujan lebat gile.


Akram sampai dalam 7 lebih kot. Amik aku kat Balai Polis Hartamas.
Jumpe jap dengan Supervisor tu.
Bincang2 camne ape yang patot.
Sama ada claim atas insurans lori tu or kite buat sendiri and claim kat company lori tu.
Tapi ape2 pon kitorang kene pergi IPD Jalan Bandar tu dulu.
Time tu pukul 830 malam.


Akram bawak kereta dia, aku bawak kereta aku dengan opismate aku.
Dengan jem nya. Dengan hujan lebatnya. Dengan tak nampak jalannya.
Sampai Jalan Tun HS Lee, kereta Akram lost.
Aku dah emosi dah.
Akram cakap die bawak 60 je kot.
Hello aku ni dah la rabun. Dengan jalan yang aku tak familiar. Dengan hujan lebatnya. Dengan jalan berlubangnya. Dengan kenderaan banyaknya. 60 tu dah laju aku rasa.
Aku bawak 40 okey.
Terus bengang. Hahahaha!


Aku terus berhentikan kereta kat tepi call Akram cakap aku tunggu kat sekian2. Naseb baik die tau tempat tu.
Nak mencari IPD tu pon satu punye lah susah.
Dah la kecik. Tersorok.
Tengah2 KL yang jem.
Oh Pelhlisss lah.


Last2 jumpe jugak. Tu pon bape kali menyinggah tanya orang tepi jalan.


Sampai IPD kene parking kereta kat luar.
Dah la tempat parking kereta untuk kereta yang eksiden tu punyelah kecik, jalan berlubang, serius macam tempat buang besi buruk. Pehhhhhhhh mencabar kesabaran. Takpe. Kite masuk dulu buat report.


Disebabkan aku dah buat report kat Hartamas, aku terus naik bangunan sebelah jumpe Sarjan yang uruskan kes aku.
Mase naik tu Sarjan tu pergi makan.
So kitorang tunggu kat luar dulu. Masa kat luar tu adalah sorang mamat insurans approach.
Yang aku ni tak tau mamat tu orang insurans. Aku ingatkan die keje dengan polis.
Akram cerita dengan dia, aku pon sibuk nak menyampuk.
Last2 Akram bengang dia cakap "Haaa nak citer sangat citer lah. Cakap cakap"
Hahahhaha!


Yang aku ni memang bangang lembab nak berfikir.
Akram bagi hint jangan cakap pape dulu aku ni tak paham.
Last2 aku dengan Akram yang bergaduh.
Aku cakap dengan Akram "Lain kali tarik lah ketepi cakap betol die tu agen insurans bukan polis jangan cakap pape dengan die. Susah sangat ke?"
Akram cakap die dah bagi hint. Hello ko hingat kau sorang je yang tak paham kalau aku main hint2. Aku pon tak paham ko main hint2.


Aku cakap dengan member aku "Ko takot tak tengok aku gaduh dengan Akram? Ko pernah gaduh camtu?"
Member aku cakap "Takpe aku pon pernah camni. Cuma aku yang selalu mengalah"
Okey.
Baik member aku ni.
Hihi.


Jumpe sarjan tu senang je dia cakap.
Dia amik report aku pastu cakap dah boleh balik.
Urusan claim2 ni awak tanye mamat ni. Dia tunjuk agent insurans tu.
Ewahhh senang sangat keje kau ye.


Yang mamat insurans tu dah provoke2 Akram.
Lama okey kalau nak berurusan dengan insurans ni.
Kene datang amik salinan report. Pastu dalam masa dua minggu kene datang bawak lakaran kasar gambar pemandu lori tu. Pastu ape entah lagi.
Dah complete baru boleh sahkan yang kes aku tu betul2 salah lori.
Pastu settle dengan Insurans boleh makan masa sampai sebulan. Fuhhhhhhhh.


Yang Akram dah bengang dengan mamat Insurans tu.
Pegi mana2 mamat tu ikot je.
Sebab kakak aku pesan, jangan lah buat dengan Insurans ni. Kompem kete kau dorang buat macam tahik je. Sebab kereta kakak aku pernah kene. Dorang betolkan guna barang murah last2 kene keluar duit sendiri buat balik.
Ari tu pon member Akram baru kene. Dia cakap Insurans kat balai tu memang macam haram servis macam taik. Jangan lah layan.


Akram call semua kawan2 dia. Naseb baiklah die ni memang banyak kawan.
So jumpe balik Sarjan tu cakap dengan dia nak salinan report.
Sarjan tu cakap esok datang balik amik. Okey fine.
Masa kitorang kuar dari bilik sarjan tu selisih dengan mamat Insurans tu.
Dia cakap "Camne dapat ke?"
Akram macam tak layan tak layan.
Tau die cakap ape? "Tulah orang dah cakap tanak dengar" Pehhhhhhhhhhhhhh macam syaitonnn.


Time tu pukul 11 lebih ke pukul 12 malam. Camtu lah.
Naseb baik hari tu Akram MC. kaki die sakit. Jalan terhencot-hencot.
Kalau tak aku pon xtau nak buat camne.
So aku hantar kereta balik. Suruh guard rumah aku tengok2 kan. Aku dengan Akram hantar kawan aku balik Pandan Indah and kitorang pergi makan.
Aku dah flat gile dah time tu.
Sampai makan pon Akram suapkan. Hahahah!


Esoknya pagi2 pergi balai amik salinan report. Aku amik EL. Naseb baik Akram keje malam.
Akak tu cakap memang kene tunggu dua minggu kalau nak dapat keputusan kes.
Pastu baru boleh claim dengan Insurans lori tu.
Pehhhhhhhhhh lama gile.


Last2 Akram cakap takpe die mintak tolong kawan dia.
Kawan die kenal satu bengkel ni. Kire boleh percaya lah.
Hantar kereta kat bengkel bagi dokumen semua. Nanti bengkel settlekan dengan Insurans.
Habes cerita.
Aku dah nanges2 Jumaat tu. Yelah stress ok. Fikir nak pergi keje naik ape.
Dengan minggu lepas nak balik Johor lagi.
Oh please aku dah tak sanggup nak naik bas dengan Indon2 bangla segala cukop lah mase study UM dulu aku dah rasa. Sampai setiap hari menangis mengadu kat Puan Ibu bile balik kuliah pukul 5 petang kene sesak2 dengan makcik Indonesia. Jenis yang orang Malaysia beratur die boleh sedap tolak2 potong que.
Peh menyirap.


So petang Jumaat tu berjaya jugak hantar bengkel.
Bagi dokumen semua and orang tu cakap Khamis boleh datang tengok.
Akram cakap nanti die tolong tengok2 kan.
Yelah aku risau jugak kot2 die main taram buat kereta aku fikir untung je kan.


Harini aku pergi keje naik cab.
Lebih kurang dalam 10km camtu RM15.
Sobsssss.
Akram cakap takpe nanti die slow talk dengan site supervisor tu sebab hari tu SV tu cakap kalau bengkel bagi guna kereta die boleh bayar duit minyak.
So aku nak claim duit cab aku.
Hahahahha!
Mahal kot. Sehari dah Rm30.
seminggu dah RM150.
Minyak aku pergi keje seminggu baru rm20 tahu.
Huhu.


Pape pon tak sabar nak habes minggu ni.
Harap2 kereta aku boleh keluar cepat.
I miss U my little car.


Akram cakap habes hari besday kene uruskan eksiden.
Yelahhhhhhhhhhhh nanti celebrate besday.


okbai.