Pages
▼
Friday, June 14, 2013
Resepi Ketam Masak Cili Telur Masin
Ketam ni sebenarnya makanan fevret Akram.
Disebabkan itu aku pon terpaksa lah belajar masak.
Kate nak jadik isteri Mithali.
Eh? Bile mase ko kawen. Kakakaka.
Alaaa berangan lah dulu kan apedehal.
Macam biasa barang2 seafood ni Akram yang akan beli. Aku tak reti. Sebenarnya malas nak belajar.
Siang ikan pon aku taknak belajar. Sebab aku geli. Bahahaha.
Akram selalu je bising suruh aku belajar siang ikan lah. Basuh ketam lah. Basuh sotong lah. Tapi jawapan aku senang je "Alaaa sorang je yang pandai ok lah"
Kehkeh.
Basuh ketam ni ade teknik dia.
Mula2 basuh bersih2 dulu guna air paip.
Dah bersih kau bukak cengkerang atas dia tu sebab nanti senang la nak makan kan.
Lepas buang cengkerang dia semua jangan basuh lagi sebab nanti manis dia hilang.
Akram lah yang cakap.
Bahan-bahan:
1. Ketam size sedang 5 ekor.
2. Cili boh 5 sudu besar.
3. Bawang besar dua biji.
4. Bawang putih 5 biji.
5. Telur masin 3 biji.
6. Serai 3 batang ketuk.
7. Halia 2 inci. Satu nak ketuk. Satu nak blend.
8. Bahan perasa macam sos cili, sos tiram, sos tomato, garam, gula dan lain2.
p/s: Telur masin ni aku guna telur masin yang belum direbus. Macam telur ayam tu. So nanti pecahkan telur terus masuk dalam kuali lah tak payah nak hancur2 kan bagai.
Cara-cara:
1. Ketam dah ready asingkan dalam satu periuk. Kalau ade air2 ketam yang keluar biarkan. Jangan buang. Tak payah rebus dulu. Standby je atas dapur.
2. Amik blender. Masukkan 5 sudu besar lada boh, sebiji bawang besar, bawang putih, halia seinci, letak air sikit. Blend sampai lumat. Kalau nak pakai lada kering boleh jugak tapi aku tak suke sangat sebab aku selalu salah bajet. Huahuahua. Aku kan nak senang je kejenye.
3. Sebiji lagi bawang besar hiriskan untuk menumis. Aku kalau masak pape memang suke tumis pakai bawang besar dulu. Dah terikot style bapakku.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar sampai naik bau. Masukkan serai yang dah kene tumbuk dan tidak dilupakan halia yang dah kene tumbuk. Tumis2 lebih kurang sampai naik bau orang cakap, then masukkan bahan2 yang dah blend tadi. Kacau sampai pecah minyak. Kalau tak nanti sakit perot. Kalau agak2 kering sangat tambah la air. Tapi jangan sampai jadik asam pedas pulak. Agak2. Memasak memang kene pandai agak2 ikot hati. Cewahhh. Pengsan kalau bapak aku bace ni.
5. Masukkan sos cili agak-agak jugak. Macam aku, aku tuang je sos cili tu ikot sedap hati. Wakaka. Tapi dalam 6-7 sudu besar gitu. Sos tiram dalam sesudu besar. Sos tomato dalam dua sudu besar. Gula dalam setengah sudu besar.
6. Pecahkan telur masin. Masukkan dalam kuali. Terus gaulkan dengan sambal. Pastu rasa. Agak2 dah masin tak payah tambah garam. Agak2 kurang masin boleh la tambah garam. Ok?
7. Bila dah puas hati boleh la tuangkan sambal tadi dalam periuk yang berisi ketam. Hidupkan api dapur. Gaulkan kejap ketam dengan sambal. Pastu tutup periuk bagi ketam tu masak kat dalam. Sesekali bukak tutup periuk kacau2 kan ketam tu.
Ada orang suka goreng dulu ketam tu. Tapi aku malas nak percik2 minyak ni. *Dasar pemalas*
So kite buat cara yang kite suka.
8. Agak2 ketam tu dah masak boleh la angkat dan hidangkan.
Marveles..
Kalau makan kat kedai order 3 ekor ketam je dah kene bape puluh entah.
Kitorang pernah makan kat bagan lalang kene dekat RM70 kot.
Tapi adelah lauk lain. Tapi yang buat mahalnye memang ketam ni.
Kalau beli kat pasar 5 ekor ni tak sampai RM30 kot. Tah lupe lah.
Tapi sekilo RM20.
So boleh makan dengan bertenang.
Sebenarnya resepi ni aku main taram je.
Sebab aku google2 eh apesal macam takde orang upload resepi ni.
Orang tak pernah try ke?
Yang ade banyak kalau masak cili tu cili sahaja.
Kalau masak telur masin orang buat goreng telur masin tak pakai sambal.
Aku wassap kakak aku "Sila bagi resepi ketam masak cili telur masin"
Ko tau dia reply ape?
"Haaa ape tu tak pernah masak pon"
Cisdel.
Jadinya terpaksa berusaha sendiri.
Akram cakap sedap.
So?
Dah boleh kawen lah maknenyeeeeeeeeeeeeeee.
Kakakaka.
Sebenarnya masa nak beli telur masin tu aku macam konpius jugak. Aku cakap dengan Akram "Eh leceh la nak kene rebus dulu pastu nak kene hancurkan dulu baru masuk dalam sambal"
Akram cakap "Boleh tak jangan blurr sangat. Kan macam telur ayam ni. Nanti pecahkan terus masuk dalam kuali la"
Aah kan betul jugak.
Ngeng.
Bye.