Pages
▼
Friday, August 30, 2013
Penduduk bumi makin gila.
Selamat hari Jumaat frens.
Harini aku gembira sebab akhirnya period aku datang. Yahuuuuuuuuuuuuuuu.
Hahahahahaha!
*Padahal baru lewat dua hari je pon*
Gelabah semacam.
Kawan aku semua awal seminggu lah lewat seminggu la semua cool je.
Aku bukan ape.
Period aku every month memang datang on time.
Cuma kadang2 awal or lewat sehari je.
Tapi selalunya genap 28 hari kompem dah sampai.
Bulan ni tak tau apehal lewat sampai dua hari.
Aku bukan risau pasal ape.
Aku risau sebab bila dia dah biasa datang on time tapi tetibe bulan ni dia lambat rasa macam eh kenapa pulak ni. Period aku dah lari ke. Tak best la period lari camni. Begitu.
Lagi satu aku risau kalau2 gaya pemakanan aku dalam dua minggu ni effect period aku.
Masuk minggu ni dah dua minggu aku tak amik lunch.
Selalunya breakfast aku makan nestum 3 in 1.
Pastu time lunch kalau aku rajin aku pergi la turun beli roti.
Kalau malas aku stay je kat opis.
Malam balik keje dah pukul 9malam dah memang malas nak makan.
Oh please jangan cakap aku die melampau. Aku sepak laju2 kang. Sila takot.
Sebenarnya aku ni spesis yang tak reti nak makan bila sorang2.
Sebab tu aku tak suke keluar sorang2. Sebab aku memang tak reti. Aku mesti kene ade at least sorang kawan teman.
So after raya Officemate aku Missing in Action.
Dah benti senyap2 la kot.
Aku pon bila sorang2 rasa malas nak makan melebihi rasa lapar.
Tapi yang peliknya sejak2 takde member nak makan ni kemain perot aku behave tak menunjuk tanda lapar sangat.
Dulu masa ade geng memanjang lapar. Pagi dah amik heavy breakfast, pukul 11 pagi kang perot dah berbunyik. Kang nak balik keje pukul 5 kang lapar lagi. Gila!
Aku rasa ni semua mentality kite je.
Kawan aku cakap boleh jadi sebab jugak aku kurang makan so effect pada period.
Haihhhhhhhhh. Takde mood okey makan sorang2. Takde feel.
Sobsss.
Haritu kan (dah lama dah masa pose lepas kot) Akram cakap dengan aku camni.
Akram : Nak tau tak?
Aku : Amende?
Akram : Hari tu kan ade kazen carik2 ape entah dalam internet. Sekali dia jumpe satu blog ni. Pastu dia cakap eh macam kenal. Dia tunjuk kat makcik. Eh ni gambar Abang Ram (Akram) lah. Sejak dari tu die pon stalk blog ko.
Dan aku ternganga.
Maigod maigod maigod!
Malu giler! HAHAHHA!
Pastu masa balik KL dari Johor hari tu Akram ajak singgah rumah Maksu dia kat Salak.
Bila maksu dia tanya sape ni (tunjuk aku) selamber Akram jawab "Haaaaaa ni lah blogger tu"
Konghajo punye Akram.
Time tu rasa memang nak masuk jamban flush muke sendiri.
HAHAHHA!
Baru terasa selama ni buat entry yang tak sopan. Dan merepek. Dan sampah.
Arghhhhhhhhhhh.
Terasa dan-dan nak delete semua entry yang tak sopan.
Tapi pikir2 balik ade pulak entry yang sopan. Kakakakaka!
Ampun makcik. Saya dalam blog je macam ni.
Tapi sebenarnya saya pemalu. Kan kan? :D
Okey ni lagi satu aku nak tunjuk korang.
HAHAHHAHAHA!
Aku jumpe kat IG ade sorang artis ni. Terus printscreen.
Tension giler rasa nak hantuk je kepala kat dinding.
Dah elok2 jadik manusia nak jadi gatal sangat nak jadi kentang kenapaaaaaaaaaaaaa.
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh sungguh aku tak boleh terima.
Walaupon aku ni peminat tegar makanan2 yang melibatkan kentang tapi setakat ni tak pernah lagi terlintas dalam kepala hotak aku ni nak jadi sebiji kentang yang bergolek-golek di sebuah ladang.
Orang Bumi semakin pelik. Oh rasa macam nak pindah kat Planet Pluto sekarang.
okbai.