Pages

Wednesday, January 8, 2014

Sebenarnya...


Sebenarnya kan lepas aku duduk jauh dengan Akram, I mean Akram keje KLIA, aku keje kat Nusajaya, bulan pertama tu macam okey.
Tapi masuk bulan kedua rasa macam hari2 nak berperang.
Tambah2 lagi bila makin nak dekat bertunang ni.
Kadang2 aku rasa macam nak melarikan diri je pergi tempat yang orang tak boleh carik aku.
Pergi tempat baru, mulakan hidup baru & jumpa orang baru.
Masa tu mulalah berangan macam dalam drama tu kalau ada duit banyak kan best.
Boleh lari jauh sikit, pergi Ausie ke, UK ke US ke. Hahah!
Pastu berangan tengah baca buku depan tasik dikelilingi bunga2 yang sedang mekar.
Dengan burung2 lagi.
Tetibe ada sorang mamat hensem tegur kenapa duduk sensorang.
Kakakaka imaginasi nak tinggi kan. Pengaruh drama betul.


Tapi bagus jugak lah takde duit yang banyak.
At least mak pak aku pon takde lah pening kalau aku asyik nak lari je kan.
Boleh bikin malu keluarga.


Sebenarnya kitorang ni selalu je bergaduh pasal kerja.
Yelah Akram kan tak suka aku kerja jejauh dari dia.
Walaupon dulu Sepang dengan KL tu jauh la jugak tapi atleast kalau aku buat hal boleh la die start enjin kereta and datang rumah aku.
Kalau sekarang memang imposible la nak drive sampai JB kan.
And Akram ni suke fikir kalau aku duduk jauh nanti ada orang nak mengurat aku.
Pastu aku lupa kat dia.
Dia selalu tau berimaginasi aku ni cantik giler macam Fazura. Rasa nak lempang je.
Padehal takde pon orang nak ngurat aku ni. Alah kalau staff2 kat site nak ngurat pon takdenya boleh dipercayai. Dah kawen pon boleh berlagak single. Nehi!


Dan sebenarnya ramai yang tak tau yang aku dengan Akram guna panggilan aku-kau bila bercakap.
Sebab kitorang kan start dengan kawan sekolah yang baru jumpa balik.
So dah terbiasa sampai sekarang still guna kau-aku.
Kawan aku selalu marah aku sebab kau-aku ni macam kasar lagi2 kalau time bergaduh tu.
Memang kalau boleh nak mencarut kan.
Tapi setakat ni tak pernah la.


So haritu aku pon propose lah kat Akram untuk menukar panggilan (memang pompuan kan selalu pikir benda2 camni)

"Tanak cakap kau-aku lagi boleh tak lepas ni?"

"Habes nak cakap ape?"

"Emm kite cakap la saya-awak"

"Selain tu?"

"Yelah tanak takpe lah"

"Kan tanya selain tu"

"Entah mana tau"

"Cakap la baby-sayang"

"Geli laaaaaaaaaaaaaa. Kalau depan orang takkan nak cakap macam tu?"

"Alah takpe lah. Saya-awak macam budak2 je"

Hahahahhaa!


So start daripada tu mula lah prektis panggil baby-sayang.
Memula aku panggil Akram baby.
Akram panggil aku sayang.

Tetibe esoknya Akram cakap baby untuk lelaki macam geli lah pulak.
So dengan kuasa vetonya dia panggil aku baby pastu paksa aku panggil dia sayang.
Kakakaka. Macam nak pitam kan baca.

Tapi disebabkan dah terbiasa selama 4 tahun guna aku-kau, bila on phone je selalu tersasul.
Tapi bukan aku lah. Sebab aku gedik mana boleh tersasul. Kakaka.
Akram la yang selalu tersasulnya. Pastu aku sentap.
Pastu gaduh. Wakakaka. Gaduh pasal benda2 camni je pon.

Aku rasa aku perlu cas Akram rm10 la everytime dia tersasul.
Hmmm macam best je.


Luckily Akram jenis yang sangat cepat mengalah. Alhamdulillah.
Aku selalu nak menang.
Akram ni jenis yang marah tu memang marah.
Tapi dia bukan jenis yang ego tinggi sangat. Die selalu tak kisah kalau kene mengalah.
Tapi aku pon pernah lah jugak mengalah bukan tak pernah langsung.
Cuma boleh kira dengan jari lah. Hahah!

Tapi aku realize lah yang bila guna panggilan manja ni, tend untuk bergaduh macam kurang sikit.
Dan kalau gaduh pon macam takde lah nak teruk sangat.
Kalau guna kau-aku bila bergaduh memang tak payah cakap la. Rasa nak sembur je.


Mak aku pon pernah cakap yang dia bahasakan diri dia ibu kat kitorang sebab dia garang.
So bila kitorang panggil dia ibu, dia macam rasa lembut sikit la.
Hmmm memainkan peranan jugak panggilan ni kan.

Tapi aku dah cakap awal2 dengan Akram aku tanak panggil dia abang lepas kawen nanti.
Aku geli.
Wakakka.


okbai.



7 comments:

  1. kakaka..sm lak panggilan kite dik.. suami akak panggil akak "baby".. panggilan ni start 1st day nikah.. masa bercinta xde panggil mcm tu.. tp bezanya, akak pnggil suami akak "papa".. kakaka.. laka² je rs

    ReplyDelete
  2. hai bbyyy..hihiih

    wah tak lami lagi bertunang.. tahniah =)

    ReplyDelete
  3. kalau dah terbiasa panggil aku-kau mesti kadang tu akan tersasul juga kan.. lama-lama mesti akan terbiasa..

    ReplyDelete
  4. hihhi.. teringat dedulu hubby n deqla panggil aku kau jer sbb ktorg asalnya kwn biasa2 jer.. bila dah kapel nk tukor trs syg, abg tu rasa loye tekak nih.. hahahahha...tp lelama biasa la.. tersasul panggil aku, kau mmg nk majuk rasanya!

    ReplyDelete
  5. Akakakaka! Mieza masa awal2 couple ngan hubby dulu mula2 kau aku.. Pastu i u.. Pastu tukar lagi.. Smpai skang panggil ngn gelaran tu.. Tp xyahlah kot bgtau.. Muntah plak kang Wana baca.. Akakaka! ;p

    ReplyDelete
  6. waaahhhh..korang sgt sweetttt...aku sukaaa..eyh eyh eyh,nak tunang dahh..nti kawen jemput tau..tima kaseh.BTW,smoga bahagia salu!!

    ReplyDelete

What says U?